Showing posts with label Kucing Yan. Show all posts
Showing posts with label Kucing Yan. Show all posts

Persiapan Untuk Anak Kucing

yanchii | 14:00 | 6Comments |
18/12/2013





Assalamualikum... Ke semua 5 ekor anak-anak bulus Yan dah nak masuk 2 bulan jadi Yan kena sediakan barang-barang yang perlu ada untuk anak kucing ni. Siapa yang belum tengok gambar anak-anak bulus a.k.a cucu Yan masa kecik boleh KLIK SINI


Barang-barang yang mesti ada ialah.....


1. Makanan Anak Kucing


Kalau jenis macam nie senang, kita letak dalam piring atau mangkuk pastu rendam dengan air suam. Kalau nak bagi makan guna 'wet food' yang dalam paket kecik pon tak apa cuma Yan tak suka bila bau mulut anak kucing kuat sangat bau tuna.



2. Litter Box / Kotak @ Bekas Pasir Kucing


Kalau bela kucing kat rumah kena ada benda ni kalau tidak merata-rata lah najis nanti. Yang paling penting, kena ajar anak-anak kucing ni guna benda ni kalau nak membuang hajat. Untuk anak kucing ,Yan sarankan pakai jenis ini (Litter Tray) sebab ia rendah senang anak kucing nak panjat nanti.



3. Litter Scoop


Yang ini kegunaan nya untuk mengkaut segala khazanah yang ada dalam litter box nanti..



4. Pasir Litter


Ada banyak jenis pasir untuk kucing membuang hajat boleh pilih mana-mana yang kita suka. Yan pilih yang ini sebab senang nak beli sebab kedai nya dekat dengan rumah. Ini jenis 'clumping' jadi senang nak kaut nanti gune litter scoop.



5. Odour Free


Yang ini pulak tak wajib beli pon. Tapi Yan perlu benda ni sebab Yan guna ini untuk cuci litter box. Pernah satu hari tu kucing Yan membuang hajat then tersasar. Benda ini lah akan membantu untuk hilangkan bau dan kotoran tersebut.



Banyak lagi sebenarnya yang Yan perlu sediakan contoh nya shampo anak kucing, spray kutu, sikat dan etc. Yan letak gambar cucu Yan dekat bawah ni. Chill!!


























Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

HARI KE-10 CUCU YAN ^_^

yanchii | 12:00 | 2Comments |
02/12/2013


Assalamualaikum dan selamat pagi,  Seperti yg Yan maklumkan di enteri yg terakhir  sebelum enteri ini, Yan akan update gambar Cucu Yan^^ pada hari ke-10 mereka sbb cucu Yan dah buka mata. Siapa yg tak baca lagi enteri tu sila KLIK SINI!!!  *Excited!
Yan dah bagi nama kat cucu2 Yan tu .. Tapi sekor je yg Mak Yan nak namakan sendiri sebab Mak Yan suka sangat kat kucing oren. Namenyer Sinchan.. Nampak tak?? Nama yg biase di dengar. Yan ingat nak bgi nama yg BOMBASTIC sikit tapi bialah, senang sebut dan senang nak dipanggil yer tak?

Mesti semua nak tengok gambar je kan? Malas nak dengar Yan pot pet jer kan?? Okeylah Yan pon tak sabar nak tunjuk gambar ni.. Hohoho macam ade bunga api atas kepala Yan.. Okey2 enough! Tengok kat bawah yer untuk tengok Cucu2 Yan yg Cute Miut.. *Perasan :p




ROUND 1

(Bongsu : Nana)



ROUND 2

(Sulung : Dibo)



ROUND 3

(Kedua : Gary)



ROUND 4

(Ketiga : Sinchan)



ROUND 5

(Keempat : Oreo)



So, undilah Cucu Yan mana satu korang paling suke.. Round 1,2,3,4, atau 5 hahaha.. macam contest Ratu cantik pon ade jugak.. lagi 2-3 minggu Yan akan update lagi, mase tu mereka boleh berdiri tak silap Yan. Itulah saja untuk hari ini Assalamualaikum..... ^_^V


P/S:Sorry lambat update :p


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Tahniah Spoty!!!! (Yan Dah Ada CUCU!!)

yanchii | 15:57 | 7Comments |
21/10/2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua reader's Yan. Spoty tu sape yer? dan Yan dah ade cucu?? Maksudnyer Yan dah jadi nenek ke?? Eh?? Bila pulak Yan dah kawin?? Umur pon baru 15 Tahun... Hahaha... Sebenarnye kucing Yan dah selamat melahirkan anak kucing sebanyak 5 ekor pada Hari Jumaat bertarikh 18/10/2013. Bile Yan ingat balik mase mula2 Yan amik Spoty (kucing betina) dengan Kenny (kucing jantan) kat masjid tahun 2012 diorang baru 2 bulan tak sangka dah besar sekarang.. Spoty dah jadi ibu dan Kenny pulak banyak Awek's hahaha.....

(Mase mula2 amik Spoty*kiri dan Kenny*kanan, Usia 2 Bulan)

Selepas Yan susah payah hantar ke klinik haiwan atau dikenali sebagai VET kemudian terpaksa menghadapi cacing perut yang keluar daripada kucing Yan tuh.. huhuhu..susah.. pejam celik dah besar dah kucing Yan nie, Dari berusia 2 bulan sekarang dah Setahun lebih. *Emosi tibe2 -______-

(Kenny yg pemalas tido atas meja Yan)



(Spoty yg bunting tido atas katil Yan)


Yan anggap kucing Yan ni macam anak sbb tu Yan teruja sangat bile kucing Yan mengandung dan dapat anak kucing^^.. Tengok kat bawah, Yan ada letak gamba Cucu2 Yan yg Newborn nie :)


(sehari selapas dilahirkan)







(Spoty bersama anak2 ^_^)


Sampai sini dulu coretan daripada Yan, selepas hari ke 10! Yan akan upload lagi gambar anak kucing Yan sbb hari ke 10 mereka boleh bukak mata^^ Huhuhu... Tak sabar rasanyer... Yang lain pun mesti tak sabr kan?? Nanti kan okey!!!! Bye!!!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Cara-cara Menjaga Anak Kucing (Basic)

yanchii | 16:12 | 26Comments |
15/9/2012


Assalamualaikum...

Seperti tajuk di atas saya ingin berkongsi cara-cara menjaga anak kucing, sebab saya dah jaga anak kucing saya tu sudah 3 minggu.. Saya bukan lah pro sangat tentang anak kucing ni tapi sekadar basic saja pon sudah mencukupi kan? Hehehe.... Mari teruskan dengan langkah-langkah seperti yang berikut. 

1.ANAK KUCING
Kalau korang tak ada anak kucing camne nak jaga kan?

2.TEMPAT TIDUR
Anda boleh guna kotak kasut atau bakul untuk buat tempat tidur untuk anak kucing. Lapik kan dengan kain supaya anak kucing tidak sejuk.



3.BOTOL SUSU/SYRINGE
Kalau macam nie korang kena pastikan umur kucing tu berapa. Selalunya kalau umur anak kucing tu bawah satu minggu kita kena bagi anak kucing tu minum guna SYRING. Selepas sudah seminggu lebih atau anak kucing itu pandai menghisap kita boleh guna botol susu.



4.SUSU KUCING
Jangan beri susu biasa seperti susu Dutch Lady atau apa sahaja susu yang diperbuat dari susu lembu kerana ia mmg tak sesuai dengan anak kucing. Kalau anda bagi jugak nanti anak kucing boleh cirit-birit.Saya beli susu kucing jenis air seperti di atas sebab anak kucing saya sakit perut kalau bagi susu yg dibancuh lagi pon saya tak tahu berapa sukatannya jadi mmg mudah. Kalau nak beli secara online KLIK SINI. Tetapi anda boleh beri susu yg kena bancuh seperti di bawah.









5.VITAMIN
Saya guna vitamin ni sbb anak kucing saya kadang-kadang tak mahu minum susu. Jadi saya akan beri sedikit vitamin untuk anak kucing saya sebelum minum susu. Sehari sekali sahaja hanya picit sikit sahaja di jari dan bagi anak kucing tu jilat. Kalau selera anak kucing tu dah bertambah dari hari ke hari boleh la berhenti memberikan nya vitamin.



6.KAPAS(cotton ball)
Anak kucing tidak boleh membuang air dengan sendiri. Jadi anda perlu gunakan kapas yg dibasahkan dengan air suam dan sapukan di bahagian jantina tersebut dengan cara bulatan secara perlahan2 (Ini dapat merangsang anak kucing itu untuk membuang air) sehingga anak kucing itu dapat mengeluarkan kumuhan.  


#Semua gambar yang terdapat di atas saya cari di Google Search okey...



*UPDATE : 24/03/2016*
*Assalamualaikum kepada semua pencinta&penjaga kucing :) saya memohon maaf jika tidak dapat menjawab soalan anda kerana
1.Saya tak buka blog setiap hari
2.Saya tidak berapa arif ◕︵◕
3.Pengalaman saya menjaga kucing tidak sama seperti anda oleh itu saya tidak berani untuk memberi nasihat,tip atau jawapan kerana untuk mengelakkan sebarang masalah



Oleh itu, jika anda pencinta kucing dan haiwan sekalian terdapat masalah saya cadangkan untuk menghubungi beliau KLIK SINI!!! untuk pertanyaan lanjut. Yan sendiri pernah mengajukan beberapa soalan kepada beliau kerana beliau lebih arif tentang masalah kucing. Soalan yang Yan tak jawab bukan sebab Yan tak nak tolong tapi kerana saya tidak berapa arif untuk mengendalikan masalah tersebut. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kerana kekurangan Yan dan segala kesulitan yang berlaku.
Sekian terima kasih :)

Sila kunjungi blog Dear Cats untuk sebarang maklumat lanjut tentang kucing ●‿●
http://dearcats.blogspot.com












Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

My Little Kitten Velvet

yanchii | 17:45 | 5Comments |
5/9/2012


Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog muehehe.. Minta maaf dan minta ampun sesangat.. Selama tak update nie banyak benda yg berlaku di sekeliling saya. Antaranya kawan dah berubah,gadoh dgn Boy n mcm2 agi. Tapi hari ni saya nak cerita tenteng my little kitten. Umur baru 1 minggu lebih.. Cer tengok bawah....

Velvet

Cerita nya begini... Pada waktu malam, saya terdengar anak kucing ni mengeow dlm longkang blakang rumah jadi saya angkat dan letak dekat seekor kucing betina warna hitam bersama anak nyer yg lain. Tapi keesokan hari nya kucing betina tu dah tak ada tinggal kucing ni je. Saya ingat mungkin mak die alih kan adik beradik die dulu kot jadi saya biarkan.. Tapi waktu petang tu anak kucing tu mengeow saya tengok anak kucing tu dah ade dlm longkang yg basah. Cepat2 amik die bwk masuk rumah.. Kalau nak tahu mak saya geli kat kucing sbb tu kami tak boleh bela kucing. Tapi ayah saya bagi bela so gembire meh^^...

Mula lah beli susu untuk kucing dan botol sekali. Sediakan selimut n kotak. Saya dan adik saya beri nama anak kucing nie Velvet comel kan muehehe... Dalam rumah ni saya lah Mak Kucing sbb saya je yg bersungguh2 jage Velvet (Fuhhh.. Letih tau!) Saya tengok video dan baca cara jage anak kucing mmg semangat! Hahahaha... Saya ingat nak letak sekali video Velvet minum susu tapi malas pulak.. Okeylah Mak Velvet nak cau dulu.. See You Next Time!









Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan