Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Persiapan Untuk Anak Kucing

yanchii | 14:00 | 6Comments |
18/12/2013





Assalamualikum... Ke semua 5 ekor anak-anak bulus Yan dah nak masuk 2 bulan jadi Yan kena sediakan barang-barang yang perlu ada untuk anak kucing ni. Siapa yang belum tengok gambar anak-anak bulus a.k.a cucu Yan masa kecik boleh KLIK SINI


Barang-barang yang mesti ada ialah.....


1. Makanan Anak Kucing


Kalau jenis macam nie senang, kita letak dalam piring atau mangkuk pastu rendam dengan air suam. Kalau nak bagi makan guna 'wet food' yang dalam paket kecik pon tak apa cuma Yan tak suka bila bau mulut anak kucing kuat sangat bau tuna.



2. Litter Box / Kotak @ Bekas Pasir Kucing


Kalau bela kucing kat rumah kena ada benda ni kalau tidak merata-rata lah najis nanti. Yang paling penting, kena ajar anak-anak kucing ni guna benda ni kalau nak membuang hajat. Untuk anak kucing ,Yan sarankan pakai jenis ini (Litter Tray) sebab ia rendah senang anak kucing nak panjat nanti.



3. Litter Scoop


Yang ini kegunaan nya untuk mengkaut segala khazanah yang ada dalam litter box nanti..



4. Pasir Litter


Ada banyak jenis pasir untuk kucing membuang hajat boleh pilih mana-mana yang kita suka. Yan pilih yang ini sebab senang nak beli sebab kedai nya dekat dengan rumah. Ini jenis 'clumping' jadi senang nak kaut nanti gune litter scoop.



5. Odour Free


Yang ini pulak tak wajib beli pon. Tapi Yan perlu benda ni sebab Yan guna ini untuk cuci litter box. Pernah satu hari tu kucing Yan membuang hajat then tersasar. Benda ini lah akan membantu untuk hilangkan bau dan kotoran tersebut.



Banyak lagi sebenarnya yang Yan perlu sediakan contoh nya shampo anak kucing, spray kutu, sikat dan etc. Yan letak gambar cucu Yan dekat bawah ni. Chill!!


























Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Terlalu Asyik Dengan Game

yanchii | 14:59 | 6Comments |
08/12/2013




Assalamualaikum... Hari ni nak cakap pasal game kat facebook. Yan memang ketagih main game kat facebook terutama game CRIMINAL CASE sebab macam boleh jadi CSI kat TV tuh (sape yang main jugak bleh add.. haha..). Tak kisah lah game ape pon korang maen termasuklah Candy Crush, Farm Ville dan semua game yang se-akan dengan nya. Tahu tak apa kesan kalau main game lama sangat? Yan sendiri dah rasa sebab Yan yang testimoni sendiri. Ini beberapa kesan yang korang mungkin tak perasaan pun kalau korang terlalu lama main game.


( Promote nampak :P )


1. Masa berlalu 
Korang akan perasan yang korang main game macam kejap je , macam kejap je tapi sebenarnya dah 6 jam korang main. Sampai tak sempat nak buat kerja lain, semua kerja terbengkalai. Kalau boleh 'set' penggera sampai pukul berapa korang boleh main.

2. Bil elektrik naik
Haha.. Yang ini Yan tak tahu la korang perasan ke tidak? Kalau korang main game kat telefon bimbit pun nanti kena 'charge' jugak kan.. Lagi2 kalau main game kat Lappy, lagi ler.... Bil internet pun naik wooo..


3. Masa bersama keluarga kurang
Bila dah duduk menghadap game je mestilah kurang komunikasi sesama keluarga. Hati2, takut korang jadi macam orang asing pulak dalam rumah.


4. Sakit
Kenapa boleh sakit? Bila korang main game tanpa henti, korang tak akan makan makanan berkhasiat dah. Korang akan makan benda2 ringan je macam keropok,coklat dan sebagainya supaya cepat sikit korang boleh main game. Boleh jadi korang tak cukup tido sebab tu boleh sakit.


5. Rabun mata
Korang sedia tahu apa kesan kalau menghadap depan screen lama2 sangat kan? kalau dulu orang selalu kata jangan duduk dekat sangat dengan TV kalau nak tengok. Sekarang kalau tengok screen laptop lama2 pun mata boleh sakit sebab tak kelip.



Setakat itu jelah Yan taip hari ini. Kalau nak 'Addicted' dengan game tak apa, tapi bahagikan masa dengan betul okey? Assalamualaikum.. ^_^


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Bagaimana Mengelakkan Makanan Beracun

yanchii | 12:00 | 2Comments |
28/11/2013





(From google)



Assalamualaikum... Yan nak kongsi sedikit info dan ilmu yang Yan ada, Yan selalu rajin membaca jadi banyak lah ilmu di dada :p bak kata pepatah orang puteh Sharing is Caring right? Jadi Yan pon dengan berbesar hati akan share info kesihatan ni. Yan tau mesti korang akan cakap "masak sendiri kat rumah kan?" tapi jangan pandang sebelah mata je, ada je kes makanan beracun tapi makanan tu datang dari rumah.


Jadi, kenapa kita masak sendiri pon makanan boleh beracun? Faktor dan kunci  utama nya sebab kita tak jaga kebersihan. Kita makan je makanan yang ada tanpa tahu apa sebenarnya yang masuk dalam badan kita sampai muncul  tanda2 awal keracunan makanan baru nak cuak + gelabah. Betul kan? Keracunan makanan boleh menyebabkan loya, muntah2,  cirit-birit, dehidrasi(tak cukup air dalam badan) dan demam.


Tapi tak semua makanan kat rumah boleh menyebabkan keracunan makanan. Kita cuma kena pastikan je makanan kita tu selamat atau tidak untuk dimakan + dibaham atau di telan (sempat lagi buat lawak). Ini langkah2 yang perlu diambil.



Basuh Tangan

Kita kena lah basuh tangan dengan sabun selama lebih kurang 20 saat sebelum memegang apa jua makanan sama ada untuk memasak atau makan. Basuh tangan terutamanya ketika kita selesai menyentuh daging dan ayam mentah serta telur dan makanan laut.




Asingkan Makanan Mentah

Makanan Mentah seperti daging mestilah diasingkan atau diletak jauh dengan makanan kering seperti roti atau sayur supaya bakteria tak berpindah. Buat perkara yang sama ketika menyediakan meja penyediaan makanan dan semasa menyimpan makanan dalam peti sejuk.




Pastikan Peti Sejuk Dibawah 5 ° C

Untuk memastikan bakteria tak membiak dan merebak, pastikan suhu peti sejuk tu di antara 4 ° C dan 60 ° C untuk tidak menggalakkan pembiakan (Macam pelik je ayat?) yang berleluasa (teringat pulak cerita zombie.. errr..). Selain itu, jangan biarkan makanan daripada peti sejuk terdedah selama lebih daripada 2 jam di luar peti sejuk. Contoh nya kalau letak ais krim kat luar lebih dari 2 jam nanti ia akan cair (okey, saje nak melawak :P)




Gunakan Papan Pemotong Yang berlainan

So,sediakan 2 papan pemotong dekat rumah.Satu khas untuk makanan mentah seperti daging dan satu lagi khas untuk makanan kering seperti sayur. Kita tak boleh kongsi kan dua benda ni sebab kit tak tahu bakteria tu dekat mana dan berpindah macam mane. Take a note!




Masak Sehingga 100% Masak

Untuk memastikan bakteria betul2 dah mampus, masak lah makanan contoh nya seperti daging dan telur sehingga betul2 masak (jangan over cook nanti hangus). Kadang2 kalau tengok rancangan memasak orang mat saleh diorang mesti masak daging dan tinggalkan ada pink2 kat daging tu. Jangan buat macam tu yer! Daging tu tak masak penuh pon diorang makan. Kita sebagai orang Islam tak boleh la buat macam tu okey?.



Good Luck Menjadi Pakar Kebersihan Makanan :)


    


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Cara Mudah Membuat Toner Sendiri

yanchii | 03:04 | 7Comments |
25/11/2013


Assalamualaikum.. Yan akan berkongsi tentang cara membuat toner atau penyegar dengan mudah. Toner ni sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Yan akan buat toner ni bila Yan tak cukup duit nak beli toner yang biasa Yan pakai. Toner bagus untuk menyegarkan muka dan mebersihkan sisa makeup yang masih tinggal serta kotoran yang terlekat kat muka.
Bahan untuk buat toner ni adalah seperti yang berikut..




BAHAN-BAHAN

1. Air panas






2. Teh hijau




3. Bekas kosong




Yan akan panggil ni Toner Teh Hijau, Cara nak membuatnyer pon sangat senang dan mudah dan of course sangat berbaloi sebab harga sekotak teh hijau tu dalam RM 4.00 macam tu.

1. Panas kan air hingga mendidih dan tuangkan ke dalam cawan, lebih kurang 200 ml.
2. Masukkan seuncang teh hijau ke dalam cawan tersebut dan tunggu hingga sejuk.
3. Tuang air teh hijau tadi ke dalam bekas kosong yang di sediakan seperti bekas plastik pump atau spray.
4. Gunakan kapas muka untuk meletakkan toner ni di muka.




KEBAIKAN TEH HIJAU

1. Boleh mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
2. Mempunyai antioksidan dan mengelak kulit dari rosak kerana cahaya matahari
3. Teh hijau boleh mengurangkan berat badan kerana meningkatkan metabolisma badan.
4. Mengawal kadar gula di dalam darah.
5. Mempunyai sejenis antibakteria iaitu "catechin" yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.













Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Cara Mudah Menangani Ulser

yanchii | 03:34 | 0Comments |
15/11/2013






(Credit google)



Assalamualaikum  :)

Amboi gambar nyer bukan ulser mulut pulak tuh.. hehehe.. Yan sengaje letak gambar bibir yang hot and I'm sexy and I know it (melebih pulak) sbb Yan boleh agak korang geli tengok ulser mulut orang lain kan?? Berani tengok ulser sendiri jer kan??. Back to the topic, Yan akan berkongsi ilmu yang Yan ade iaitu cara mudah , senang , jimat , dan cepat untuk meredakan , mengecutkan dan mengurangkan kesakitan ulser mulut ni (Amboi macam buat iklan pulak). Cara ini anda boleh lakukan jika anda malas nak ke farmasi atau dalam bahasa orang putih pharmacy untuk membeli bonjela :)

Apa yang anda perlukan cuma ais batu. Tak percaya? Yan tahu korang mesti penah guna garam kalau nak merawat ulser tapi pedih kan? So, gunelah ais batu dan letakkan betul2 kat tempat ulser tu. Mule2 rase pedih-ii sikit tapi nanti cuma rase sejuk dan lega jer.. Percayalah, Yan penah buat macam nie. Lepas Yan cuba macam ni terasa kecut sikit bengkak keliling ulser tu.. Mujarab? anda tentukan sendiri :)

Okey lah, mungkin korang tak berminat letak ice a.k.a ais batu ni. Macam mane dengan letak ais krim? Yes! anda boleh merasa kelegaan dan sedap pulak tu. hehe... Ada jer orang buat macam tu sbb kalau letak ais batu je mesti jari kita pon turut sejuk kan? Kalau nak gune cara macam ni Yan sarankan beli lah ais krim ato dalam bahasa orang putih ice cream (sama je kan bunyi?) dalam bentuk batang dan bukan dalam bentuk kon macam kon trafik light tu. Kenapa? sbb kalau korang makan ais krim yg ade batang senang nak tonyoh kat ulser tu (ayat kasar tonyoh). Hehe.. jangan tonyoh pulak jadi pape Yan tak bertanggungjawab. 

Kiranyer makan ais krim dapat 2 in 1 lah kan? sambil makan ais krim dapat rase lega kat ulser tu. Yan tak galakkan korang makan ais krim coklat sebab terlalu berkrim pekat. Vanilla pon boleh jugak. Yan tunjuk sikit gambar ais krim nie bia korang meleleh sikit air liur.. hohoho...




(credit: http://kebunketereh.com)




(Credit:Google)





(Credit:Google)




(Credit:Google)



(Credit:Google)






(Credit:Google)





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Balik Kampung! (TIPS KESELAMATAN)

yanchii | 17:49 | 6Comments |
03/08/2013

(cilok kat google)

Hari Raya bakal menjelama tak lama lagi. Hari Isnin nanti Yan balik kampung kat Kedah.. Yan tak boleh nak update lah sepanjang raya nanti sbb mood raya kan. Tapi Insyaallah bila Yan dah sampai nanti Yan update ye.. Yan nak kongsi tips keselamatan untuk pemandu2 yg akan balik ke kampung macam Yan.
Selamat Memandu :)

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalah gunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.






Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Allah Bayar "CASH"

yanchii | 18:26 | 4Comments |
01/08/2013


Perbualan Adik dan Kakak di dalam bilik. Kakak dalan keadaan tidak sihat.

Adik : Kakak! Adik kan dah lama tak demam. Bukan macam kakak, sikit-sikit demam.
Kakak : Yerke.. Berapa lama dah adik tak demam?
Adik : Dah 3 tahun lah. Adik minum ais banyak pun tak demam.
Kakak : Antibody adik kuat kot, sebab tu tak sakit.
Adik : =P

3 Bulan Kemudian

Adik : Kakak, kenapa adik rasa macam nak demam.
Kakak : Minum banyak ais memang la macam tu.
Adik : Tak mungkin lah! Sebelum ni tak ada macam tu.
Kakak : Betul lah adik. Kakak tak tipu.

Ke Esokkan Hari (selepas berjumpa doktor)

Kakak : Kan kakak dah kata demam sebab minum air berais.
Adik : Hmmm...
Kakak : Lain kali jangan riak walaupun bab kesihatan.. Allah bayar "CASH" sekarang.
Adik : Sorry....

Assalamualaikum semua.. So, dah baca dialog kat atas tu?? Motif Yan sebenarnya adalah utk kita mengelakkan perbuatan lagha, riak, angkuh dan bongkak. Dialog di atas mmg betul-betul berlaku yer. Kalau hal kecik macam tu pun Allah dah balas terus kat dunia apatah lagi kat akhirat. Allah bukan balas sikit dan sekejap tahu kat dunia ni.. Allah bagi 2 kali ganda berat ag balasan tuh dan semestinya lama. Sama-sama lah kita pada bulan Ramadhan ni melakukan kebaikan. Ramadhan pun sudah mahu meninggalkan kita. Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin. Salam Ramadhan semua :)






Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Jom Tukar Nama Ke Jepun Dan Korea!

yanchii | 18:25 | 34Comments |
31/07/2013


 Assalamualaikum... Untuk menghilangkan bosan pada petang ni jom main tukar2 nama ke Jepun dan Korea. Mungkin, korang dah tau laman web ni tapi tak ape sbb yg tak tahu ni boleh la jenguk yer. Senang jer just taip nama korang dan tekan enter nanti keluar la nama korang tuh..hehehe... Nak cuba?? Jom!!


Yan sendiri dah try tukar nama sendiri.. Nak tahu?? Jeng.. jeng.. jeng...
Nama Jepun = Tsukiyama Aida
Nama Korea = Ahn Min Young

Dah dapat nama korang tuh? Komenlah! Yan nak tahu jugak.. Comei ke tak nama.. eheek.. Selamat Mencuba ^^V



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan