Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Hujung minggu ada masa nak jenguk blog yang tak terusik ni, itu pon entah ada yang membaca atau singgah blog ni pon tak tahulah huhuhu... Pada hari Isnin awal minggu ni Yan rasa tak berapa sihat entah kenapa badan rasa semacam je lepas tu pening sikit je, Esoknnya pening dia lain macam, tak tahu nak desribe macam mana tapi rasanya macam biul lepas kena hempuk kepala (what? hahaha). Rasa macam berat je kepala ni pastu tak boleh gerak sangat macam kena static je kepala tu kalau tak makin teruk pening. Petang tu pergi la cek blood pressure dan macam yang Yan agak, punca pening tu sebab tekanan darah rendah. Yan dah lama tahu Yan punya tekanan darah memang rendah dari dulu cuma kali ni tiba-tiba macam kena attack sebab sebelum nih tak adalah pening sangat. Jadi, Yan cuba mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sebab takut sangat. Sebelum kena pening tu, minggu sebelumnya Yan sibuk sangat selalu skip makan,stress,tidur lewat dan selalu rasa resah (anxiety). Kenapa? Banyak sangat faktor luaran dan dalaman jadi tak perlulah dihuraikan lebih lanjut. Jagalah kesihatan ye hahaha...
Cakap pasal anxiety nih jangan ambil mudah ye kawan-kawan, benda ni kalau tak reti uruskan jumpalah dengan kaunselor atau pakar. Kadang-kadang Yan cuba beri kata-kata semangat untuk diri sendiri dan juga baca ayat-ayat motivation. Untuk Yan ia membantu sebab Yan introvert jadi bukan senang nak share dengan semua orang hehehe... okay sampai sini sahaja semoga berjumpa di lain hari, peace!
Semoga sdri akan cpt sembuh dan x lagi bimbang.
ReplyDeleteJika sudi dan berkesempatan, jemputlah join GA abam kie n kawan2. Ada 12 buah buku/novel untuk dimenangi. Terima kasih banyak2.
http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html