How I Feel

yanchii | 22:45 | 0Comments |
30/12/2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yan harap semua dalam keadaan sihat. Enteri lepas Yan cerita dapat kerja kan so, kalau nak tahu Yan selalu update blog waktu pagi atau tengahari tapi disebabkan Yan kerja pagi sampai pukul 7 malam (rehat 1 jam) jadi Yan tak tahu nak adjust waktu untuk post bila sebab malam Yan penat sangat tak tahulah ada mood nak menaip ke tak.
Tapi bukan bermaksud Yan tak akan update blog cuma mungkin tak kerap. Yan cuba adapt dulu dengan waktu kerja dengan waktu nak menaip, mungkin kena adjust hari huhuhu.. 
Perasaan first day kerja?  Hmmm... Mungkin sebab Yan tak pernah kerja kot so,  masa mula2 masuk kerja tu blank sebab bos ajar banyak benda dalam 1 hari hahaha input yang ada tu kena masukkan dalam otak dan simpan. Penat tu perkara biasa Yan rasa tapi mungkin sebab Yan ni lembik sikit orangnya jadi memang tak tahan berdiri lama sampai kena tampal koyok (plaster berubat) lepas balik rumah.
See you later. Bye!
P/S : First time post pakai phone so nampak pelik 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Dapat Kerja?!

yanchii | 22:04 | 0Comments |
29/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, petang tadi Yan dapat call dari tempat kerja yang Yan pernah post dulu kalau korang baca ENTERI INI. Kalau tak tahu Yan cerita balik sikit. Yan dengan seorang kawan mintak kerja dulu dekat kedai alat-alat tulis, sekarang ni baru dapat call dari tempat kerja katanya ada kekosongan dan mereka nak kalau boleh Yan datang kerja esok. Yan terima jelah sebab peluang dah ada tapi malangnya kawan Yan tak kerja sekali sobs.. sobs.. apakan daya kenalah berdikari dan berani menempuh cabaran dan dugaan seorang diri. Sekarang tengah rasa berdebar sebab tak pernah kerja sebelum ni. Betul lah orang pernah cakap dekat Yan makin lama makin tak nak pula jadi dewasa, kalau boleh nak jadi budak sekolah je sepanjang masa. Harap-harap first day kerja Yan tak cari masalah sudahlah. Tapi Yan pelik macam mana boleh lepas interview tu padahal diorang nampak Yan sebenarnya tengah nervous, kawan Yan lagi relax hmmm... 



Hari ni Yan tak taip banyak sebab penat baru balik pasar malam, tolong beli barang, angkat barang, berjalan lagi so, start hari ni kena tidur awal la pula sebab dah mula kerja, sebelum ni Yan macam burung hantu berjaga sampai 1-2 pagi. Doakanlah Yan okay je sepanjang kerja esok huhuhu.. Harap semua pembaca enjoy this weekend :)


See you  later. Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

yanchii | 09:05 | 4Comments |
27/12/2017

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Unexpected Interview

yanchii | 13:26 | 0Comments |
25/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap semua pembaca dalam keadaan sihat :) Dah nak dekat hujung bulan ni Yan ada masa untuk keluar berjumpa dengan sorang kawan ni sebab dah lama tak bersembang ye sejak cuti sekolah bermula. Kami ke sekolah (kawan Yan drive) nak pulangkan buku rujukan cikgu sambil tu berbual kejap dengan cikgu form 6 kami hahaha jumpa2 je terus cikgu tanya 'exam macam mana hari tu?' yelah kami pun senyap je masa tu tak nak cakap exam susah ke apa kan cikgu juga yang susah hati risau kan kami 1 kelas hehe.  Lepas tu cikgu tanya kami 'dah kerja ke?' haaa.. Tersengih je la signal maksudnya tak kerja lagi.



Lepas habis sembang dengan cikgu kat sekolah apa lagi, drive kereta keliling kawasan kedai2 untuk cari kerja kosong. So, ada lah 1 kedai alat2 tulis ni tampal sign 'salesgirl wanted'. Kami yang agak noob ni sebab tak pernah kerja kan,  terus terjah masuk kedai tu then terus Yan tanya kat orang yang jaga kaunter tu 'Hi, kami tengah cari kerja kosong.  Ada tak kerja kosong kat sini' hahaha.. formal semacam.



Serious Yan ingat just tulis nama dengan nombor je tapi tak sangka ada interview on the spot. Yan siap cakap dekar kawan Yan lagi 'weh, tak buat lagi resume' hahaha. Tapi in the end of the day kami gelak puas2 dalam perjalanan balik selepas interview tu sebab rasa noob sangat lah nak mintak kerja main terjah masuk je nasib baik bawak I/C. Kepada yang nak gi mintak kerja tu prepare lah elok2 ye jangan jadi macam kami buat malu je hahahaha..

Btw, sebelum kami masuk kedai nak mintak kerja tu. Kami buang masa practice cara nak minta kerja 30 minit dalam kereta, hahaha tak tahulah kenapa. 

Thanks for reading and see you later. Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Random Talk #2

yanchii | 12:00 | 0Comments |
22/12/2017 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,  kepada yang tak tahu lagi enteri random talk ni Yan buat bila nak cerita banyak perkara dalam satu post.  Maksudnya Yan banyak bebel jelah hee.. Anyway, harap pembaca dalam keadaan sihat dan gembira. 

Ke mana arah tuju blog ini?  Yan mula fikir sejauh mana nak bawa blog ni sebab kalau tak ada tujuan takut tak akan konsisten untuk update blog. Sebelum ini Yan update blog untuk suka2 sebab suka menaip tapi bila mula sibuk Yan abaikan blog dan lupa masih ada yang membaca masa itu. Sejak itu, selalu on off blogging. So, Yan decide blog ini untuk lifestyle/personal blog harap2 tak gagal untuk update selalu sebab komitmen yang lain.

Yan nak update blog selalu macam buat daily blog tapi tak berani sebab nanti tak ada idea atau hilang komitmen atas urusan lain. Sekarang dah mula menaip balik, goal Yan adalah paling minimum update 3 kali seminggu huhuhu. 

Yan juga nak kongsi tentang perangai pelik Yan, apa yang pelik? Yan tak nak orang dekat real life tau yang Yan ada blog?? Pelik tak?  Yan sorang je ke macam ni?  Tapi Yan suka kenal orang baru terutama yang blogger hmmm..  Yan rasa sebab selalu fikir banyak sangat tentang pendapat orang plus takut kena judge. Yan tau korang rasa benda ni macam remeh huhuhu.. Perasan jugaklah Yan tak reti handle rejection?  Nanti self-esteem low pastu mula la fikir banyak. Sekarang ni pon Yan tak pasti patut kongsi dengan korang ke tak hahaha.

Rasanya banyak dah kot membebel bende merapu hee..  Kepada yang membaca sehingga habis terima kasih hahaha gigih betul. Ringan sikit beban lepas menaip ni.

Thanks for reading and see you later. Bye! 


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Masalah Orang Introvert

yanchii | 12:00 | 0Comments |
20/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Hari ni tak ada wordless wednesday sebab tak tangkap gambar hahaha. Jadi hari ni nak cerita Yan pergi kenduri kahwin jiran lama, macam tak sangka masa cepat berlalu sebab dulu Yan kenal pengantin perempuan tu masa masih di bangku sekolah rendah tau2 sekarang dah kahwin? Pape pon tahniah! Yan harap korang berbahagia sehingga ke anak cucu cicit cocot semuanyalah hahaha.  

Sebenarnya bukan nak cerita pasal pengantin tapi nak cerita pasal Yan cuma ada kaitan dengan kenduri hahaha. Dipendekkan cerita Yan tergolong dalam manusia2 jenis Introvert. Kalau yang tak tahu apa introvert tu boleh google sekarang. Jadi, Yan selalu tak selesa pergi kenduri sebab banyak orang, kelakar kan? Orang jenis introvert ni lagi suka duduk sorang2 (lonely nya hahaha) tapi bukan bermaksud tak suka bergaul okay! Jangan salah faham. Introvert lebih suka bergaul dalam kumpulan yang kecil (small circle gitu) kalau kes Yan cuma 2-3 orang je Yan akan bercakap tapi bila dalam kumpulan 5-6 atau lebih Yan lebih suka diam dan dengar sahaja. 

Yan bukan tak suka pergi kenduri kahwin ke apa tapi nak buat macam mana mana? Nama pun kenduri kahwin mestilah banyak orang hahaha. Kena hadam jelah Yan oi. Beza banyak orang dekat kenduri dengan mall ni kalau kenduri manusia2 banyak berkumpul dekat satu tempat tapi mall tak berkumpul sebab ada banyak ruang (kedai) jadi Yan jadi stress bila ruang yang ada dipenuhi dengan banyak manusia hahaha sebab tu Yan tak kesah kalau kat tempat lain kalau kenduri tu banyak sangat orang confirm Yan stress. Setiap kali pergi mana2 kenduri mesti Yan nak balik cepat hahaha jahat betul (macam budak ajak mak nak balik).  Yan memang tak sembang dengan sapa2 duduk semeja dengan Yan kecuali kalau mereka yang mulakan dulu perbualan hahaha lagi pun Yan selalu tak bercakap kalau tengah makan. Sadisnya hidup. Yan lemah betul social skill kalau jumpa stranger nih haih..  Korang ada ke jenis macam ni?  Ke Yan sorang je??  Hahaha XD

Thanks for reading and see you later. Bye! 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

#Throwback Enteri Blog

yanchii | 12:00 | 0Comments |
18/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,  kalau korang perasan blog Yan bukan warna pink dah, Yan lupa nak screenshot blog asal sebelum tukar kepada warna kelabu ni jadi tak boleh nak buat post untuk tunjuk perbandingan hee.. tapi Yan masih rindu warna pink jadi masih ada lagi warna tu dalam blog ni cuma sikit2 je lah. Hari ini Yan agak bosan jadi amik masa untuk scroll enteri yang dah lama dalam blog ni. Tak sangka blog ni wujud dari tahun 2012 sampai sekarang,  bayangkanlah perjalanan Yan membesar dari teenager umur 14 tahun (form 2) sampai sekarang dah last teen (19 tahun), daripada Yan Yun Yin Blog kepada Yanchii's Blog. Bila baca balik post2 yang lama masyaallah malunya hahaha.. Bayangkan budak form 2 tulis blog ayat macam mana? Memang nampak la tak matang di situ,  tapi sekarang pun nampak matang sangat ke?  Hahaha..  Tapi nampak la perubahan sepanjang 6 tahun blogging masa baca balik enteri yang dah lama. Best bila baca balik sebab buat kita fikir 'kenapa aku post macam ni dulu', lepastu gelak dekat diri sendiri melihat zaman kegemilangan masa mula2 jadi remaja. Cuba korang baca balik enteri mula-mula korang update dekat blog macam mana. Rasa macam nak delete ke tak?  Hahaha Yan macam nak delete semua je tapi itulah, tak ada orang mulakan sesuatu perkara tu dengan sempurna dan dari situlah kita belajar untuk jadi yang lebih baik.

P/S: Please JANGAN baca enteri lama Yan hahaha malu weh!

Thanks for reading and see you later. Bye! 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Berat Naik Atau Tak?

yanchii | 13:00 | 1Comments |
16/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, jika korang pernah baca ENTERI INI mesti tau serba sedikit tentang apa Yan nak cerita hari ini kalau tak tau pon tak apa teruskan membaca hehehe. Rasanya dah seminggu lebih Yan cuba naikkan berat badan dan berjaya naik 1 kg, which is good tapi sejak beberapa hari ni rasa macam tak sihat jadi tak lalu nak makan, mungkin berat akan turun balik huhuhu. Yan akan update tentang berat semasa pada masa akan datang so, korang boleh bersama-sama dengan Yan dalam perjalanan menaikkan berat badan ni hee wish me luck guys!. Sebelum itu, Yan decide untuk tak beritahu berat yang asal sebab insecure jadi korang cuma akan tau berat normal yang Yan tengah cuba untuk capai adalah 43 kg (minimum) dan sama ada berat Yan turun atau naik sahaja sepanjang perjalanan menaikkan berat badan harap korang tak kisah. 

Maaf enteri pendek sahaja kali ni sebab tengah tak sihat masa taip sekarang ni jadi macam tak ada mood nak menaip panjang-panjang huhuhu. Kepada yang selalu singgah blog ini terima kasih kerana sudi membaca hehehe.

Thanks for reading and see you later. Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Wordless Wednesday #3

yanchii | 10:00 | 0Comments |
13/12/2017


Waktu pagi di kawasan tempat tinggal Yan


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

yanchii | 00:00 | 4Comments |
12/12/2017


(Klik Banner untuk join)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yan dijemput untuk join GA daripada Raydah Alhabsyi (Terima kasih kerana sudi menjemput hee). Syaratnya senang sahaja jadi tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai join GA ni, klik saja banner di atas untuk join.

Thanks for reading and see you later. Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Should I Change It?

yanchii | 09:30 | 4Comments |
11/12/2017


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yan harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan dirahmati pada pagi Isnin ini. Seperti tajuk enteri di atas,  sejak mula kembali menulis blog Yan rasa perlu buat beberapa perubahan tapi masih tak pasti sama ada perlu diubah atau tidak. 

Mula-mula yang Yan nak ubah adalah nama blog ni hahaha...  Ini sedikit cerita macam mana nama blog ni adalah Yan Yun Yin Blog,  nama blog ni direka masa umur 14 tahun dan nama tu  randomly pick sebab Yan suka sebut 'Yan Yun Yin' sebab bunyi macam catchy? tapi masalahnya kawan Yan selalu sebut nama blog ni salah iaitu 'Yan Yin Yun' hahaha. Sekarang umur dah nak masuk 20 Yan mula fikir balik kenapalah letak nama blog macam tu hahaha (masa tu muda lagi, fikiran pon macam budak-budak). So, Yan fikir nak ubah kepada yang lebih simple tapi masih ada nama Yan juga contohnya nama tweet handle Yan adalah yanchii dan ada kawan yang panggil macam tu jugak so, samada Yanchii atau Yanちー (ちー maksudnya chii dalam bahasa jepun)

Yanchii ni dipendekkan daripada yanchan sebenarnya, 'chan' diletakkan di belakang nama seseorang yang kita friendly dan rapat atau kanak-kanak. Tapi yanchan bagi Yan macam awkward jadi Yan pecahkan perkataan chan kepada chi sebab chan dalam jepun ada 2 perkataan jadi Yan amik perkataan pertama sahaja iaitu 'chi' dan buang perkataan belakang 'an'. Dari situlah wujud nama Yanchi tapi Yan tambah lagi satu 'i' sebab nak emphasis bunyi dia. Yan suka dengan nama yanchii daripada yanchan sebab bunyi lebih friendly. Harap korang faham la kalau tak faham beritahu ye nanti Yan buat enteri lain untuk terangkan menggunakan gambar hehehe.


(Yan bayangkan muka korang macam ni sebab tak faham hahaha)

Selain itu,  Yan juga nak ubah warna blog ni sebab dah lebih 5 tahun blog ni warna pink hahaha jadi rasa macam nak ubah warna kelabu tapi with a hint of pink? Mungkinlah Yan tak pasti lagi.
Sekarang ni dilema, patut Yan ubah ke tidak?  Huhuhu...


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

yanchii | 04:51 | 2Comments |

9/12/2017

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Trying To Be Productive

yanchii | 10:00 | 0Comments |
8/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bulan ini Yan tak rasa akan dapat kerja lagi dan ini bermakna terperuklah dalam rumah kebosanan untuk satu bulan *huhuhu*. Tahun depan Yan cuba cari kerja sebab budak-budak dah mula bersekolah, mesti ada kerja kosong punya (harap-haraplah). Masa cuti sekolah kerja kosong banyak budak PT3 dengan SPM dah ambil *huhuhu*. Jadi sepanjang bulan ni tak naklah goyang kaki je, Yan dah sediakan senarai aktiviti untuk dijalankan bagi menghilangkan kebosanan sementara tak ada kerja ni. Sekurang-kurangnya Yan ada la buat sesuatu, tak adalah bangun, makan, tido je kan. Berikut merupakan beberapa aktiviti Yan rancang untuk buat bulan ni.

  • Kemas Bilik - Yup, bilik Yan bersepah sangat2 sebab masa exam STPM kertas, buku nota, buku latihan dekat merata-rata tempat. Bayangkanlah bukan ada kat atas meja je tapi ada jugak dekat atas katil, dekat lantai pon ada kertas2. Jangan judge bilik Yan ye walaupun Yan perempuan. Nak kemas la ni! *hehehe*. Nak susun balik semua buku-buku dan seangkatan dengannya dalam kotak. Yan ingat nak jual/bagi je buku nota STPM ni tapi tengoklah dulu macam mana.
  • Sambung Belajar Bahasa - Yan mula 'self-study' bahasa Jepun sejak habis SPM dulu tapi lepas sambung form 6 memang tak ada masa nak study benda lain. Yan sekarang ingat yang basic je, jadi Yan nak pick up balik mana yang tinggal. Selain itu, nak juga belajar bahasa Cina, Insyallah tengok keadaan.
  • Jaga Pemakanan - Makan ikut kuantiti yang sesuai dan pada masa yang betul. Wish me luck dalam journey menaikkan berat badan *hehehe*
  • Aktif Berblogging - Yan boleh isi masa yang ada dengan blog.
  • Cari Kerja - Sambil menjalankan aktiviti-aktivi di atas, Yan cuba juga cari kerja. Jangan kata Yan tak berusaha pula.
Ini saja yang dirancang untuk sementara waktu sebab macam Yan cakap dulu, cuti Yan sampai bulan 9 tahun depan jadi kalau ada idea lain untuk Yan buat sepanjang cuti ni boleh komen kat bawah.

Thanks for reading and see you later. Bye! 



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Wordless Wednesday #2

yanchii | 09:00 | 2Comments |
6/12/2017


Sambut birthday adik Yan bulan lepas

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Naikkan Berat Badan?

yanchii | 09:00 | 0Comments |
4/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak akhir-akhir ni Yan risau dengan berat badan Yan sekarang. Untuk makluman semua Yan tergolong dalam kalangan 'underweight' maksudnya berat badan Yan kurang daripada normal. Bayangkanlah berat badan Yan ringan sejak dari sekolah rendah sampai sekarang dah umur 19 tahun!.  Dulu Yan tak kisah pasal berat badan Yan mungkin sebab tak ramai orang underweight dekat sekeliling Yan dan kebanyakan orang risau berat badan naik je huhuhu jadi masa tu semua nak kurus macam Yan tapi sebenarnya mana baik kurus macam Yan sebab Yan underweight.  Masa tu semua kecil lagi jadi tak tahu sangat pasal kesihatan huhuhu. Sekarang umur pon nak masuk 20 tahun depan Yan agak concern sebab takut nanti nak minta kerja tak dapat sebab apa?  Berat badan tak normal. Yan ade 2 ke 3 kawan Yan underweight tapi mostly semua berat badan normal.

Sejak umur 17 Yan cuba naikkan berat badan tapi tak berjaya, mungkin salah Yan juga tak berusaha sangat. Mungkin juga Yan tak tahu cara betul dan sihat untuk naikkan berat badan, yelah sekarang kebanyakan tip dan info hanya untuk orang yang berat badan berlebihan huhuhu... Sekarang ni Yan cuba makan ikut masa tapi Yan tak tahu berapa banyak kuantiti makanan yang perlu dimakan. Kawan-kawan semua cakap kena makan banyak je tapi banyak mana yang sihat? Yan nak naikkan berat badan dengan cara yang sihat. Pernah la cuba makan dalam kuantiti yang banyak tapi Yan penat makan banyak-banyak hahaha... Kalau korang tau cara yang betul dan sihat untuk naikkan berat badan beritahu Yan ye.
Thanks for reading and see you later. Bye!

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Hello December!

yanchii | 09:00 | 0Comments |
01/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini sudah masuk bulan terakhir pada tahun 2017 dan pada hari ini jugalah saya muncul dalam blog yang berhabuk dan lama tidak terusik. Post terakhir Yan dalam blog ni tahun lepas bulan 7! Hahaha ke mana Yan menghilang? Untuk makluman Yan pelajar STPM jadi masa yang ada banyak guna untuk belajar dengan uruskan kehidupan je sebab tahun lepas agak sibuk dengan pindah rumah lagi. Selain daripada itu Yan jugak malas nak taip sebab internet tak kuat dekat rumah baru Hahaha. Tahun ni buka laptop pon untuk buat kerja kursus je tak ada masa nak update blog, tiba-tiba dah nak trial exam pastu nak prepare presentation untuk viva pula fuhh.. letih~ ini yan saja cerita konon-konon throwback setahun ni Yan buat apa.


Sekarang Yan dah habis exam STPM, last jadi budak sekolah sebab mana ada dah tingkatan 7, bestnya tingkatan 6 ni sebab semua orang dalam kelas bergaul dengan semua orang. Masa tingkatan 5 Yan ingat lagi setiap kelas tu mesti ada puak masing-masing macam zaman assabiyah, tapi bukan maksud saya semua orang tak bergaul cuma nak cakap punyalah semangat berpuak tu sampai kalau kita join group lain nak sembang je pon macam awkward. Tapi tingkatan 6 alhamudillah tak ada macam tu semua orang boleh masuk je. Mungkin sebab tingkatan 6 ni orang-orangnya dah besar sikit kot jadi boleh fikir sendiri dan minda terbuka hahaha.

Tingkatan 6 buat majlis graduasi dekat dewan dalam Hotel nak buat ala-ala macam konvo almaklumlah budak STPM je pun Huhuhu... Tapi exam STPM belum jawap lagi hahaha specialnya boleh graduate dulu jawab exam kemudian. Lepas jawab last paper exam STPM satu kelas makan kat luar, yelah bila lagi nak jumpa dah hari terakhir. Tapi masa tu saya rasa sedih juga sebab susah nak jumpa kawan-kawan yang masuk air sekali hahaha. Semua bincang nak cari kerja kat mana sebab kami cuti lama sampai bulan 9 tahun depan hahaha so, dah tau kenapa Yan ada masa nak taip untuk blog sekarang? hehehe...

Bila Yan buka balik blog Yan Yun Yin setalah berabad tak buka, Yan perasan gambar-gambar photobucket terpampang kat dalam blog. Saya tak tahulah kenapa tapi Yan agak gambar yang dari photobucket semua tak boleh pakai sebab ada kaitan dengan syarat 'third-party' yang baru dan kena bayar tahunan untuk gambar-gambar tu boleh guna balik. Dulu photobucket free sekarang kena bayar pula ke? Tapi dah 2 malam Yan repair balik blog ni sebab kes gambar dari photobucket tak boleh pakai. fuhhh~

Setakat ini lah mukadimah (panjang sungguh~) untuk bulan Disember tahun 2017, Yan cuba untuk update blog selalu sebab sekarang dah ada masa lapang itu pon kalau Yan tak kerja. Untuk yang sedang membaca sekarang ni terima kasih kerana sudi membaca dan singgah blog Yan walaupun dah lama tak post apa-apa.

Thanks for reading and see you later! Bye!



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan