Melayu dan English

yanchii | 08:00 | 0Comments |
26/03/2020



Assalamualaikum dan hai semua! Moga semua dalam keadaan sihat, lagi2 sekarang isu covid-19 ni. Semua duduk rumah sampai 14 April ya ( ^ ω ^)

Hari ini yan nak cerita tentang isu di mana penggunaan 2 bahasa yang kita selalu guna iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Isu ini mungkin terjadi dekat kita semua termasuk yan hahaha (⌒_⌒;)

Masa yan sekolah menengah tak ada masalah untuk menerangkan sesuatu dalam bahasa melayu 100% (termasuk bahasa pinjamanlah ya) tapi bila yan dah masuk Universiti untuk sambung degree, semua kerja dan pembentangan dalam bahasa inggeris. Jadi, yan perasan bila nak terangkan sesuatu atau cakap mesti ada campur bahasa inggeris sebab kadang-kadang bila nak ekspres sesuatu benda tu tak ingat dalam bahasa melayu nak sebut macam mana hahahaha (o-_-o)

Bagi yan tak ada masalah untuk campur bahasa lagi2 kalau sembang dengan kawan sebaya. Tapi jadi isu bila nak berbual dengan makcik-makcik sebab yan guna bahasa inggeris yang tak biasa mereka dengar. Serba salah jugaklah sebab rasa diri macam lupa dengan asal usul pulak („ಡωಡ„)

Contohnya? yan tak ingat sangat tapi pernah guna perkataan 'conduce' haaa... google la sendiri maksudnya apa ヽ(・∀・)ノ

Untuk mengatasi masalah ini yan cuba tak cakap laju sebab baru boleh susun ayat dengan guna bahasa melayu yang sesuai dengan situasi hahaha. Bahasa inggeris yan tak power tapi sebab nak biasakan diri dengan bahasa kedua tu kenalah selalu amalkan dalam kehidupan seharian.

٩(๑・ิᴗ・ิ)۶٩(・ิᴗ・ิ๑)۶ 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Sudah seketika

yanchii | 15:48 | 0Comments |
03/03/2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ٩(◕‿◕。)۶



Yan dah lama betul tak menaip dalam blog. Kali terakhir adalah pada tahun lepas masa Yan semester 2 dan sekarang dah masuk semester 4. Masyallah, masa berlalu begitu sahaja dan Yan pun makin tua. Alhamdulillah pada 1/3/2020 lepas Yan menyambut ulang tahun kali yang ke-22, masih dipanjangkan umur dan sihat (o^▽^o)

Yan mula ada blog pada umur 13 tahun. Ketika itu, berjinak-jinak nak masuk dunia blogger sebab 'trending' (masa tulah~) Yan mula tak aktif blog sebab beberapa perkara. Salah satunya Yan mula fikir yang tak semua benda kita kena kongsi dalam laman sosial. Walaupun blog mungkin tak se'famous' IG, Twitter dan sebagainya sekarang ini tapi ia masih terbuka untuk orang lihat. Oleh sebab blog Yan lebih kepada personal blog maka Yan tak 'update' banyak (´。• ᵕ •。`)

Jadi, Yan nak cuba 'post' blog content yang mungkin lebih kepada perbincangan dan 'relatable' untuk yang masih sudi singgah dan baca blog ini. Yan perasanlah NADI BLOG dah kurang sikit tapi fahamlah kenapakan. Hahaha (⁄ ⁄>⁄ ▽ ⁄<⁄ ⁄)


٩(๑・ิᴗ・ิ)۶٩(・ิᴗ・ิ๑)۶ 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Packing Barang Menuju Sem 2 Degree

yanchii | 23:34 | 0Comments |
18/02/2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. ( ̄▽ ̄)ノ

Hari untuk kembali ke Uni semakin dekat, alhamdulillah dapat tinggal dekat kolej/asrama tapi benda yang student rimas sekali buat adalah packing barang lagi2 perempuan kan kalau boleh 1 rumah nak bawak balik U. Ramai kawan yan dari U lain dah start sem 2 tapi U yan lambat sikit huhu..



