Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Seni Hias Kuku Yang Unik Atau Pelik?

yanchii | 06:30 | 2Comments |
04/01/2016


Assalamualaikum... Hari ini Yan tertarik dengan satu trend di Jepun iaitu seni hias kuku, diingatkan Yan tak hias pon kuku Yan cuma style yang lain daripada yang lain nih buatkan Yan rasa kagum dan pelik? hahaha..



Gambar yang Yan paprkan semua daripada Google tapi susah juga nak cari huhuhu.. Yan tau pasal seni hias kuku ni pon melalui youtube. Jom tengok~










Berdasarkan apa yang Yan tengok dekat YOUTUBE hehe... Trend ni kabanyakannya digayakan oleh 'Kuro Gyaru' iaitu 'Black Girl'. Kuro Gyaru ni  nak dipendekkan cerita ialah gadis Jepun menggelapkan kulit (cam kelakar ayatnye~) dengan makeup (style mereka). Mereka ni ada style dan citarasa fashion yang tersendiri.

Jadi bagaimana dengan pendapat anda semua?. Serious Yan rasa kuku tu boleh tercucuk kat mata.. waduuh~ 





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Demi Allah Aku Tidak Akan Menyentuh Mu

yanchii | 14:00 | 0Comments |
20/12/2013



Assalamualaikum... Yan rasa ramai dah baca komik ni dan dah ada orang post tentang komik ni. Tapi Yan nak re-post balik alang-alang dah hari jumaat kan? Hehehe... Selamat Membaca..

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar mengisahkan seorang pelajaryang pernah belajar di Delhi. Cerita asal dipetik dari http://wanwma.com






 























 







P/S: Sweeet tuuuuu.....





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Persiapan Untuk Anak Kucing

yanchii | 14:00 | 6Comments |
18/12/2013





Assalamualikum... Ke semua 5 ekor anak-anak bulus Yan dah nak masuk 2 bulan jadi Yan kena sediakan barang-barang yang perlu ada untuk anak kucing ni. Siapa yang belum tengok gambar anak-anak bulus a.k.a cucu Yan masa kecik boleh KLIK SINI


Barang-barang yang mesti ada ialah.....


1. Makanan Anak Kucing


Kalau jenis macam nie senang, kita letak dalam piring atau mangkuk pastu rendam dengan air suam. Kalau nak bagi makan guna 'wet food' yang dalam paket kecik pon tak apa cuma Yan tak suka bila bau mulut anak kucing kuat sangat bau tuna.



2. Litter Box / Kotak @ Bekas Pasir Kucing


Kalau bela kucing kat rumah kena ada benda ni kalau tidak merata-rata lah najis nanti. Yang paling penting, kena ajar anak-anak kucing ni guna benda ni kalau nak membuang hajat. Untuk anak kucing ,Yan sarankan pakai jenis ini (Litter Tray) sebab ia rendah senang anak kucing nak panjat nanti.



3. Litter Scoop


Yang ini kegunaan nya untuk mengkaut segala khazanah yang ada dalam litter box nanti..



4. Pasir Litter


Ada banyak jenis pasir untuk kucing membuang hajat boleh pilih mana-mana yang kita suka. Yan pilih yang ini sebab senang nak beli sebab kedai nya dekat dengan rumah. Ini jenis 'clumping' jadi senang nak kaut nanti gune litter scoop.



5. Odour Free


Yang ini pulak tak wajib beli pon. Tapi Yan perlu benda ni sebab Yan guna ini untuk cuci litter box. Pernah satu hari tu kucing Yan membuang hajat then tersasar. Benda ini lah akan membantu untuk hilangkan bau dan kotoran tersebut.



Banyak lagi sebenarnya yang Yan perlu sediakan contoh nya shampo anak kucing, spray kutu, sikat dan etc. Yan letak gambar cucu Yan dekat bawah ni. Chill!!


























Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Tanbo Art Di Jepun!

yanchii | 14:00 | 10Comments |
13/12/2013



(Sawah padi Naruto??!!)



Assalamualaikum... Yan baru tahu tentang Tanbo Art ni jadi, Yan nak kongsikan dengan semua pembaca blogger yang berminat. Jepun memang kreatif kan? Hari tu makanan KLIK SINI sekarang sumber utama mereka pula dijadikan satu seni. Tak hairan la kenapa anime sangat berpengaruh. Semua nya sebab kretiviti dan seni.


'Tanbo Art' atau seni sawah padi bermula awal 1990-an selepas perkampungan di Wilayah Aomori memulakan kesenian kreatif ini. Apabila seni tanbo ni menyumbang kepada sumber pendapatan pelancongan setempat, ia mula tersebar ke wilayah lain. Beratus-ratus orang akan berkerjasama untuk menghasilkan seni besar-besaran ini dengan menggunakan pelbagai jenis padi (untuk buat kontra warna) dan menanam dengan menggunakan tangan. Mereka akan bezakan kawasan untuk menanam padi sawah jenis apa.












(Doraemon pon ade??)



(Ultraman?????)



Ramai orang datang berpusu-pusu ke sini untuk melihat sendiri seni tanbo dan bergambar. Tiada bahan pewarna yang digunakan untuk hasilkan warna yang berbeza. Sebaliknya petani menggunakan pelbagai jenis padi beras yang berlainan untuk membuat Tanbo yang mereka inginkan.
















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Result PMR Keluar....

yanchii | 16:13 | 4Comments |
12/12/13








Assalamualaikum.... Yan tak pasti betul ke tidak, tadi kawan sekelas Yan IM dengan Yan kat facebook tentang result PMR akan keluar. TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!~~ I'm not Ready yet!!!! Yan tak berani menghadapi hasil 3 Tahun belajar kat sekolah menengah lagi. Tapi, satu je yang Yan harapkan... Result PMR tu boleh buat Yan terpilih untuk masuk aliran Sains. Kenapa Sains? sebab dari kecik-kecik Yan minat Sains.. Cita-cita masa kecik dulu nak jadi Professor, Saintis , Pensyarah Sains, dan Nurse. Tapi sekarang Yan bercita-cita nak jadi Ahli Farmasi je sebab Yan takut darah maka, kerja doktor dan nurse memang tak layak untuk Yan (reject habis2)

Jadi bile result keluar?? Khabar nya 19/12/2013. Ada kata dah keluar berita dan ada yang cakap cikgu sekolah beritahu mana satu pun Yan tak tahu. Harap-harap result Yan elok lah, tak kan nak minta tak elok kan? Yan rasa Takot+Risau = Rikot  (ape yg aq merepek nie)

Doakan result Yan tu keluar biar banyak A yer tak nak ada huruf lain. Nak kena solat hajat lah lepas ni, nak kena doa bebanyak moga-moga result tu memuaskan hati Yan. Sekurang-kurang nya pon boleh buat Yan redha. :)




Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Shirokuma Cafe (Kafe Beruang Kawaii!!)

yanchii | 14:00 | 5Comments |
11/12/2013



(KAFE REALITY??!!)

Assalamualaikum... Pernah baca manga atau tonton anime Shirokuma Cafe? Kalau tak pernah tidak mengapa, Yan akan ceritakan. Shirokuma Cafe atau Kafe Beruang Kutub mengisahkan kehidupan seharian sekumpulan haiwan yang bergaul dengan manusia di kafe yang dijalankan oleh beruang kutub. Beruang kutub yang berasal Kanada berhenti kerja dan mengendalikan sebuah kafeteria yang berhampiran Boo. Dia sukakan lagenda dan suka bercakap besar tentang dirinya. Walaupun telah terputus hubungan dengan keluarganya di Kanada, dia membina kehidupan baru dengan memberi perkhidmatan makanan kepada pelanggan tetap yang terdiri daripada Panda dan Penguin.


Okey, stop bebel... Kali ni Shirokuma Cafe datang di dunia realiti. Di Jepun sebuah kafe yang bertemakan Shirokuma Cafe di buka di NAMCO NAMJA TOWN pada tahun lalu, tapi mereka buka kejap sahaja kerana tujuan kafe ini untuk mempromosi manga ini. Tetapi makanan yang disajikan memang Super Kawaii!!~. 



(Senarai Menu yang COMEL!!)



Makanan yang disajikan dengan pelbagai makanan comel bertemakan Shirokuma Cafe.



(Mama dan baby Panda Ice cream : RM22)




(Milk Flavored Shaved Ice : RM23)




("The Usual" Panda Gelata : RM23)





(Lazy Bum's Crepe : RM23)




(Cookie And Soft Cream In The Middle : RM25)





(Special Bambo Leaf Porfait : RM23)





(Polar Bear's Cafe Strawberry Marshmallow : RM21) Nyum~





(Grizzly's Wild Ice Cream : RM23) Takot nak makan :p





(Llama Chocolate Cake With 'Grass Jelly' : RM18)





(Panda Strawberry Tart : RM21)





(Ini semua hidangan yang ada di dalam menu COMEL kan??)



Comel kan semua makanan ni?? Jepun memang kreatif walaupun tentang makanan... Kenapa lah Malaysia tak ada macam ni.. Tapi kalau ada pon Yan mesti sayang gile nak makan sebab comel!!!! >___< 

Yan ambil harga dan info ini di majalah Kreko dan gambar melalui google. Harga makanan mahal sebab nak buat makanan tu menjadi comel teramat susah. Mungkin itu salah satu kenapa kafe tu buka kejap je.







Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan