11/12/2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yan harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan dirahmati pada pagi Isnin ini. Seperti tajuk enteri di atas, sejak mula kembali menulis blog Yan rasa perlu buat beberapa perubahan tapi masih tak pasti sama ada perlu diubah atau tidak.
Mula-mula yang Yan nak ubah adalah nama blog ni hahaha... Ini sedikit cerita macam mana nama blog ni adalah Yan Yun Yin Blog, nama blog ni direka masa umur 14 tahun dan nama tu randomly pick sebab Yan suka sebut 'Yan Yun Yin' sebab bunyi macam catchy? tapi masalahnya kawan Yan selalu sebut nama blog ni salah iaitu 'Yan Yin Yun' hahaha. Sekarang umur dah nak masuk 20 Yan mula fikir balik kenapalah letak nama blog macam tu hahaha (masa tu muda lagi, fikiran pon macam budak-budak). So, Yan fikir nak ubah kepada yang lebih simple tapi masih ada nama Yan juga contohnya nama tweet handle Yan adalah yanchii dan ada kawan yang panggil macam tu jugak so, samada Yanchii atau Yanちー (ちー maksudnya chii dalam bahasa jepun).
Yanchii ni dipendekkan daripada yanchan sebenarnya, 'chan' diletakkan di belakang nama seseorang yang kita friendly dan rapat atau kanak-kanak. Tapi yanchan bagi Yan macam awkward jadi Yan pecahkan perkataan chan kepada chi sebab chan dalam jepun ada 2 perkataan jadi Yan amik perkataan pertama sahaja iaitu 'chi' dan buang perkataan belakang 'an'. Dari situlah wujud nama Yanchi tapi Yan tambah lagi satu 'i' sebab nak emphasis bunyi dia. Yan suka dengan nama yanchii daripada yanchan sebab bunyi lebih friendly. Harap korang faham la kalau tak faham beritahu ye nanti Yan buat enteri lain untuk terangkan menggunakan gambar hehehe.
(Yan bayangkan muka korang macam ni sebab tak faham hahaha)
Selain itu, Yan juga nak ubah warna blog ni sebab dah lebih 5 tahun blog ni warna pink hahaha jadi rasa macam nak ubah warna kelabu tapi with a hint of pink? Mungkinlah Yan tak pasti lagi.
Sekarang ni dilema, patut Yan ubah ke tidak? Huhuhu...
Sekarang ni dilema, patut Yan ubah ke tidak? Huhuhu...
hahaha kalau dah 5 tahun guna warna sama & rasa bosan, better tukar. Mana tahu makin semangat nak blog :P
ReplyDeletejmput join n meriahkan segmen GA kt sini
ReplyDeletehttp://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
followed u here #245
@farhanna jafri hahaha tengah dalam proses lagi
ReplyDelete@Raydah alright :)
ReplyDelete