Sekarang sibuk packing barang apa nak bawak dengan shopping bekalan makanan dan minuman untuk di bawa kat sana. Selalunya wajib bawa maggie ke sana, kalau tak susah malam2 lapar tak tahu nak makan apa bagi kenyang.

That's all busy sikit sekarang ni, nak daftar 21/2 nanti.

٩(๑・ิᴗ・ิ)۶٩(・ิᴗ・ิ๑)۶


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Keputusan

yanchii | 10:30 | 2Comments |
17/02/2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera, keputusan peperiksaan untuk pelajar UiTM dah keluar. Tahniah kepada yang dapat Dean List teruskkan usaha anda untuk kekalkan pointer untuk sem2 yang akan datang dan kakak2 abang2 senior yang dah tamat belajar dapatlah pakai selempang pink masa konvo nanti. Yan? alhamdulillah, keputusan tu melegakan mak yan tapi sedih sedikit sebab tak boleh nak kongsi berita gembira dekat ayah. Yan harap dapatlah kekalkan pointer tu untuk sem 2 nanti dan sem lain jugak, kata orang makin lama makin susah nak jaga pointer huhu..



Yan bukan orang yang rajin study setiap masa tapi kalau dalam kelas kena tumpu perhatian la. Kalau korang jenis dalam kelas tak boleh fokus, kena lah study lepas habis kelas. Ni tip Yan lah kalau korang pon jenis malas macam yan. Yang penting jangan study last minit, assignment buat betul2, jangan lupa solat dan doa mintalah kat Allah (usaha sekali lah ye), minta mak doakan kita sekali.

Tapi, in the end of the day rezeki tu masing-masing dapat. Yang penting usaha kena ada dulu. Jangan bersedih kalau tak dapat apa yang kita nak. Mungkin kita tak dapat result gempak tapi rezeki kita kat tempat lain contohnya, kesihatan yang baik atau keluarga bahagia. Think positive.

٩(๑・ิᴗ・ิ)۶٩(・ิᴗ・ิ๑)۶


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Yang pergi takkan kembali lagi

yanchii | 10:30 | 2Comments |
10/02/2019

Kadang kita leka masa berlalu
Kadang kita terlalu selesa dengan suasana
Kadang kita ambil mudah 
Sampai satu masa penyesalan timbul
Kerana tidak menyedari kehidupan
Bila hilang kehidupan
Baru terasa kehilangan



2/2/2019 merupakan tarikh ayah yan kembali ke rahmatullah, kadang rasa tak sangka kejadian macam ini boleh jadi waktu yan masih muda tapi hidup mati di tangan Allah. Yan relakan tapi kesedihan dan kehilangan masih terasa. Doakan semoga Hamzah bin Hashim ditempatkan bersama orang2 yang beriman.


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Life Update + Random Talk #5

yanchii | 12:00 | 0Comments |
30/1/2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera moga semua dalam keadaan yang sihat ( ´ ∀ ` )ノ
Kalau pernah baca last post tahun lepas yan ada cerita tentang UPU dan yan dapat course pilihan yang ke-4 untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda di UiTM. Kemasukan bulan 9/2018 tapi daftar bulan 8 dan ada orientasi untuk student baru (penat~). Habis je orientasi dalam seminggu boleh balik (masa ni baru tau nikmat balik rumah macam mana hahaha). Kelas mula bulan 9 dan sepanjang sem adalah quiz, test, presentation, group assignment, individual assignment fuhh~ masa inilah kena belajar berdikari teruk sebab nak pilih siapa kita nak buat kerja sama2, sendiri sedar bila nak study untuk test,quiz,final (dulu form 6 cikgu study sama2 dengan kita, masuk U tak ada.. harap maaf~ (*_ _)人).


Itu belum masuk belanja kita macam mana pula hahaha sendiri tau nak belanja duit makan, material study (buku,fotostat, etc.), duit grab, duit barang keperluan. Waktu inilah kena berbelanja dengan berhemah. Yan ingat lagi seminggu breakfast air milo dengan biskut, tengahari makan roti dan malam makan maggi sebab duit habis beli buku je (buku kat U mahal okay adik2, simpan duit dari sekarang kalau nak sambung belajar)

Final exam yan cuma nak pesan satu sahaja. JANGAN STUDY LAST MINUTE!!..  (#`Д´)
hahaha... tak banyak pesanan, itu je...

Sekarang dah habis sem 1 belajar di UiTM untuk degree. Result final tak keluar lagi tapi harap okay jelah, yan tak letak expectatio yang tinggi pon yan modest orangnya hahaha... Sampai sini sahaja dulu see you soon!!
٩(๑・ิᴗ・ิ)۶٩(・ิᴗ・ิ๑)۶



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

It's been a while...

yanchii | 18:35 | 0Comments |
27/1/2019

Selamat tahun baru (Dah nak hujung bulan baru nak wish kan) dah lama tak update blog sebab sibuk dengan urusan kat dunia sampai lupa. Mungkin lepas ni yan nak post life update tapi buat masa sekarang ni chill' dulu. Sekarang yan ada masa nak menaip sebab tengah cuti sem tapi tak adalah rehat sangat pon sebab baru2 ni ayah yan masuk hospital jadi, ulang alik jugaklah ke hospital sambil nak pastikan rumah terjaga (sebab selalunya mak yang kemas hahaha).


Yan tak ada new year resolution malah, yan tak pernah buat pon hehe.. sebab bagi pendapat yan tak akan buat pon haha.. korang ada? share kat komen new year resolution korang, mungkin yan pon nak buat juga (ececeh). Tahun baru bermakna makin tualah kita. Kalau ikutkan yan mula ada blog masa umur 13 tahun tapi start serious menaip waktu umur yan 14 tahun (form 2) sampailah sekarang umur 21 tahun (birthday belum lagi) tu pon on off banyak kali. Bila baca balik post lama rasa nak gelak sebab cara dan gaya penulisan tu tak matang haha (macamlah matang sangat ke sekarang ni~)


Kepada yang ada new year resolution moga tercapai dan kepada yang repeat new year resolution setiap tahun tu moga tercapailah untuk tahun 2019 ni.

じゃあまたね~ ( ´ ∀ `)ノ~ ♡
Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Birthday + Result + UPU ft. #Random Talk 4

yanchii | 00:23 | 0Comments |
18/03/2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Dah separuh bulan 3 tapi Yan tak update apa2 pon dekat blog, dulu target 3 kali seminggu update tapi sekarang macam 3 minggu sekali hahaha...


Macam mana hari korang setakat ni? baru nak masuk 3 bulan pertama tahun 2018, azam tahun baru ada tercapai atau masih dalam progress? Harap-harap azam tahun ni jangan bawa ke tahun depan ya hee...

Sebenarnya masa 1hb Mac 2018 adalah birthday Yan yang ke 20, tapi tak tahulah kenapa rasa tak ada mood pon nak sambut. Bos baik buat surprise sambut birthday Yan kat tempat kerja, kek Secret Recipe Indulgence pula tu, thank you Bos sobs..sobs.. (terharu). Walaupun umur officialy 20, minda Yan masih rasa macam sekolah menengah lagi hehe.


Tak lama kemudian result STPM keluar pada 6 Mac, Yan tak nak citer la dapat berapa tapi yang Yan boleh cakap Yan bersyukur dan redha je.

Bila result dah keluar semua berpusu-pusu ke laman web UPU tapi masalahnya masing2 tak tahu nak pilih apa, samalah dengan Yan. Feeling sama macam lepas SPM dulu, tak tahu nak amik/pilih apa hahaha.


Sejak beberapa hari ni Yan memang sibuk dengan kerja, bayangkanlah 6 jam berdiri teguh dekat mesin fotostat setiap hari huhuhu... jadi kalau Yan tak update blog jangan la cakap Yan tak komited, dulu pon Yan dah cakap Yan tak pasti boleh keep update blog bila dah kerja. Rehat lagi penting bagi Yan, dah la selalu sakit aduhai~

Cukup rasanya bebel untuk post kali ni. Yan cuba sume up cerita untuk bulan 3 bagi 2 minggu pertama sebab tak update apa2 hahaha...

See you later, Bye! :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

yanchii | 23:37 | 2Comments |
17//03/2018


(Klik banner di atas untuk join)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
it's been a while~ 
Harap korang semua sihat2 belaka. 

Ini kali ke-2 Yan join GA dari Kak Raydah (I assume dia lagi tua dari Yan so... welp~). Btw, Bulan Mac juga adalah bulan birthday Yan hahaha... Syaratnya simple je boleh join ramai2 :)

See you soon~ Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Tulang Berbunyi

yanchii | 12:00 | 2Comments |
25/02/2018


Assalamuaaikum dan selamat sejahtera, harap2 semua pembaca dalam keadaan sihat :)

Seperti tajuk enteri hari ini Yan tak tahu la perkara ni perlu dirisaukan atau tak sebenarnya hahaha... Tahun ni umur Yan  nak masuk 20 tahun (belum birthday lagi) tapi tulang2 Yan dah mula berbunyi *JENG3*.


Kebanyakkannya berbunyi dekat bahagian bahu, bila Yan gerakkan bahu mesti berbunyi. Kadang2 lutut pon berbunyi kalau tengah nak bangun. Oh ya lagi satu, Yan selalu rengangkan badan jadi mesti bahagian lutut dengan bahu ada bunyi (omg.. hahaha..)


Ada orang cakap normal kalau dah masuk umur 20 tulang start berbunyi dah tapi entahla~ Patut ke Yan risau? atau Yan je yang lebih2?. Tapi yang pasti, tu menunjukkan Yan dah makin tua hahaha..

Happy weekend! See you later, Bye! :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

yanchii | 00:20 | 5Comments |
16/02/2018

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Random Talk #3

yanchii | 22:43 | 0Comments |
15/02/2018



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap2 korang yang membaca ni berada dalam keadaan sihat sejahtera. Yan dah semakin sembuh tapi kena rajin makan ubat huhuhu..


Sejak akhir2 ni yan terfikir tentang luangkan masa dengan keluarga. Yan cuti sehari seminggu, balik pon lewat. Kucing yan pon jadi bosan sebab tak ada sesiapa nak main dengan dia, bila yan balik mesti kucing yan bising macam tengah marah yan "kau pergi mana ha?!" (hahaha.. ). Tapi serba salah juga dah bela kucing tapi tak ada masa nak luangkan. Korang selalu luangkan masa dengan keluarga macam mana? Ataupun tak ada masa juga macam yan huhuhu..

Baru-baru ni yan excident tapi bukan besar lah~ kecil je (yan rasa lah haha). Masa tu yan dengan mak yan tengah nak balik rumah lepas selesai urusan dekat luar rumah (kedai, etc). Yan pendekkan citer jelah ye~ Masa dekat simpang jalan raya, ada la satu kereta besar (macam Pickup gitu~) depan yan. Yan tunggu jelah belakang kereta tu sebab dia tak jalan-jalan tapi masalahnya depan dia tak ada kereta langsung. TIBA-TIBA dia tukar gear reverse dan undur ke belakang... yes GEAR REVERSE! Yan ada kat belakang dia kot.


Yan pon cepat2 tukar gear reverse juga then, yan tengok cermin belakang sebelum lepas break tapi ada kereta kat belakang pulak aduhaii~ tak jadi undurkan kereta so, Mak yan dekat sebelah seat yan cepat2 tekan hon (time ni dah pasrah + panik sebab tak jadi nak selamatkan diri haha padahal boleh je tekan hon dulu sebelum fikir nak reverse) tapi sudah terlambat~ 


Rempuhan tu tak teruk lah sebab lepas bunyi hon dia sempat break tapi masih berlanggar (bila yan fikir balik tak kan lah alarm kereta dia tak bising kot masa tengah undur, kereta Ford kot). Lampu spotlight jelah pecah so, dia minta maaf lepas bincang2 dia bayar ganti rugi. Kereta dia tak ada apa2 masalah biasalah kereta besar~ yan bawak kereta kecil je...

Ooohh yeee... dia tak beritahu pon sebab apa dia reverse walaupun tak ada apa2 langsung depan dia huhu~

See you later~ Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Wordless Wednesday #4

yanchii | 18:00 | 3Comments |
07/02/2018



*Pelangi*


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Cepat Sakit

yanchii | 23:06 | 1Comments |
04/02/2018



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, yan harap yang sedang membaca sekarang ni berada dalam keadaan sihat :)

Sekarang ni cuaca semakin panas, sebelum ni setiap petang mesti hujan (dekat tempat yan tinggal lah, tak tahu la kawasan lain sama ke tak hee). Bukan tu je,  angin pon kuat tapi bukan angin sejuk lah~ angin kering camtu~


Disebabkan itu yan demam + batuk2 sekarang ni hahaha. Tekak yan sakit betul sampai nak telan air dengan makanan pon susah tambahan lagi orang dekat rumah yan pon sakit juga jadi macam combo sebab sakit kerana cuaca dan berjangkit hmmm....

Kalau korang pon tak sihat minum lah air banyak2 ye dan jangan lupa makan ubat huhuhu. Sakit ni tak best tau tak, jangan ingat best dapat cuti~ masalahnya bila sakit tiba2 tak lalu makan, tak larat nak buat apa2 hurr~ anggap jelah sebagai ujian haha..

Well see you later~ Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Perubahan

yanchii | 10:37 | 0Comments |
28/01/2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya dah 3 minggu Yan tak update blog jadi dah nampak berhabuk sikit hahaha. Dalam 3 minggu tu Yan sibuk dgn kerja dan ada masalah peribadi so, yan rasa tak perlu untuk dihuaraikan lebih lanjut.


Yan susah nak sesuaikan diri dengan suasana baru, kena amik masa tapi 'slow and steady' haha..
Tapi bila kita dah okay dengan keadaan sekeliling tiba2 ada benda yang berubah fuhh..  Yan kena amik masa lagi untuk terima dan sesuaikan diri dengan keadaan tu. Tapi eventually yan akan adapt hahaha. Stress~


Yan macam orang yang jenis terima je keadaan sedia ada tanpa ada perubahan (bila fikirkan balik macam jenis tak ada motivasi untuk maju lol) so, tak tahulah ni perkara yang baik ke tidak.

See you later.  Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Berat Terkini

yanchii | 18:00 | 5Comments |
08/01/2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yan harap korang semua dalam keadaan sihat :)
Kalau korang pembaca setia blog Yan (lol hahaha) mesti tau yang Yan sekarang sedang cuba untuk naikkan berat badan Yan.  Kepada yang tak tahu dan baru saja singgah blog Yan takpe boleh baca enteri lama Yan.

Harapan Yan untuk tahun 2018 ni adalah untuk berada dalam lingkungan berat normal dulu kalau berjaya capai baru Yan teruskan untuk dapat berat ideal (mungkin tu harapan untuk tahun depan pulak hahaha).


Okay sekarang Yan berjaya naikkan 1.5 kg tapi nak terus terang dengan korang la... Yan penat nak makan ikut time tau lagi2 penat kerja Yan jadi malas nak makan. Balik kerja je kalau boleh lepas solat semua terus nak tidur dan tak nak makan. Tapi Yan gagahkan jugaklah makan sikit.

Yan rasa dah lama tak update pasal berat Yan sejak post 2 @ 3 minggu lepas so baru teringat sekarang. Hehehehe...


See you later!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Minggu Pertama

yanchii | 15:37 | 2Comments |
07/01/2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar semua pembaca?  Yan harap korang semua sihat. Minggu pertama tahun baru korang macam mana? Yan sibuk dengan kerja sebab tu tak update blog minggu ni, hari ini cuti jadi ada kesempatan untuk menaip. Yan masih cuba untuk sesuaikan diri dengan suasana di tempat kerja, harap2 minggu kedua masuk kerja nanti tak adalah teruk sangat badan dan minda ni bekerja hahaha.


Yan ingat lagi minggu pertama pergi ke sekolah lepas habis cuti sekolah yang lama tu memang penat sangat sebab masa cuti Yan rehat puas2 hahaha. Bertabahlah kepada adik2 yang rasa sama macam Yan. Kepada yang tahun ni sekolah yang bakal menghadapi exam besar  macam PT3, SPM dan STPM Yan harap korang jangan malas2 okay? Rajin2 la belajar dan dalam kelas tu fokus apa yang cikgu ajar kalau tak menyesal nanti macam Yan hahahaha.
Kepada yang tengah bercuti hari ni rehat la puas2 sebab esok kena masuk kerja/sekolah pulak. Hehehe.

See you later!  :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

How I Feel

yanchii | 22:45 | 0Comments |
30/12/2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yan harap semua dalam keadaan sihat. Enteri lepas Yan cerita dapat kerja kan so, kalau nak tahu Yan selalu update blog waktu pagi atau tengahari tapi disebabkan Yan kerja pagi sampai pukul 7 malam (rehat 1 jam) jadi Yan tak tahu nak adjust waktu untuk post bila sebab malam Yan penat sangat tak tahulah ada mood nak menaip ke tak.
Tapi bukan bermaksud Yan tak akan update blog cuma mungkin tak kerap. Yan cuba adapt dulu dengan waktu kerja dengan waktu nak menaip, mungkin kena adjust hari huhuhu.. 
Perasaan first day kerja?  Hmmm... Mungkin sebab Yan tak pernah kerja kot so,  masa mula2 masuk kerja tu blank sebab bos ajar banyak benda dalam 1 hari hahaha input yang ada tu kena masukkan dalam otak dan simpan. Penat tu perkara biasa Yan rasa tapi mungkin sebab Yan ni lembik sikit orangnya jadi memang tak tahan berdiri lama sampai kena tampal koyok (plaster berubat) lepas balik rumah.
See you later. Bye!
P/S : First time post pakai phone so nampak pelik 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Dapat Kerja?!

yanchii | 22:04 | 0Comments |
29/12/2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, petang tadi Yan dapat call dari tempat kerja yang Yan pernah post dulu kalau korang baca ENTERI INI. Kalau tak tahu Yan cerita balik sikit. Yan dengan seorang kawan mintak kerja dulu dekat kedai alat-alat tulis, sekarang ni baru dapat call dari tempat kerja katanya ada kekosongan dan mereka nak kalau boleh Yan datang kerja esok. Yan terima jelah sebab peluang dah ada tapi malangnya kawan Yan tak kerja sekali sobs.. sobs.. apakan daya kenalah berdikari dan berani menempuh cabaran dan dugaan seorang diri. Sekarang tengah rasa berdebar sebab tak pernah kerja sebelum ni. Betul lah orang pernah cakap dekat Yan makin lama makin tak nak pula jadi dewasa, kalau boleh nak jadi budak sekolah je sepanjang masa. Harap-harap first day kerja Yan tak cari masalah sudahlah. Tapi Yan pelik macam mana boleh lepas interview tu padahal diorang nampak Yan sebenarnya tengah nervous, kawan Yan lagi relax hmmm... 



Hari ni Yan tak taip banyak sebab penat baru balik pasar malam, tolong beli barang, angkat barang, berjalan lagi so, start hari ni kena tidur awal la pula sebab dah mula kerja, sebelum ni Yan macam burung hantu berjaga sampai 1-2 pagi. Doakanlah Yan okay je sepanjang kerja esok huhuhu.. Harap semua pembaca enjoy this weekend :)


See you  later. Bye!


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

yanchii | 09:05 | 4Comments |
27/12/2017

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan