Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bulan ini Yan tak rasa akan dapat kerja lagi dan ini bermakna terperuklah dalam rumah kebosanan untuk satu bulan *huhuhu*. Tahun depan Yan cuba cari kerja sebab budak-budak dah mula bersekolah, mesti ada kerja kosong punya (harap-haraplah). Masa cuti sekolah kerja kosong banyak budak PT3 dengan SPM dah ambil *huhuhu*. Jadi sepanjang bulan ni tak naklah goyang kaki je, Yan dah sediakan senarai aktiviti untuk dijalankan bagi menghilangkan kebosanan sementara tak ada kerja ni. Sekurang-kurangnya Yan ada la buat sesuatu, tak adalah bangun, makan, tido je kan. Berikut merupakan beberapa aktiviti Yan rancang untuk buat bulan ni.
- Kemas Bilik - Yup, bilik Yan bersepah sangat2 sebab masa exam STPM kertas, buku nota, buku latihan dekat merata-rata tempat. Bayangkanlah bukan ada kat atas meja je tapi ada jugak dekat atas katil, dekat lantai pon ada kertas2. Jangan judge bilik Yan ye walaupun Yan perempuan. Nak kemas la ni! *hehehe*. Nak susun balik semua buku-buku dan seangkatan dengannya dalam kotak. Yan ingat nak jual/bagi je buku nota STPM ni tapi tengoklah dulu macam mana.
- Sambung Belajar Bahasa - Yan mula 'self-study' bahasa Jepun sejak habis SPM dulu tapi lepas sambung form 6 memang tak ada masa nak study benda lain. Yan sekarang ingat yang basic je, jadi Yan nak pick up balik mana yang tinggal. Selain itu, nak juga belajar bahasa Cina, Insyallah tengok keadaan.
- Jaga Pemakanan - Makan ikut kuantiti yang sesuai dan pada masa yang betul. Wish me luck dalam journey menaikkan berat badan *hehehe*
- Aktif Berblogging - Yan boleh isi masa yang ada dengan blog.
- Cari Kerja - Sambil menjalankan aktiviti-aktivi di atas, Yan cuba juga cari kerja. Jangan kata Yan tak berusaha pula.
Thanks for reading and see you later. Bye!
0 Lovely Comments:
Post a Comment
Thank you for leaving your comment ♥