Showing posts with label Cerita Cik Setuju. Show all posts
Showing posts with label Cerita Cik Setuju. Show all posts

This Month

yanchii | 02:51 | 0Comments |
26/04/2016



Assalamulaikum dan salam sejahtra. Macam biasa dah nak dekat hujung bulan baru nak update hehehe maaf sebab sibuk dengan kehidupan seharian. Mula-mula alhamdulillah dapat menjadi pemenang untuk Abam Kie's First Giveaway boleh singgah ke blog beliau DI SINI. Yan pun tak sangka tapi syukur ada rezeki di situ, moga2 untuk GA seterusnya Abam Kie mendapat sambutan yang lebih hebat dan  peserta lain pula dapat memenangi GA tersebut in sya allah. Okey next story (escelated quickly)  awal bulan April Yan pergi ke sekolah sebab ada urusan dengan pejabat masa tu terkenang kembali masa-masa yang dihabiskan dekat sekolah nih, huhuhu sedih pula rasa 5 tahun dekat sekolah sekarang dah tak pergi (nagis.. hehehe) pastu Yan jumpa dengan cikgu kaunseling sebab nak tanya perihal masa depan. Yan sekarang seorang yang agak carefree mula rasa nak ada sense of resposibility (harap2 eja betul hehe) untuk masa depan eceeeh. Lepas tanya sini sana godek semua pasal cita2 dan haluan serta course (amik masa 3-4 jam) Yan pun dapat la juga nampak cahaya nak menempuh masa depan ni kalau tak dulu rasa gelap je resah tak menentu hahaha. Asalnya Yan nak amik farmasi TETAPI result SPM Yan tak melayakan diri untuk memohon sebab dasyat sangat kot hahaha... So, Yan apply course lain yang ada berkaitan dengan perubatan atau kerja2 dekat hospital,makmal dan etc. Pada masa itu juga Yan dapat tawaran ke form 6 jurusan kemanusian, So plan B Yan give up sains dan amik course nih try dapat result cantik pastu apply psychology (not bad kan?) Yan dapat rasa macam tak boleh nak go dah dengan subjek sains lepas tengok result SPM (jangan tanya hokey haha). Jadi begitulah ceritanya. hehehe... harap-harap dapat update banyak sikit unuk next entry bye!
Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Random Music #1

yanchii | 12:00 | 0Comments |
31/03/2016

Yan nak share lagu randomly buka kat youtube nih hahaha (sebab tak tahu nak post apa untuk penutup bulan mac). Yan pasti ramai tak kenal band yang berasal dari Jepun iaitu Sekai no Owari. Kalau semua nak tahu maksud nama band ni dalam bahasa omputeh 'End of the world'. Walaupun nama band bunyinya begitu rupa-rupanya ada sebab kenapa vokalis band tersebut memilih untuk menamakan band mereka macam tu. Berikut kenyataan daripada vokalis band tersebut.

"Fukase chose the name because he says once you’ve experienced rock bottom or the End of the World, you have to find a way to go up. So a name like their creates strength."

Mostly, lagu mreka dalam bahasa Jepun tetapi mereka juga ada mengeluarkan lagu dalam bahasa Inggeris. Okay cukup setakat ni je bebel hahaha.. nak tahu lebih lanjut boleh search di wiki hihihi... Layan~

Sekai no Owari - Dragon Night




Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

I don't even know

yanchii | 04:25 | 0Comments |
07/03/2016



Yan masih tak tahu nak pilih apa... apa dia?? Nak isi UPU hahaha... berdasarkan result spm yang tak berapa sangat tu pilihan nak memohon tu agak terhad. So, yeah~ I need more time to think..




huhhh~~~ (mengeluh)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Keputusan SPM Menghampiri!

yanchii | 12:30 | 0Comments |
02/03/2015



Okay... Wish me luck! Nervous betul nih.. waaaaaa~~~
Lepas amik result memang Yan tak nak buka whatsapp, twitter, facebook sebab tak nak cakap pape dan tak nak tahu apa-apa... INSECURE huhuhu... tapi sebelum amil result pon terketar-ketar macam nih mampu ke nak tidur malam nih? waduh~



Sampai satu tahap rasa macam tak nak ambil result hahaha.. walaupun orang tolong ambilkan dan beritahu pon Yan tak nak tahu! Hahaha.... tak boleh bertenang. Biarlah Yan lari dari dunia realiti dan hanyut dalam dunia fantasi. hihihi... Doakan agar keputusan SPM 2015 Yan keluar dengan baik.. In Sya Allah :)

 
Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Happy Birthday To Me!

yanchii | 04:48 | 0Comments |
01/03/2016



Assalamualaikum... Yes! Today is my birthday and officially 18 hihihi...
So, Yan sedang bermain game kemudian secara tiba-tiba game tu blackout? hahaha... ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Game tu tulis "over capicity" hahaha... I don't care! Hari ni hari jadi Yan so bagilah Yan main puas2.. (stress sebab result nak keluar mungkin? maigaad). Saya cek lah internet connect ke tidak (kot2 lah salah tenet kan? hahaha..). Lepas 3 jam baru boleh main~ huhuhu~

Ok itu je nak cakap bye (ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧
Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Menghitung Hari

yanchii | 12:30 | 0Comments |
28/02/2016



Yan sedang menghitung hari untuk RESULT SPM keluar!
Rasa macam awal sangat result tu keluar huhuhu...
Perasaan? fuhh.. bercampur aduk tak tahu nak rasa apa hahaha...
Doakan Yan mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2015.



Arghh... nervous! Hahaha... anggaplah semua gambar di atas adalah perasaan saya sekarang nih :)



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Sambung Belajar?

yanchii | 12:30 | 4Comments |
23/2/2016



Assalamualaikum... Tak lama lagi RESULT SPM akan keluar dan ramai pelajar lepasan SPM 2015 meluahkan perasaan gemuruh dan sebagainya. Tapi memang macam tu setiap tahun, result SPM mesti jadi topik terhangat. Disebabkan saya rasa lama tak menaip jadi Yan decide nak cerita tentang sambung belajar dan course apa nak sambung. Okay, saya dilahirkan dengan perangai yang macam... selalu tak kisah (make sense tak? Hahaha...) Dulu masa sekolah cikgu selalu suruh tetapkan nak sambung belajar dekat mana dan bidang yang nak diambil lepas sekolah tapi saya tak pernah fikir apa yang saya minat. Mula-mula Yan fikir nak ambil farmasi sebab saya ambil aliran sains tulen jadi kena ambil bidang yang ada berkaitan dengan sains sebab belajar 2 tahun tapi amik bidang yang tak berkaitan dengan sains rasa macam rugi (masa tulah~ masa tu~). Tapi Yan sedar dalam banyak2 subjek Yan selalu boleh skor sejarah dan mostly subjek yang memerlukan membaca dan menghafal tetapi selalu tak boleh skor subjek yang berkaitan dengan mengira. Yan akui dari dulu apa saja yang memerlukan pengiraan nih mmg angkat tangan, surrender hahaha.... So, dari situ Yan dah tau kelebihan dan kekurangan. Tapi masih tak selesaikan masalah nak pilih course apa. Yes! Yan tak tahu apa pon bidang yang tak memerlukan matematik pada masa yang sama memerlukan penghafalan dan pembacaan. At least, Yan kena pilih bidang yang tak memerlukan pengiraan. Sampai blur masa nak isi upu serius Yan cakap 4 jam menghadap laptop blur nak pilih apa. Kalau course pon tak tahu nak pilih mestilah nak sambung belajar kat mana pon tak tahu. Yan terfikir juga tahap 'tak kesah' nih teruk juga sampai rasa tak bertanggungjawab terhadap diri sendiri huhuhu.. nak marah silakan dah mmg macam ini perangai Yan.

Siapa yang ingat Yan nak bagi tip ke atau nasihat minta maaf ye.. hihihi^^


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

B U S Y

yanchii | 05:58 | 0Comments |
04/02/2015




Assalamualaikum... harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera :)
Awal bulan Februari Yan baru perasan BAHAWASANYA hanya ada satu post sahaja untuk bulan Januari hahaha...
Bulan lepas Yan kena pergi kelas memandu yee.. kelas memandu, mak Yan cakap elok lah kalau lepas SPM amik lesen memandu (Yan dah ada lesen motor masa 16 tahun a.k.a form 4) tapi tak tahu mengapa Yan tak minat dengan kereta, pelik kan? hahaha... Yan selesa bawa motor tapi bukan kereta ermmm...



Jadi mula2 tu mak Yan la paksa suruh ambil tapi Yan tak nak hahaha... memberontak~ last2 Yan pergi daftar sebab ayah kata ambil lah lesen auto. Masa tu anggap bawa auto lagi senang dari bawa manual hahaha... sebab Yan mana pernah bawa kereta. Jadi pergi jelah daftar kelas DA, bayaran mmg mahal la sikit daripada manual tapi lepas ni mmg Yan bawak auto pon so tak apalah, dekat rumah semua ada auto tak ada manual. Kalau amik manual pon Yan confirm bawa auto juga (mmg spesis tak reti bawa kereta) hahaha... so tak rugi apa Yan ikut selesa je.



Lecehnya sistem sekarang walaupun dah ada lesen motor kena pergi juga kursus 6 jam haaaa dengar la puas2 huhuhu.... dulu mana ada fuhh~
Lepas sudah menghadiri kursus kerani bagi tarikh untuk ujian komputer, alhamdulillah Yan lepas 49/50 uhuk! kemudian macam biasalah pilih tarikh belajar then belajar memandu kereta bla bla bla... hahaha....
Yan paling takut nak buat selekoh z sebab asyik naik tembok hahaha.. tapi time test JPJ alhamdulillah Yan lulus fuhhh~ masa tu discourage betul sebab bukan senang orang pendek nak bawak kereta dengan hanya ketinggian 15+ cm tak sampai 155 pon mmg susah, asyik kena panjangkan leher dah serupa dengan burung... burung apa entah tapi tau kan? hahaha (kes malas nak google)



Tapi dalam sibuk2 datang kelas memandu,belajar bawa kereta dekat rumah dan test JPJ, Yan kena naik flight pergi langkawi teman mak Yan reunion dengan kawan-kawan sekolah menengah. Reunion batch 65 kau! hahaha.. legend!

So, aktiviti bulan Januari Yan mmg pack macam retis pula hahaha.... sebulan kemudian baru update post harap2 bulan ni bukan post sekali je kih3... okey stop sampai sini dulu. Bye2 :D

Isogashi = Sibuk :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Seni Hias Kuku Yang Unik Atau Pelik?

yanchii | 06:30 | 2Comments |
04/01/2016


Assalamualaikum... Hari ini Yan tertarik dengan satu trend di Jepun iaitu seni hias kuku, diingatkan Yan tak hias pon kuku Yan cuma style yang lain daripada yang lain nih buatkan Yan rasa kagum dan pelik? hahaha..



Gambar yang Yan paprkan semua daripada Google tapi susah juga nak cari huhuhu.. Yan tau pasal seni hias kuku ni pon melalui youtube. Jom tengok~










Berdasarkan apa yang Yan tengok dekat YOUTUBE hehe... Trend ni kabanyakannya digayakan oleh 'Kuro Gyaru' iaitu 'Black Girl'. Kuro Gyaru ni  nak dipendekkan cerita ialah gadis Jepun menggelapkan kulit (cam kelakar ayatnye~) dengan makeup (style mereka). Mereka ni ada style dan citarasa fashion yang tersendiri.

Jadi bagaimana dengan pendapat anda semua?. Serious Yan rasa kuku tu boleh tercucuk kat mata.. waduuh~ 





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Cerita Budak Baru Habis Sekolah

yanchii | 16:27 | 0Comments |
02/12/2015




Assalamualaikum.... Dah lama betul Yan tak update blog, ke mana hilang Yan tahun nih?? nampak benar tak amik kisah dah pasal blog, tak jenguk pon kan... kan... kan.... hahaha... Yan baru je habis SPM hari isnin minggu ni kertas biologi.. fuuhhh... tamat dah zaman sekolah uuihh.. lepas ni tak pergi sekplah dah, tak pakai baju uniform sekolah tahun depan.. huhuhu.. teringat setiap kali akhir tahun mesti pergi shopping barang sekolah untuk tahun depan.. tahun ni tak ada dah buat semua tu uhuuk... lepas keluar dewan je semua pakat tangkap gambar buat kenangan uhuuuu.. rindu lah kawan-kawan sekelas nih weehhh.. waaaaaa... (mood sedih tetibe) orang kata zaman sekolah yang paling best jadi betul tak abang2 kakak2 semua? atau hanya mitos? hahaha....




Yan nak minta maaf kepada pengomen-pengomen yang tanya pasal masalah kucing tapi Yan tak balas.. (baru balas tadi) kalau nak Yan balas cepat2 boleh cari Yan dekat twitter dengan facebook. Yan minta maaf sangat2 huhuhuhu.... Yan terikat dengan sekolah serius jadi budak SPM nih...




Tak banyak benda nak cakap sebab Yan sekarang nak rehat dengan enjoy2 dulu hilangkan penat + sakit otak Yan nih hahaha... Yang tak habis SPM lagi tu GOOD LUCK okey!!! teruskan perjuangan anda, jangan mudah putus asa. Yang dah habis sekolah tu SELAMAT BERCUTI yeee.. Yang baru nak sambut birthday hujung tahun ni, SELAMAT HARI JADI!!! hahaha... okey, bye...
Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

PPT 2015 yoo!!

yanchii | 12:24 | 2Comments |
9/05/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Yan harap semua sihat yee :)
PPT tu stand for Peperiksaan Pertengahan Tahun, yeee minggu depan Yan akan bertarung dengan niat untk membangakan ibu bapa serta membalas jasa mereka. Kalau gitu, kenapa Yan mengadap blog ni haaa.. bukan nak baca buku, hahaha... luangkan masa sekejap lagi pun lama Yan tak menaip ni tau..



Kepada yang akan amik PPT sama dengan terutamanya calon SPM tahun ini seperti Yan jom kita sama-sama mendapat keputusan yang cemerlang, in sya allah.. amiin.. Usaha Doa kemudian Tawakal

Yan nak sambung study yeee.. Assalamualaikum...





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Blog Yan Yun Yin Mula Hiatus??

yanchii | 14:11 | 0Comments |
20/3/2015




Assalamualaikum dan salam Jumaat pembaca sekalian :) moga semua sihat dan dirahmati Allah. Amiin....

Rasanya ini post kali pertama untuk tahun ni? mungkin? Ke mana Yan hilang yaa~~ :3
Ada banyak sebab kenapa Yan dah tak post sangat dekat blog antaranya :-
  1. 1. Laptop Yan dibuat hak milik abang dan adik Yan sampai satu tahap Yan tertanya-tanya laptop siapa sebenarnya tu??.
  2. 2. Internet kena potong, sebelum ni pakai broadband sekarang baru nak tukar pakai wifi.. hihihi..
  3. 3. Sibuk dengan sekolah, tuisyen, homework, group work sebab tahun ini Yan SPM.. urgghh =_=
  4. 4. Tak jumpa masa untuk update blog, tapi boleh update Twitter je sbb pakai phone (laptop kena amik)
  5. 5. Yan lupa blog dah tersadai lama tak berupdate (muehehe...)


Yan boleh pikir sampai tu je sekarang hahaha... baru jumpa masa nak update memang camni lah citer dia~ Banyak benda Yan tak sempat post seperti barang kelengkapan sekolah Yan, sambutan hari jadi Yan (1/3 hari tu huhuhu...), pengalaman kem ibadah dan macam-macam lagi... haih~ sedih dan rugi rasanya. Yan nak khabar siap-siap lah nih, kalau Yan tak update apa-apa ada sebab lah itu. Tapi boleh cari Yan dekat Twitter okey! DM saje kalau nak tanya apa-apa :3 Facebook pon Yan jarang benor nak online hahaha.. :D



Kepada yang akan mengambil SPM tahun ni sama sepeti Yan mari sama-sama berusaha untuk dapat keputusan yang cemerlang,terbilang dan gemilang okey!! Amiin~ In sya Allah boleh ^_^



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Random

yanchii | 19:32 | 1Comments |
7/12/2014



Assalamualaikum... Yosh! Hahaha.... Yan dah lama tak update pape dekat blog ni sampai Yan sendiri lupa Yan ada blog (maigaad~). Tapi Yan aktif dekat twitter menyebabkan blog Yan Yun Yin ni dipinggirkan. Last Yan update blog bulan 8 (baru cek tadi) memang lama gilooos tak update hahaha.. macam mana nih jadi blogger tapi tak update pape? Maaf... maaf...

Lepas log in blog ni, Yan baca ada komen-komen yang tanya pasal kucing dan lain-lain tapi Yan tak tahu nak balas ke tidak sebab tarikh komen tu dah lama jadi mungkin orang tu dah dapat jawapan mungkin? (Blank seketika). Yan bukanlah pakar kucing, tapi sebab Yan selalu research pasal kucing sebab ada kucing kat rumah dan sebab tu Yan tahu serba sedikit kesimpulannya rajin-rajinlah buat research. Kalau tanya soalan yang diluar pengetahuan Yan macam mana Yan nak tolong~ Yan bukan doktor haiwan~~

Yan tak ingat last follower Yan ada masa last tinggalkan blog jadi kalau ada yang dah follow Yan dan sudah suruh Yan follow balik tapi Yan tak follow pon (kejam doh~ kau Yan) boleh komen dekat post ni atau pon tinggalkan jejak anda dekat .....

CHIT CHAT HERE [!]

dekat sebelah kanan anda... Maaf sekali lagi.. Yan memang tak perasan...

Tahun depan Yan nak masuk tingkatan 5, fuhhh... macam tak percaya dah makin tua Yan nih tapi tak tinggi-tinggi jugak.. nak spm dah Yan nih~ hahaha... dub dab dub dab gitu~ Kalau Yan ada masa lagi, Yan akan post barang kelengkapan sekolah Yan pulak untuk tahun depan, nantikan !. Owh yeee.... Bulan lepas Yan buat ujian JPJ untuk lesen motor, Yan lepas ! Pelik tak? Yan nih kejap cakap pasal itu kejap cakap pasal ini. Tajuk pon random kan? Ada banyak cerita Yan nak taip tapi Yan rasa nak taip semua dalam satu post je serta diringkaskan sebab takot Yan cerita meleret-leret pulak.. hahaha....

Ini saja untuk sekarang, Jumpa lagi ! In sya Allah :3



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Bantuan Yang Tidak Diduga

yanchii | 01:37 | 0Comments |
15/8/2014



Assalamualaikum...

Berapa lama dah Yan tak update blog nih? Lama juga Yan tinggalkan blog ni bersarang.
Yan baru sahaja habis menjawab kertas ujian bulanan 2 dan sekarang ni ada masa la nak 'relaks' kan? sebab tu boleh jenguk blog ni. Kawan Yan pon ada yang tanya, "kenapa kau tak post apa-apa dah dekat blog Yan Yun Yin kau tuh" dan Yan pon cakap "malas" atau "tak de idea". Maafkan Yan wahai blog~
Nak kata tak ada masa tu ada je cuma masa yang ada tu Yan gunakan untuk baca manga, tengok anime, tidur, makan dan kebanyakan masa nye berangan. Dah jadi habit dah asyik berangan saje.

Balik dari sekolah tadi memang lompat bintang ke bulan lah.. Eh? bukan lompat bumi ke bulan kemudian ke bintang ke? Well, biarkan sahaja di situ. Seronok sebab ujian dah habis walaupun subjek untuk hari ni Add math dan sejarah. Percayalah Yan banyak 'bantai' dan 'hentam' masa jawab kertas Add math dan Yan dah bersedia untuk tengok result yang bergred 'G'. Otak Yan memang tak boleh masuk kalau bab kira-kira ni, kalau jumpa soalan yang ada nombor, jumpa ada x dan y, jumpa fraction dan jumpa soalan yang kena cari kecerunan dan banyak lagi (budak yang belajar Add math kompem paham apa yang Yan cakap dan merepek nih) memang Yan gelabah dan tak tahu nak jawab macam mana. Ada la sorang kawan Yan ni pandai Add math, nak je tukar otak dengan dia. Yan tak paham betul camne orang lain boleh paham dan tahu cara jawab Add math nih.... *Sigh~

Suka punya suka, masa nak balik dari sekolah tu motor buat hal pulak.. Yan tak boleh start pon motor tuh, masa tu rasa malu gila sebab orang pandang je. Yan start motor tu hidup kejap (enjin bunyi) pastu mati balik. Masa tu Yan siap baca ayat kursi dan berdoa pada Allah, manalah tau tiba-tiba motor tu hidup balik ke... Malangnya tak hidup jugak. Tiba-tiba hujan pulak nak turun, Yan pon dengan kesabaran yang sudah hilang dan penuh rasa malu (sebab orang pandang2) Yan tinggalkan je motor kat situ dan jalan kaki untuk balik rumah. Masa baru nak jalan kaki tu ada kereta berhenti dekat tepi dan Mak cik yang bawak kereta tu tanya Yan "nak tumpang ke?" masa tu rasa macam nak nagis je.. Yan pon naiklah kereta mak cik tu.. Tapi Mak cik tu tak hantar sampai rumah Yan pon sebab dia nak ke tempat lain jadi dia turunkan Yan dekat tepi jalan tak jauh dari rumah Yan. Yan rasa bersyukur sangat-sangat masa tu. Mungkin inilah kuasa Allah pada hambanya :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Akhirnya....

yanchii | 19:52 | 1Comments |
26/5/2014




Assalamualaikum....
-Dah lama tak update blog, sudah berhabuk mungkin?
-Last Yan update bulan 3 kan? Betul lah~ Yan baru cek tadi... 
-Bulan 4 Yan tak update sebab sibuk dengan urusan sekolah dan prepare dengan peperiksaan akhir tahun.
-Bulan 5 pulak peperiksaan akhir tahun dalam 3 minggu, memang BURN sebulan tu study dan exam.
-Dah hujung bulan 5 baru free (sekarang nie lah, sbb tu dapat update).
-Bermakna Yan habiskan 2 bulan untuk prepare exam dan menjawap exam.. Siapa sangka?
-Akibatnya, Otak Yan mula tidak berfungsi dengan baik, dimana hari-hari mengadap buku (solat,makan mandi tu buat lah~) 
-Sepanjang 2 Bulan ni tak main game, tak makan maggie tak tengok anime (Naruto Shippuden) STUDY JER~
-Tau tak rasa macam nak meletop kepala otak ni, macam bom yang tengah kira countdown nak meletup.
-Tapi time exam bantai jugak~ Apa yang Yan baca masuk sikit jer, yang lain otak Yan loading macam bukak Google Chrome time internet lambat cam siput sedap masak lemak cili api (Diingatkan, Yan tak pernah makan).
-Selepas habis peperiksaan tuh, dah ingat nak cuti, tapi malangnya, 26/5 dan 27/5 masih bersekolah.
-Tapi esok Yan tak datang sebab tak belajar (selalunya bila habis peperiksaan tak belajar lagi, kasi tenang jiwa dan raga dulu).
-Ayah Yan sakit, sekarang berada di Hospital Selayang, Yan tak boleh tumpu sangat nak jawap exam sebab risau dengan ayah Yan.
-2 hari sebelum exam tamat, mak kawan Yan meninggal dunia which make me feel more sad and Yan asyik terpikir pasal ayah... 
-Masa tu, memang dah tak fokus untuk exam....
-Ayah Yan masih lagi di hospital.. Doakan ayah Yan cepat sembuh....
-Itu sahaja untuk hari ni.. Maaf kerana dah lama tak update pape :3


p/s : baru perasan, nape Yan buat dalam bentuk point? -__-
Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Entry Campur

yanchii | 20:46 | 0Comments |
13/03/2014



Assalamualaikum.... Lama Yan tak post apa-apa entry sebab Yan menghadapi ujian penggal satu. Walaupun begitu, ianya TERRRRRRR AMAT SUSAH. Yan Highlight sekali lagi SUSAH!!. Susah sebab Yan ulangkaji saat-saat akhir. Yan bukan tak nak ulangkaji awal-awal tapi Yan ada Kem Pemantapan Akidah untuk PPIM 2 hari sebelum ujian. Memang tak sempat nak khatam semua lah... Lagi-lagi subjek Fizik, Biologi dan Kimia. Ahaaaaaa... sekalu dengan Add Math, memang tak nak meletup sel-sel otak nie haaaa... Tak pasal-pasal Yan kena minum susu baby.. Kan ada iklan sel otak berhubung.... so, repair la sikit kepala otak Yan nie. Hari ni last ujian dan memang dah habis dah pon... Campak buku rujukan jauh-jauh (amboi~)
Tak nak tengok lagi kertas ujian tuh! Sakit kepala meh~

So, Yan terfikir lah... kenapa Yan kalau baca buku kan.... tak masuk pon dalam kepala. Ibarat kita sedang membaca tu tapi terpantul balik ilmu tu (ahaaa... ada gak eh camni?) I wonder why.....

Objektif Yan sekarang ni ialah tunggu untuk CUTI!!! Yeah!!! Hehehe... Tak sabar nak cuti.. (mengalahkan kanak-kanak riang) Hujung bulan ni Yan balik ke kampung Yan di Kedah sebab nak jumpa nenek. Lama tak jumpa nenek, harap-harap nenek masih kuat lagi. Tapi, Yan panggil nenek Yan tok tau.. Cuma kalau Yan bahasakan panggilan tok tu kat kawan-kawan Yan mesti diorang ingat Atok pulak.. So, panggil nenek je kalau nak cakap secara umum. Nenek panggil tok, Atok panggil tok wan. :)

Dan!!!! Sejak akhir-akhir ni (sebenarnya dah lama) Yan obses dengan anime Attack On Titan! Yan memang minat anime. Salah satu anime Yan layan adalah Naruto. Tapi banyak lagi anime Yan suka tengok. Dah menjadi satu hobi dan tabiat. Pape pon, Attack On Titan memang best :)

(Attack On Titan)


Akhir sekali, Yan berharap MH370 akan dijumpai dalam masa terdekat ini. Kesian dekat keluarga mangsa yang masih berharap. Yan dan keluarga sentiasa mendoakan agar kita sama-sama dapat berjumpa kembali MH370. Yakin dengan Allah, In Sya Allah... Allah akan tunjukkan jalan kepada kita.. In Sya Allah :)





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

My Birthday Today! (01/03)

yanchii | 21:09 | 1Comments |
01/03/2014


Assalamualaikum... Hari ni Yan dah masuk umur 16 tahun! Alhamdulillah Yan masih bernafas lagi dengan izin Allah.. So, hari ni mak Yan sambut hari jadi dekat Pizza Hut (nyum3). Kami pergi sana dengan adik Yan dan Boy Yan (hehehe...). Tak mau citer panjang-panjang, Yan tunjuk gambar jelah kasi terliur sikit.. (jahat meh)




Kami order pizza chicken pepperoni sebab adik Yan tak suka pizza yang ada nanas ke dan lain-lain so, ikut jelah kehendak dia (padahal hari jadi Yan). Tapi tak kesah lah, janji sedap!





Yang ini pulak pasta yang ada meatball tu.. Tapi Yan pesan suruh tukar kepada ayam.. Yan suka ayam lebih dari daging (tak tahu la kenapa...anda camne??)





Kek birthday Yan tahun ni.. Tetibe terasa macam cepat jer Yan nak tua.. (sobs..sobs...)





Hehehe... ini hadiah yang Boy Yan bagi, Patung Chopper dalam anime One Piece dengan Rantai lambang Garrison atau pun Stationary Guard dalam anime Attack On Titan (Yan nak Scouting  Legion tapi xkesah^^) Boy tahu Yan minat anime, Boy Yan pun minat gak.. sekepala gitu....





Birthday Girl!! hahaha... muka macam apa ntah.. Depan tu sup of the day! hehe...






Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Sakit

yanchii | 20:44 | 6Comments |
21/02/2014



Assalamualaikum... Cuaca dekat selangor sekarang ni panas betul lah, Yan tak tahu lah pulak cuaca dekat tempat lain macam mana. Tapi dekat sini memang panas sampai rumput pon mati. Agak-agak cuaca dekat Kedah (kampung) macam mana la yer? Sebelum itu, Yan dah lama tak update apa-apa sebab sibuk dengan urusan sekolah, almaklum lah budak Sains Tulen kan? (bajet2~~). Yan dah lama jatuh sakit dah nak dekat seminggu macam tulah, kering dekat tekak,selsema, demam lagi. Bukan Yan sorang jer, kawan-kawan sekelas Yan pon semua sakit-sakit.. Adakah semua berjangkit dengan Yan?? harap-harap taklah...

Then, dengar khabar berita nenek Yan sakit dekat kampung sampai tak boleh bangun. Sorang-sorang pulak tu dekat rumah. Yan geram betul dengan mak dan ayah saudara Yan.. Rumah diorang dekat-dekat jer kenapa tak tolong jagakan?. Yan bukan nak ungkit apa tapi family Yan tinggal dekat selangor, jauhkan dari kedah. Saudara-saudara lain semua tinggal dekat kedah. Kalau alasan mereka sibuk, Yan memang tak boleh nak buat apalah sebab semua saudara mara Yan dah besar dan bekerja.

Walaupun sibuk tak boleh ke ajak nenek Yan tinggal sekali dalam rumah diorang??. Hurrrrr!!! Yan memang tak tahu lah apa kena dengan diorang semua. Semua orang sakit semenjak, dua menjak, tiga menjak ni. Harap-harap semua akan sihat kembali.


p/s: sakit hati pon dalam kategori sakit ke eh? tehee...


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Buang Tabiat Atau Tebiat?

yanchii | 16:52 | 2Comments |
06/02/2014


Assalamualaikum.... Semalam kejohanan merentas desa dekat sekolah dan Yan dapat no 23 untuk perempuan kelas 1 (tingkatan 4&5) huhuhu.... Rasa penat + lenguh + sakit kaki = nak mati (astagfirullah alhazim). Kaki je baru sapu minyak hari ni. Tadi kelas Yan pergi MRSM sebab ada macam pameran sains dan diorang memang pandai betul reka sesuatu untuk selesaikan sesuatu masalah (err? betul ke ayat nie?)

Di sebabkan penat, Yan pun 'blur' jugak sekarang ini Yan taip dekat Google pasal kebaikan dan keburukan empangan untuk projek Yan tadi. Tetapi.......





Yan taip nama Yan sendiri, apo kono Yan oiii :p


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Kata Minggu Depan.. Tapi Jadi Sebulan!

yanchii | 14:34 | 3Comments |
02/02/2014





Assalamualaikum.... Hari ni Yan saja nak lepaskan kemarahan dekat post kali ini. Yan rasa ramai lagi yang mengalami nasib yang sama dengan Yan. Kisah nyer, Yan ada menang satu giveaway ini (Yan tak nak cakap siapa yang anjurkan) dan Alhamdulillah Yan dapat. Tuan blogger ini suruh contact 'Sponsor' untuk tuntut hadiah berikut. So, Yan IM jelah dengan 'Sponsor' hadiah tu dekat FB. Believe me or not ini kali ketiga dia kata minggu depan dekat Yan dan alasan nya BUSY! Yan tak salahkan dia sebab dia berniaga online. Yan faham tu. Tapi kalau busy baik jangan gatal-gatal nak sponsor. Kamu sponsor sebab nak 'LIKE' banyak je.

Actually, dah sebulan lebih tapi malas nak cakap banyak-banyak. Yan pun bukan batak nak hadiah sangat tapi sebab Yan tinggal dekat rumah kuaters semua surat atau barang post hantar dekat pejabat kuaters. Yan kena claim dekat pejabat tau.. So, jangan susahkan Yan. Kalau nak terasa silakan. Ada ku kesah? Stop samapai sini dulu, cakap banyak pon tak guna kan? Bukan dia tahu pon....


P/S: Moral value is Sila lah "Bertanggungjawab" tak tahu maksudnya? silakan Google



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan