Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Review : Mistine Egg White Peel Off Mask

yanchii | 14:00 | 8Comments |
17/01/2014





Assalamualaikum... Hari ni Yan nak cerita sedikit tentang Mistine Egg White Peel Off Mask. Yan order produk ni dekat facebook kalau berminat  Boleh PM Sini 


Yan sendiri pon masih menggunakan mask ni memang best sangat, harga pon berpatutan RM 20 ternasuk postage. Yan tulis lebih detail sikit apa yang jadi lepas Yan pakai produk ini.



Pertama Kali Pakai Egg White Peel Off Mask

Terasa kulit tegang.
Pori-pori kelihatam mengecut sedikit.
Bila tengok cermin kulit muka macam 'glowing' sikit.



Kali Ketiga Pemakaian Egg White Peel Off Mask

Jerawat di bahagian pipi dan dahi mengecut
Pori-pori di sekitar hidung mengecil
Kulit di bahagian pipi yang dahulu kasar kerana jerawat sekarang terasa lembut.




Yan boleh cerita sedikit sahaja dahulu sebab Yan pon masih melalui proses ini. Setakat ini Yan dah pakai untuk kali ke lima dan kulit Yan makin lembut terutama nya di bahagian yang ada jerawat. Yan memang akan beli lagi mask ini kalau habis sebab mask ini sangat bagus untuk kecutkan jerawat dan mengurangkan kemerahan dekat sekeliling jerawat. Produk ini bau nya wangi sangat dan bila Yan letak dekat muka rasa sejuk je, memang best!. Nanti Yan update lagi hasil nya macam mana. 



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Review : Biore' Cleansing Oil

yanchii | 15:00 | 2Comments |
10/01/2014






Makeup remover atau pembuang/pembersih makeup yang paling best Yan pakai ialah Biore' Cleansing Oil. Yan beli dekat Tesco, kalau dekat tempat lain Yan tak pasti ada atau tidak. Tapi boleh lah cari dekat Watson mungkin:? Di bawah senarai Yan buat khas untuk review ini.


Kelebihan :-

  • Mudah dipakai dengan hanya menggunakan tapak tangan. (tak perlu kapas)
  • Menanggal dan membersih semua makeup dalam satu sapuan.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. (ada tertulis di bekas produk tersebut)
  • Mempunyai bau wangi . (macam bau buah-buahan)
  • Boleh membersih dan menanggalkan makeup walaupun dengan tangan/muka yang basah.



Kekurangan :-

  • Bekas produk agak besar untuk di bawa ke mana-mana.
  • Jika anda simpan di dalam beg kemungkinan anda akan ter 'pump' produk tersebut keluar.
  • Bila kita basuh muka dengan air, cecair produk masih ada di muka dan rasa melekit sikit. (kena basuh dengan pencuci muka baru okey)




Untuk menggelakkan kejadian cecair produk tersebut daripada keluar anda perlu simpan penutup plastik ini yang terdapat di bahagian kepala produk tersebut. Fungsi nya untuk menahan daripada di tekan.




Yan memang suka guna makeup remover ni sebab Yan cuma bersihkan tangan betul-betul kemudian picit sedikit cecair di telapak tangan kemudian sapu terus dekat muka. Semudah 1 , 2 , 3 kan? Sesiapa yang malas nak bersihkan muka lepas makeup boleh lah beli produk ni yer.



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan