28/07/2013
Assalamualaikum... Pada bulan Ramadhan yg mulia ni eloklah kita mengelak perkara lara dan riak untuk menghormati bulan puasa dan kita juga dapat menambah pahala kerana telah berubah menjadi lebih baik. Tetapi jangan pada bulan puasa jer kita jadi baik. Hari2 kena baik tau (eheh.. cam ajar budak2 lak)
Topik kita hari ini ialah KENAPA KITA MENGUMPAT haaaa.. sebenarnye sedar tak sedar kita telah mengumpat seseorang tahu? Bukan saja mengumpat tapi telah mengaibkan orang tersebut. Marilah kita sama2 renungkan dan berubah ke arah yg lebih baik :) Saya dah lama ada articel ini dalam pendrive saya cuma tibe2 rasa nak share pulak alang2 bulan puasa kan? kita sama2 lah ingat memperingati kan?
1.Untuk memuaskan
hati, iaitu apabila berlaku sesuatu sebab yang
menaikkan kemarahannya, kerana manusia tatkala sedang meluap-luap
kemarahannya, hatinya akan
merasa puas bila ia dapat menyebut keburukan-keburukan orang yang
dimarahinya itu.(Pendek kata kedengkian yang menyebabkan dendam kesumat dan kemarahan itu adalah
pendorong yang utama kepada sifat ghibah atau pengumpatan.)
2.Menurutkan kemahuan
rakan handai dan membantu mereka dalam memperkatakan perihal
orang lain. Seringkali berlaku ketika berlucu dan bersenda gurau itu,
diperbualkanlah tentang hal-ehwal dan urusan orang lain, maka ia akan menjadi
serba salah, andaikata dia mengingkarkan kelakuan itu ataupun dia meninggalkan
majlis mereka, tentulah rakan handainya akan merasa kurang senang terhadapnya
dan mereka akan menyingkirkannya sama sekali.
3.Menunjuk-nunjuk
kelebihan peribadinya dengan
kemegahan dan keistimewaan, iaitu mengangkat dirinya sebagai lebih mulia dan
lebih tinggi kedudukannya orang lain.
4.Hasad dengki dan
irihati,
iaitu menyimpan perasaan tidak enak, bila mendengar orang lain dipuji-puji atau
disanjung oleh orang ramai, ataupun kerana sesuatu sebab atau yang lain, maka
orang itu dihormati dan dimuliakan, sehingga menyebabkan ia merasa bosan
terhadapnya. Oleh itu maka timbullah perasaan dengki dan hasad di dalam
hatinya, dicubalah berbagai-bagai cara untuk melenyapkan kenikmatan yang
dimiliki oleh orang itu, maka tiadalah didapatinya melainkan dengan jalan
mencela atau mengumpatnya, sehingga orang ramai berhenti dari memuji-muji orang
itu atau menghormatinya, sebab jiwanya tidak tertanggung lagi untuk mendengar
segala kepujian dan penghormatan orang ramai terhadap orang itu.
5.Menista dan mengejek-ejek orang dengan tujuan
untuk meghinanya. Puncanya ialah sifat takabbur dan bongkak dalam diri sendiri,
serta memandang orang lain semuanya rendah, hina, bodoh atau jahil.
6.Menghadirkan diri dalam
majlis-majlis senda gurauan dan menghabiskan masa dengan bergelak ketawa, di
mana di dalam majlis-majlis serupa itu, biasanya di sebut berbagai-bagai
keburukan dan keaiban orang lain yang boleh menimbulkan gelak ketawa. Ini boleh
berlaku dengan jalan menceritakan perihal orang dengan melahirkan rasa takjub
terhadap perilaku orang itu.
Marilah kita sama2 beringat sesama kita yer pada bulan ini. Moga kita dirahmati Allah atas usaha kita untuk menuju ke jalan-NYA Insyaallah :)
Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!