❤ (。◕‿◕。) ❤

Cara Mudah Membuat Toner Sendiri

yanchii | 03:04 | 7Comments |
25/11/2013


Assalamualaikum.. Yan akan berkongsi tentang cara membuat toner atau penyegar dengan mudah. Toner ni sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Yan akan buat toner ni bila Yan tak cukup duit nak beli toner yang biasa Yan pakai. Toner bagus untuk menyegarkan muka dan mebersihkan sisa makeup yang masih tinggal serta kotoran yang terlekat kat muka.
Bahan untuk buat toner ni adalah seperti yang berikut..




BAHAN-BAHAN

1. Air panas






2. Teh hijau




3. Bekas kosong




Yan akan panggil ni Toner Teh Hijau, Cara nak membuatnyer pon sangat senang dan mudah dan of course sangat berbaloi sebab harga sekotak teh hijau tu dalam RM 4.00 macam tu.

1. Panas kan air hingga mendidih dan tuangkan ke dalam cawan, lebih kurang 200 ml.
2. Masukkan seuncang teh hijau ke dalam cawan tersebut dan tunggu hingga sejuk.
3. Tuang air teh hijau tadi ke dalam bekas kosong yang di sediakan seperti bekas plastik pump atau spray.
4. Gunakan kapas muka untuk meletakkan toner ni di muka.




KEBAIKAN TEH HIJAU

1. Boleh mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
2. Mempunyai antioksidan dan mengelak kulit dari rosak kerana cahaya matahari
3. Teh hijau boleh mengurangkan berat badan kerana meningkatkan metabolisma badan.
4. Mengawal kadar gula di dalam darah.
5. Mempunyai sejenis antibakteria iaitu "catechin" yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.













Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

7 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Izza Sakura said...

Oh kebetulan la ptutlh cm pna tgok header tu hehe

Anonymous said...

Akak mmg wajib letak kapas eh...Kalau kita guna spray bottle yang jenis lagi satu boleh tak??Kalau kita tak letak kapas tak boleh?Mohon jawab yer akak

diti said...

Lps dh buat kene cuci balek ke..lag satu guna teh lipton ke boh ke blh ...jawap pleaseee

Anonymous said...

Lps dh buat kene cuci balek ke..lag satu guna teh lipton ke boh ke blh ...ja

Liyana yan said...

@Izza Sakura kan... siapalah yg buat tu ^_^

Liyana yan said...

@Anonymous owh.. boleh je kalau tak guna kapss, kalau berair sgt dkt muka bleh urut sikit. Maaf sbb lambat :)

Liyana yan said...

@diti mana2 pon boleh, ikut keselesaan.. kalau jumpa yg organik lagi bagus.

Copyright©2012-2017.Allright Reserved by Yan