Bantuan Yang Tidak Diduga

yanchii | 01:37 | 0Comments |
15/8/2014



Assalamualaikum...

Berapa lama dah Yan tak update blog nih? Lama juga Yan tinggalkan blog ni bersarang.
Yan baru sahaja habis menjawab kertas ujian bulanan 2 dan sekarang ni ada masa la nak 'relaks' kan? sebab tu boleh jenguk blog ni. Kawan Yan pon ada yang tanya, "kenapa kau tak post apa-apa dah dekat blog Yan Yun Yin kau tuh" dan Yan pon cakap "malas" atau "tak de idea". Maafkan Yan wahai blog~
Nak kata tak ada masa tu ada je cuma masa yang ada tu Yan gunakan untuk baca manga, tengok anime, tidur, makan dan kebanyakan masa nye berangan. Dah jadi habit dah asyik berangan saje.

Balik dari sekolah tadi memang lompat bintang ke bulan lah.. Eh? bukan lompat bumi ke bulan kemudian ke bintang ke? Well, biarkan sahaja di situ. Seronok sebab ujian dah habis walaupun subjek untuk hari ni Add math dan sejarah. Percayalah Yan banyak 'bantai' dan 'hentam' masa jawab kertas Add math dan Yan dah bersedia untuk tengok result yang bergred 'G'. Otak Yan memang tak boleh masuk kalau bab kira-kira ni, kalau jumpa soalan yang ada nombor, jumpa ada x dan y, jumpa fraction dan jumpa soalan yang kena cari kecerunan dan banyak lagi (budak yang belajar Add math kompem paham apa yang Yan cakap dan merepek nih) memang Yan gelabah dan tak tahu nak jawab macam mana. Ada la sorang kawan Yan ni pandai Add math, nak je tukar otak dengan dia. Yan tak paham betul camne orang lain boleh paham dan tahu cara jawab Add math nih.... *Sigh~

Suka punya suka, masa nak balik dari sekolah tu motor buat hal pulak.. Yan tak boleh start pon motor tuh, masa tu rasa malu gila sebab orang pandang je. Yan start motor tu hidup kejap (enjin bunyi) pastu mati balik. Masa tu Yan siap baca ayat kursi dan berdoa pada Allah, manalah tau tiba-tiba motor tu hidup balik ke... Malangnya tak hidup jugak. Tiba-tiba hujan pulak nak turun, Yan pon dengan kesabaran yang sudah hilang dan penuh rasa malu (sebab orang pandang2) Yan tinggalkan je motor kat situ dan jalan kaki untuk balik rumah. Masa baru nak jalan kaki tu ada kereta berhenti dekat tepi dan Mak cik yang bawak kereta tu tanya Yan "nak tumpang ke?" masa tu rasa macam nak nagis je.. Yan pon naiklah kereta mak cik tu.. Tapi Mak cik tu tak hantar sampai rumah Yan pon sebab dia nak ke tempat lain jadi dia turunkan Yan dekat tepi jalan tak jauh dari rumah Yan. Yan rasa bersyukur sangat-sangat masa tu. Mungkin inilah kuasa Allah pada hambanya :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan