Melayu dan English

yanchii | 08:00 | 0Comments |
26/03/2020



Assalamualaikum dan hai semua! Moga semua dalam keadaan sihat, lagi2 sekarang isu covid-19 ni. Semua duduk rumah sampai 14 April ya ( ^ ω ^)

Hari ini yan nak cerita tentang isu di mana penggunaan 2 bahasa yang kita selalu guna iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Isu ini mungkin terjadi dekat kita semua termasuk yan hahaha (⌒_⌒;)

Masa yan sekolah menengah tak ada masalah untuk menerangkan sesuatu dalam bahasa melayu 100% (termasuk bahasa pinjamanlah ya) tapi bila yan dah masuk Universiti untuk sambung degree, semua kerja dan pembentangan dalam bahasa inggeris. Jadi, yan perasan bila nak terangkan sesuatu atau cakap mesti ada campur bahasa inggeris sebab kadang-kadang bila nak ekspres sesuatu benda tu tak ingat dalam bahasa melayu nak sebut macam mana hahahaha (o-_-o)

Bagi yan tak ada masalah untuk campur bahasa lagi2 kalau sembang dengan kawan sebaya. Tapi jadi isu bila nak berbual dengan makcik-makcik sebab yan guna bahasa inggeris yang tak biasa mereka dengar. Serba salah jugaklah sebab rasa diri macam lupa dengan asal usul pulak („ಡωಡ„)

Contohnya? yan tak ingat sangat tapi pernah guna perkataan 'conduce' haaa... google la sendiri maksudnya apa ヽ(・∀・)ノ

Untuk mengatasi masalah ini yan cuba tak cakap laju sebab baru boleh susun ayat dengan guna bahasa melayu yang sesuai dengan situasi hahaha. Bahasa inggeris yan tak power tapi sebab nak biasakan diri dengan bahasa kedua tu kenalah selalu amalkan dalam kehidupan seharian.

٩(๑・ิᴗ・ิ)۶٩(・ิᴗ・ิ๑)۶ 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Sudah seketika

yanchii | 15:48 | 0Comments |
03/03/2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ٩(◕‿◕。)۶



Yan dah lama betul tak menaip dalam blog. Kali terakhir adalah pada tahun lepas masa Yan semester 2 dan sekarang dah masuk semester 4. Masyallah, masa berlalu begitu sahaja dan Yan pun makin tua. Alhamdulillah pada 1/3/2020 lepas Yan menyambut ulang tahun kali yang ke-22, masih dipanjangkan umur dan sihat (o^▽^o)

Yan mula ada blog pada umur 13 tahun. Ketika itu, berjinak-jinak nak masuk dunia blogger sebab 'trending' (masa tulah~) Yan mula tak aktif blog sebab beberapa perkara. Salah satunya Yan mula fikir yang tak semua benda kita kena kongsi dalam laman sosial. Walaupun blog mungkin tak se'famous' IG, Twitter dan sebagainya sekarang ini tapi ia masih terbuka untuk orang lihat. Oleh sebab blog Yan lebih kepada personal blog maka Yan tak 'update' banyak (´。• ᵕ •。`)

Jadi, Yan nak cuba 'post' blog content yang mungkin lebih kepada perbincangan dan 'relatable' untuk yang masih sudi singgah dan baca blog ini. Yan perasanlah NADI BLOG dah kurang sikit tapi fahamlah kenapakan. Hahaha (⁄ ⁄>⁄ ▽ ⁄<⁄ ⁄)


٩(๑・ิᴗ・ิ)۶٩(・ิᴗ・ิ๑)۶ 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan