Hello December!

yanchii | 09:00 | 0Comments |
01/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini sudah masuk bulan terakhir pada tahun 2017 dan pada hari ini jugalah saya muncul dalam blog yang berhabuk dan lama tidak terusik. Post terakhir Yan dalam blog ni tahun lepas bulan 7! Hahaha ke mana Yan menghilang? Untuk makluman Yan pelajar STPM jadi masa yang ada banyak guna untuk belajar dengan uruskan kehidupan je sebab tahun lepas agak sibuk dengan pindah rumah lagi. Selain daripada itu Yan jugak malas nak taip sebab internet tak kuat dekat rumah baru Hahaha. Tahun ni buka laptop pon untuk buat kerja kursus je tak ada masa nak update blog, tiba-tiba dah nak trial exam pastu nak prepare presentation untuk viva pula fuhh.. letih~ ini yan saja cerita konon-konon throwback setahun ni Yan buat apa.


Sekarang Yan dah habis exam STPM, last jadi budak sekolah sebab mana ada dah tingkatan 7, bestnya tingkatan 6 ni sebab semua orang dalam kelas bergaul dengan semua orang. Masa tingkatan 5 Yan ingat lagi setiap kelas tu mesti ada puak masing-masing macam zaman assabiyah, tapi bukan maksud saya semua orang tak bergaul cuma nak cakap punyalah semangat berpuak tu sampai kalau kita join group lain nak sembang je pon macam awkward. Tapi tingkatan 6 alhamudillah tak ada macam tu semua orang boleh masuk je. Mungkin sebab tingkatan 6 ni orang-orangnya dah besar sikit kot jadi boleh fikir sendiri dan minda terbuka hahaha.

Tingkatan 6 buat majlis graduasi dekat dewan dalam Hotel nak buat ala-ala macam konvo almaklumlah budak STPM je pun Huhuhu... Tapi exam STPM belum jawap lagi hahaha specialnya boleh graduate dulu jawab exam kemudian. Lepas jawab last paper exam STPM satu kelas makan kat luar, yelah bila lagi nak jumpa dah hari terakhir. Tapi masa tu saya rasa sedih juga sebab susah nak jumpa kawan-kawan yang masuk air sekali hahaha. Semua bincang nak cari kerja kat mana sebab kami cuti lama sampai bulan 9 tahun depan hahaha so, dah tau kenapa Yan ada masa nak taip untuk blog sekarang? hehehe...

Bila Yan buka balik blog Yan Yun Yin setalah berabad tak buka, Yan perasan gambar-gambar photobucket terpampang kat dalam blog. Saya tak tahulah kenapa tapi Yan agak gambar yang dari photobucket semua tak boleh pakai sebab ada kaitan dengan syarat 'third-party' yang baru dan kena bayar tahunan untuk gambar-gambar tu boleh guna balik. Dulu photobucket free sekarang kena bayar pula ke? Tapi dah 2 malam Yan repair balik blog ni sebab kes gambar dari photobucket tak boleh pakai. fuhhh~

Setakat ini lah mukadimah (panjang sungguh~) untuk bulan Disember tahun 2017, Yan cuba untuk update blog selalu sebab sekarang dah ada masa lapang itu pon kalau Yan tak kerja. Untuk yang sedang membaca sekarang ni terima kasih kerana sudi membaca dan singgah blog Yan walaupun dah lama tak post apa-apa.

Thanks for reading and see you later! Bye!



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

0 Lovely Comments:

Post a Comment

Thank you for leaving your comment ♥

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan