Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Seni Hias Kuku Yang Unik Atau Pelik?

yanchii | 06:30 | 2Comments |
04/01/2016


Assalamualaikum... Hari ini Yan tertarik dengan satu trend di Jepun iaitu seni hias kuku, diingatkan Yan tak hias pon kuku Yan cuma style yang lain daripada yang lain nih buatkan Yan rasa kagum dan pelik? hahaha..



Gambar yang Yan paprkan semua daripada Google tapi susah juga nak cari huhuhu.. Yan tau pasal seni hias kuku ni pon melalui youtube. Jom tengok~










Berdasarkan apa yang Yan tengok dekat YOUTUBE hehe... Trend ni kabanyakannya digayakan oleh 'Kuro Gyaru' iaitu 'Black Girl'. Kuro Gyaru ni  nak dipendekkan cerita ialah gadis Jepun menggelapkan kulit (cam kelakar ayatnye~) dengan makeup (style mereka). Mereka ni ada style dan citarasa fashion yang tersendiri.

Jadi bagaimana dengan pendapat anda semua?. Serious Yan rasa kuku tu boleh tercucuk kat mata.. waduuh~ 





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Review : Mistine Egg White Peel Off Mask

yanchii | 14:00 | 8Comments |
17/01/2014





Assalamualaikum... Hari ni Yan nak cerita sedikit tentang Mistine Egg White Peel Off Mask. Yan order produk ni dekat facebook kalau berminat  Boleh PM Sini 


Yan sendiri pon masih menggunakan mask ni memang best sangat, harga pon berpatutan RM 20 ternasuk postage. Yan tulis lebih detail sikit apa yang jadi lepas Yan pakai produk ini.



Pertama Kali Pakai Egg White Peel Off Mask

Terasa kulit tegang.
Pori-pori kelihatam mengecut sedikit.
Bila tengok cermin kulit muka macam 'glowing' sikit.



Kali Ketiga Pemakaian Egg White Peel Off Mask

Jerawat di bahagian pipi dan dahi mengecut
Pori-pori di sekitar hidung mengecil
Kulit di bahagian pipi yang dahulu kasar kerana jerawat sekarang terasa lembut.




Yan boleh cerita sedikit sahaja dahulu sebab Yan pon masih melalui proses ini. Setakat ini Yan dah pakai untuk kali ke lima dan kulit Yan makin lembut terutama nya di bahagian yang ada jerawat. Yan memang akan beli lagi mask ini kalau habis sebab mask ini sangat bagus untuk kecutkan jerawat dan mengurangkan kemerahan dekat sekeliling jerawat. Produk ini bau nya wangi sangat dan bila Yan letak dekat muka rasa sejuk je, memang best!. Nanti Yan update lagi hasil nya macam mana. 



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Review : Biore' Cleansing Oil

yanchii | 15:00 | 2Comments |
10/01/2014






Makeup remover atau pembuang/pembersih makeup yang paling best Yan pakai ialah Biore' Cleansing Oil. Yan beli dekat Tesco, kalau dekat tempat lain Yan tak pasti ada atau tidak. Tapi boleh lah cari dekat Watson mungkin:? Di bawah senarai Yan buat khas untuk review ini.


Kelebihan :-

  • Mudah dipakai dengan hanya menggunakan tapak tangan. (tak perlu kapas)
  • Menanggal dan membersih semua makeup dalam satu sapuan.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. (ada tertulis di bekas produk tersebut)
  • Mempunyai bau wangi . (macam bau buah-buahan)
  • Boleh membersih dan menanggalkan makeup walaupun dengan tangan/muka yang basah.



Kekurangan :-

  • Bekas produk agak besar untuk di bawa ke mana-mana.
  • Jika anda simpan di dalam beg kemungkinan anda akan ter 'pump' produk tersebut keluar.
  • Bila kita basuh muka dengan air, cecair produk masih ada di muka dan rasa melekit sikit. (kena basuh dengan pencuci muka baru okey)




Untuk menggelakkan kejadian cecair produk tersebut daripada keluar anda perlu simpan penutup plastik ini yang terdapat di bahagian kepala produk tersebut. Fungsi nya untuk menahan daripada di tekan.




Yan memang suka guna makeup remover ni sebab Yan cuma bersihkan tangan betul-betul kemudian picit sedikit cecair di telapak tangan kemudian sapu terus dekat muka. Semudah 1 , 2 , 3 kan? Sesiapa yang malas nak bersihkan muka lepas makeup boleh lah beli produk ni yer.



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Cara Mudah Membuat Toner Sendiri

yanchii | 03:04 | 7Comments |
25/11/2013


Assalamualaikum.. Yan akan berkongsi tentang cara membuat toner atau penyegar dengan mudah. Toner ni sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Yan akan buat toner ni bila Yan tak cukup duit nak beli toner yang biasa Yan pakai. Toner bagus untuk menyegarkan muka dan mebersihkan sisa makeup yang masih tinggal serta kotoran yang terlekat kat muka.
Bahan untuk buat toner ni adalah seperti yang berikut..




BAHAN-BAHAN

1. Air panas






2. Teh hijau




3. Bekas kosong




Yan akan panggil ni Toner Teh Hijau, Cara nak membuatnyer pon sangat senang dan mudah dan of course sangat berbaloi sebab harga sekotak teh hijau tu dalam RM 4.00 macam tu.

1. Panas kan air hingga mendidih dan tuangkan ke dalam cawan, lebih kurang 200 ml.
2. Masukkan seuncang teh hijau ke dalam cawan tersebut dan tunggu hingga sejuk.
3. Tuang air teh hijau tadi ke dalam bekas kosong yang di sediakan seperti bekas plastik pump atau spray.
4. Gunakan kapas muka untuk meletakkan toner ni di muka.




KEBAIKAN TEH HIJAU

1. Boleh mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
2. Mempunyai antioksidan dan mengelak kulit dari rosak kerana cahaya matahari
3. Teh hijau boleh mengurangkan berat badan kerana meningkatkan metabolisma badan.
4. Mengawal kadar gula di dalam darah.
5. Mempunyai sejenis antibakteria iaitu "catechin" yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.













Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

17 Fakta Menarik Tentang Kaki!

yanchii | 22:50 | 0Comments |
28/07/2013

Assalamualaikum.. Hari ni Yan ada baca something kat internet dan saya nak berkongsi dengan anda semua sbb Yan rasa info2 mcm ni mmg best dan bagus untuk dibaca semua, Enjoy :)







Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Makeup Macam Anak Patung a.k.a Doll

yanchii | 18:19 | 0Comments |
12/06/2013
Hello Readers! Hari ni Yan bukan nak bagi tutorial atau cara2 makeup macam Anak Patung yer. Rasanyer korang semua pon bleh search kat google atau youtube kan? Tapi, Yan nak share satu video seorang perempuan (rasanyer masih bersekolah) yg berasal dari London makeup macam anak patung or lebih kepada macam orang jepun. Serius jeles tengok muka dia yang comei tu  =,=''
Boleh serch kt youtube jer VenusAngelic. Dalam video dia ada beritahu cara-cara nak pakai makeup, tapi cuba korang bayangkan kt Malaysia ada orang buat camtu... Macam ala2 Cosplay la pulak, tapi xpe janji kawaii~
Jom layan salah satu video daripada dia and suara die macam budak lagi... 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Membersih Muka Dengan Oatmeal

yanchii | 00:36 | 1Comments |
4/3/2013



Hari ni Yan akan kongsikan rutin harian Yan mencuci muka menggunakan oatmeal.Tapi, Yan guna 3-4 kali seminggu sbb Yan ada pencuci muka tetapi baik juga kalau nak amalkan oatmeal ni hari-II sbb ia banyak manfaat dan faedah yg mmg baik untuk kulit muka kita.Oatmeal sangat sesuai untuk melegakan kegatalan dan kemerahan. Ia juga boleh mengelupaskan kulit dengan lembut dimana baik untuk membuang kulit mati.

Oatmeal merupakan 100% daripada bahan semula jadi. Ia juga membantu untuk melawan radikal bebas pada kulit kerana ia ada banyak anti-oksidan. Hasilnya? Kulit licin, lebih lembut dan terang.

Cara-cara Pemakaian
1. Ambil segengam oatmeal dan alirkan air suam. (pastikan tangan tutup tau)
2. Sapukan oatmeal yang basah tadi kemuka dengan perlahan-lahan.
3. Urutkan muka secara bulatan.
4. Basuh sehingga bersih
5.Tekapkan tuala bersih ke muka.

It's simple as that. Ia bukan sahaja murah tetapi sangat bagus dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sayangi kulit anda! :) 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Tips Kecatikan :)

yanchii | 20:21 | 2Comments |
8/03/2013
Semua orang mahu CANTIK siapa yg tak nak kan? So, Yan nak share sikit tips untuk menjadi CANTIK sbb Yan sendiri penah buat dan kesan die boleh dirasa dengan cepat INSYAALLAH. Tapi bergantung kepada diri masing-II

1. MINUM AIR MASAK
Yan selalu tengok amoi-II cina dekat sekolah Yan semua cantik dan gebu gitu jeles tengok.. Diorang selalu bawak botol besar air masak kat sekolah.. woooo.. that's why diorang cantik kot.. Badan kita perlukan banyak air lagi-II cuaca yg sangat panas, 8 gelas pon rasenyer tak cukup.

2. CUCI MUKA
Muka kita selalu kotor + minyak sbb cuaca yg panas dan udara persekitaran kita. Lagi-II yg suka pakai make up mmg payah citer.. So, kite kena rajin-II cuci muka 2-3 kali sehari (Yan cuci 3 kali) then pakai toner dan moisturizer. Insyallah muka kita akan dapat mengelak daripada jerawat.

3. PAKAI SUN SCREEN DAN KRIM MALAM
Cuaca yg panas dan terdedah kat matahari mmg kena pakai sunscreen then malam apply krim malam.. best woooo.. Tapi AWAS cari yg betul-II sesuai dengan muka anda okey :)

4. PAKAI SCRUB DAN MASK
Pakai 1-2 kali seminggu jer tahu... Jangan scrub muka kuat-II nnti rosak pulak muka yg cun tuh..

5. AMBIL VITAMIN C 
Kalau korang malas nak beli vitamin C kat kedai korang boleh gantikan dengan buah-buahan. Muka dan badan kita sangat memerlukan vitamin C lagi-II kalau nak CANTIK. Ada yg Yan dengar bahawa matahari sebelum pukul 10 ade vitamin D ke E? but korang jgn dedahkan muka korang mcm tu jer pakai sun screen sbb untuk mengelakkan sinaran UV

6. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK
Makan berminyak mmg tak baik untuk kesihatan, confirm untuk muka pon tak elok jugak. So, jgan la ketagih makan banyak makanan berminyak okey..

7. TIDUR AWAL
Muka dan badan memerlukan rehat. Kalau kita tido awal kita sebenarnyer mempercepatkan proses pemulihan sel kat muka. Esok pagi muka nampak fresh sikit :)

8. SELALU SENYUM
Kalau korang selalu senyum tapi hati sedih tak boleh jugak... Kalau kita senyum kita mesti lah mood ceria dah stress berkurang jadi jerawat pon kurang :P

9. SOLAT :)
Sebenarnya kita amik wudhuk tuh menjaga kecantikan muka jugak. kita bersihkan anggota badan tuh.. ade hikmah tuh sbb tu kita WAJIB SEMBAHYANG...

tu je yg Yan boleh share sbb kite bukan pakar pon nak cakap detail-II.. 
Sesungguhnyer yg baik datangnyer daripada ALLAH dan yg buruk datang dari saya sendiri.....
p/s : doakan Yan boleh jawap ujian bulanan yer terutama subjek math.. wuwuwuwu....

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan