❤ (。◕‿◕。) ❤

Review : Biore' Cleansing Oil

yanchii | 15:00 | 2Comments |
10/01/2014






Makeup remover atau pembuang/pembersih makeup yang paling best Yan pakai ialah Biore' Cleansing Oil. Yan beli dekat Tesco, kalau dekat tempat lain Yan tak pasti ada atau tidak. Tapi boleh lah cari dekat Watson mungkin:? Di bawah senarai Yan buat khas untuk review ini.


Kelebihan :-

  • Mudah dipakai dengan hanya menggunakan tapak tangan. (tak perlu kapas)
  • Menanggal dan membersih semua makeup dalam satu sapuan.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. (ada tertulis di bekas produk tersebut)
  • Mempunyai bau wangi . (macam bau buah-buahan)
  • Boleh membersih dan menanggalkan makeup walaupun dengan tangan/muka yang basah.



Kekurangan :-

  • Bekas produk agak besar untuk di bawa ke mana-mana.
  • Jika anda simpan di dalam beg kemungkinan anda akan ter 'pump' produk tersebut keluar.
  • Bila kita basuh muka dengan air, cecair produk masih ada di muka dan rasa melekit sikit. (kena basuh dengan pencuci muka baru okey)




Untuk menggelakkan kejadian cecair produk tersebut daripada keluar anda perlu simpan penutup plastik ini yang terdapat di bahagian kepala produk tersebut. Fungsi nya untuk menahan daripada di tekan.




Yan memang suka guna makeup remover ni sebab Yan cuma bersihkan tangan betul-betul kemudian picit sedikit cecair di telapak tangan kemudian sapu terus dekat muka. Semudah 1 , 2 , 3 kan? Sesiapa yang malas nak bersihkan muka lepas makeup boleh lah beli produk ni yer.



Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

2 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Abak's Role said...

:D

adrianna syaz said...

Sya pakai minyak johnson tu je..abes satu muka berminyak pastu.haha

Copyright©2012-2017.Allright Reserved by Yan