I'm So Sooooooo Sorry

yanchii | 16:50 | 3Comments |
22/08/2103

(CN:BLUE - I'm Sorry Cover)

Assalamualaikum... Lama Yan tak update kan kan kan? Ape kes letak gambar kpop nie, Yan saja letak sbb tajuk enteri ni Sorry kan. Tapi Yan layan Jepun lagi daripada kpop. Yan minat ONE OK ROCK dengan YUI^^.. Okey, sudah2 berbalik pada topik asal, Yan sebenarnya nak minta maaf sbb amik CUTI RAYA lama sangat sampai tak berupdate blog ni.. Agagaga... Yan akan update cerita daripada Bazar Ramadhan terakhir Yan, Perjalanan balik ke kampung dan waktu raya.. So, selamat menjamu gambar dan bacaan daripada Yan nanti... Yan akan update dari masa ke semasa. Yan dah dapat keputusan Trial PMR Yan... Nak tahu???? Jeng..Jeng....Jeng.......  








YAN TAK NAK BERITAHU!!! HAHAHA..... :D

Bye!!!




Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Selamat Hari Raya!

yanchii | 22:11 | 1Comments |
08/07/2013


Ini sahaja Yan boleh bagi. Kalau nak biskut raya,rendang dan ketupat kena la datang Kampung Yan kat Kedah. Actually gambar yg Yan edit ni Yan share dekat group FB kelas Yan malas pulak nak edit "Kad Raya" yg lain. Yan cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Bthu la Yan baju raya ada berapa? Colour apa? Raya dekat mana? Singgah rumah siapa dulu? Best tak sambut raya tahun ni?
Banyak cakap pulak Yan nie (Adeeeeh) Selamat bergembira yer moga2 Ramadhan akan datang menyapa kita lagi pada tahun hadapan.. Saya akhiri dengan Assalamualaikum... :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Balik Kampung! (TIPS KESELAMATAN)

yanchii | 17:49 | 6Comments |
03/08/2013

(cilok kat google)

Hari Raya bakal menjelama tak lama lagi. Hari Isnin nanti Yan balik kampung kat Kedah.. Yan tak boleh nak update lah sepanjang raya nanti sbb mood raya kan. Tapi Insyaallah bila Yan dah sampai nanti Yan update ye.. Yan nak kongsi tips keselamatan untuk pemandu2 yg akan balik ke kampung macam Yan.
Selamat Memandu :)

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalah gunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.






Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Allah Bayar "CASH"

yanchii | 18:26 | 4Comments |
01/08/2013


Perbualan Adik dan Kakak di dalam bilik. Kakak dalan keadaan tidak sihat.

Adik : Kakak! Adik kan dah lama tak demam. Bukan macam kakak, sikit-sikit demam.
Kakak : Yerke.. Berapa lama dah adik tak demam?
Adik : Dah 3 tahun lah. Adik minum ais banyak pun tak demam.
Kakak : Antibody adik kuat kot, sebab tu tak sakit.
Adik : =P

3 Bulan Kemudian

Adik : Kakak, kenapa adik rasa macam nak demam.
Kakak : Minum banyak ais memang la macam tu.
Adik : Tak mungkin lah! Sebelum ni tak ada macam tu.
Kakak : Betul lah adik. Kakak tak tipu.

Ke Esokkan Hari (selepas berjumpa doktor)

Kakak : Kan kakak dah kata demam sebab minum air berais.
Adik : Hmmm...
Kakak : Lain kali jangan riak walaupun bab kesihatan.. Allah bayar "CASH" sekarang.
Adik : Sorry....

Assalamualaikum semua.. So, dah baca dialog kat atas tu?? Motif Yan sebenarnya adalah utk kita mengelakkan perbuatan lagha, riak, angkuh dan bongkak. Dialog di atas mmg betul-betul berlaku yer. Kalau hal kecik macam tu pun Allah dah balas terus kat dunia apatah lagi kat akhirat. Allah bukan balas sikit dan sekejap tahu kat dunia ni.. Allah bagi 2 kali ganda berat ag balasan tuh dan semestinya lama. Sama-sama lah kita pada bulan Ramadhan ni melakukan kebaikan. Ramadhan pun sudah mahu meninggalkan kita. Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin. Salam Ramadhan semua :)






Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Balik Rumah Jalan Kaki

yanchii | 17:47 | 4Comments |
1/08/2013


Assalamualaikum semua.. Salam Ogos dan Salam Ramadhan semua :) Wah... Dah masuk bulan baru ye cepat betul masa berlalu. So, ape cer balik rumah jalan kaki nie?? huhuhu... sebenarnyer...... Teng3... Yan balik sekolah hari ni jalan kaki... Rumah Yan jauhnyer sejauh 1 Kilometer okey, mungkin korang cakap "Tak jauh" tapi jalan yg Yan lalu tu bertar baru. Faham apa maksudnyer? Tak tahu lagi?? Hohoho.. meh nk bthu.Waktu tenghari macam ni tar jalan tu panas, jadi kita boleh nampak asap dia naik (errr.. mcm bahan kima dia lah) dah la bau nyer.......... faham kan?? lagi2 bulan puasa macam nie ayoyoyo.. (=,=")

Selalunyer mak amik Yan balik tapi Yan balik jalan kaki jugak sebab dah tunggu hampir 2 jam tak sampai2 dan Yan tak nak susahkan kawan Yan yg nak jugak teman sampai Yan balik walaupun saya dah suruh diorang balik..(thanks my friend.. terharu giler.. sobs..sobs...) Bile dah balik Yan hantar SMS kat mak Yan "Best giler jalan kaki tadi" hohoho.. pastu mak Yan tepon..katenyer mak Yan kat hospital tapi ayah Yan yg sepatutnyer amik tau..Bila ayah Yan nampak Yan kan, buat selamba jer bukan nak minta maaf ker atau beritahu Yan kenapa tak amik tadi.. Tapi Yan sabar jer al-maklumlah bulan puasa. Mungkin ayah Yan TERLUPA. Tapi time balik jalan kaki tu Yan set kat mind nak mandi puas2 balik nanti :)

So, kepada Ibu-ibu, Bapa-bapa di luar sana! JANGAN LUPA anak sendiri kat mana! Nanti tak pasal2 hilang macam mana. Nasib baik Yan pandai jaga diri.. Cuba bayangkan Yan ni budak darjah satu pastu jadi kejadian macam ni, susah kan?? hahaha... Sayangi anak anda! (ape motif ler cakap cmnie..uhuk!)

Selamat Bulan Baru Semua!!! ^_^


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan