(KAFE REALITY??!!)
Assalamualaikum... Pernah baca manga atau tonton anime Shirokuma Cafe? Kalau tak pernah tidak mengapa, Yan akan ceritakan. Shirokuma Cafe atau Kafe Beruang Kutub mengisahkan kehidupan seharian sekumpulan haiwan yang bergaul dengan manusia di kafe yang dijalankan oleh beruang kutub. Beruang kutub yang berasal Kanada berhenti kerja dan mengendalikan sebuah kafeteria yang berhampiran Boo. Dia sukakan lagenda dan suka bercakap besar tentang dirinya. Walaupun telah terputus hubungan dengan keluarganya di Kanada, dia membina kehidupan baru dengan memberi perkhidmatan makanan kepada pelanggan tetap yang terdiri daripada Panda dan Penguin.
Okey, stop bebel... Kali ni Shirokuma Cafe datang di dunia realiti. Di Jepun sebuah kafe yang bertemakan Shirokuma Cafe di buka di NAMCO NAMJA TOWN pada tahun lalu, tapi mereka buka kejap sahaja kerana tujuan kafe ini untuk mempromosi manga ini. Tetapi makanan yang disajikan memang Super Kawaii!!~.
(Senarai Menu yang COMEL!!)
Makanan yang disajikan dengan pelbagai makanan comel bertemakan Shirokuma Cafe.
(Mama dan baby Panda Ice cream : RM22)
(Milk Flavored Shaved Ice : RM23)
("The Usual" Panda Gelata : RM23)
(Lazy Bum's Crepe : RM23)
(Cookie And Soft Cream In The Middle : RM25)
(Special Bambo Leaf Porfait : RM23)
(Polar Bear's Cafe Strawberry Marshmallow : RM21) Nyum~
(Grizzly's Wild Ice Cream : RM23) Takot nak makan :p
(Llama Chocolate Cake With 'Grass Jelly' : RM18)
(Panda Strawberry Tart : RM21)
(Ini semua hidangan yang ada di dalam menu COMEL kan??)
Comel kan semua makanan ni?? Jepun memang kreatif walaupun tentang makanan... Kenapa lah Malaysia tak ada macam ni.. Tapi kalau ada pon Yan mesti sayang gile nak makan sebab comel!!!! >___<
Yan ambil harga dan info ini di majalah Kreko dan gambar melalui google. Harga makanan mahal sebab nak buat makanan tu menjadi comel teramat susah. Mungkin itu salah satu kenapa kafe tu buka kejap je.
ohmai!! comel gila! hehe :D tu la,kalau ada kat sini pun belum tentu saya akan makan,haha... sebab terlampau comel... xD buat hiasan je lah :p
ReplyDeleterasa macam takmau makan jee , sayang sebab comei . mih mih mih :3
ReplyDeletememang comel makanan dia..sayang nak makan..huhu
ReplyDeletemacam sedap je ice cream tuh
ReplyDeletelame dah tak layan anime.. comel nye panda...
ReplyDelete