Balik Kampung! (TIPS KESELAMATAN)

yanchii | 17:49 | 6Comments |
03/08/2013

(cilok kat google)

Hari Raya bakal menjelama tak lama lagi. Hari Isnin nanti Yan balik kampung kat Kedah.. Yan tak boleh nak update lah sepanjang raya nanti sbb mood raya kan. Tapi Insyaallah bila Yan dah sampai nanti Yan update ye.. Yan nak kongsi tips keselamatan untuk pemandu2 yg akan balik ke kampung macam Yan.
Selamat Memandu :)

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalah gunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.






Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

6 comments:

  1. nice entry dear..
    mama ucapakn selamat hari raya yer..
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. bestnye..dah blk raye..selamat hari raye..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya.. mohon ampun maaf sepanjang perkenalan di alam maya nie.. >.<

    ReplyDelete
  4. @Hafiza AizZawa mesti la best.. kih3.. Selamat HAri Raya juga Yan ucapkan :D

    ReplyDelete
  5. @Hafiza AizZawa mesti la best.. kih3.. Selamat HAri Raya juga Yan ucapkan :D

    ReplyDelete

Thank you for leaving your comment ♥

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan