Unexpected Interview

yanchii | 13:26 | 0Comments |
25/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap semua pembaca dalam keadaan sihat :) Dah nak dekat hujung bulan ni Yan ada masa untuk keluar berjumpa dengan sorang kawan ni sebab dah lama tak bersembang ye sejak cuti sekolah bermula. Kami ke sekolah (kawan Yan drive) nak pulangkan buku rujukan cikgu sambil tu berbual kejap dengan cikgu form 6 kami hahaha jumpa2 je terus cikgu tanya 'exam macam mana hari tu?' yelah kami pun senyap je masa tu tak nak cakap exam susah ke apa kan cikgu juga yang susah hati risau kan kami 1 kelas hehe.  Lepas tu cikgu tanya kami 'dah kerja ke?' haaa.. Tersengih je la signal maksudnya tak kerja lagi.



Lepas habis sembang dengan cikgu kat sekolah apa lagi, drive kereta keliling kawasan kedai2 untuk cari kerja kosong. So, ada lah 1 kedai alat2 tulis ni tampal sign 'salesgirl wanted'. Kami yang agak noob ni sebab tak pernah kerja kan,  terus terjah masuk kedai tu then terus Yan tanya kat orang yang jaga kaunter tu 'Hi, kami tengah cari kerja kosong.  Ada tak kerja kosong kat sini' hahaha.. formal semacam.



Serious Yan ingat just tulis nama dengan nombor je tapi tak sangka ada interview on the spot. Yan siap cakap dekar kawan Yan lagi 'weh, tak buat lagi resume' hahaha. Tapi in the end of the day kami gelak puas2 dalam perjalanan balik selepas interview tu sebab rasa noob sangat lah nak mintak kerja main terjah masuk je nasib baik bawak I/C. Kepada yang nak gi mintak kerja tu prepare lah elok2 ye jangan jadi macam kami buat malu je hahahaha..

Btw, sebelum kami masuk kedai nak mintak kerja tu. Kami buang masa practice cara nak minta kerja 30 minit dalam kereta, hahaha tak tahulah kenapa. 

Thanks for reading and see you later. Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

0 Lovely Comments:

Post a Comment

Thank you for leaving your comment ♥

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan