❤ (。◕‿◕。) ❤

#Throwback Enteri Blog

yanchii | 12:00 | 0Comments |
18/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,  kalau korang perasan blog Yan bukan warna pink dah, Yan lupa nak screenshot blog asal sebelum tukar kepada warna kelabu ni jadi tak boleh nak buat post untuk tunjuk perbandingan hee.. tapi Yan masih rindu warna pink jadi masih ada lagi warna tu dalam blog ni cuma sikit2 je lah. Hari ini Yan agak bosan jadi amik masa untuk scroll enteri yang dah lama dalam blog ni. Tak sangka blog ni wujud dari tahun 2012 sampai sekarang,  bayangkanlah perjalanan Yan membesar dari teenager umur 14 tahun (form 2) sampai sekarang dah last teen (19 tahun), daripada Yan Yun Yin Blog kepada Yanchii's Blog. Bila baca balik post2 yang lama masyaallah malunya hahaha.. Bayangkan budak form 2 tulis blog ayat macam mana? Memang nampak la tak matang di situ,  tapi sekarang pun nampak matang sangat ke?  Hahaha..  Tapi nampak la perubahan sepanjang 6 tahun blogging masa baca balik enteri yang dah lama. Best bila baca balik sebab buat kita fikir 'kenapa aku post macam ni dulu', lepastu gelak dekat diri sendiri melihat zaman kegemilangan masa mula2 jadi remaja. Cuba korang baca balik enteri mula-mula korang update dekat blog macam mana. Rasa macam nak delete ke tak?  Hahaha Yan macam nak delete semua je tapi itulah, tak ada orang mulakan sesuatu perkara tu dengan sempurna dan dari situlah kita belajar untuk jadi yang lebih baik.

P/S: Please JANGAN baca enteri lama Yan hahaha malu weh!

Thanks for reading and see you later. Bye! 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

0 Lovely Comments:

Post a Comment

Thank you for leaving your comment ♥

Copyright©2012-2018.Allright Reserved by Yan