Enteri Bosan.... (10 sebab anda bosan)

yanchii | 17:32 | 0Comments |
25/6/2012


Assalamualaikum...

Huuuuuuu.... Enteri bosan datang.. TOP TEN kenapa Anda Bosan!



1. Tiada Perkara yang menarik minat anda di sekeliling anda kecuali MERENUNG pada DINDING!
2. Keadaan dan suasana yang redup,sunyi dan suram yang boleh membuatkan mata anda kuyu macam nak MENGANTUK!  
3. BOSAN juga berhubung kait dengan LETIH, jika anda terlalu memberi perhatian terhadap sesuatu sehingga tidak mengelip mata anda akan MENGUAP dan mula berasa BOSAN!
4. Bila Anda kata BOSAN maka Otak turut berkata BOSAN! :)
5. Anda akan Bosan apabila melakukan perkara yang anda tidak minati.
6. Apabila anda mendengar orang memberi CERAMAH ato SEPATAH DUA KATA pasti anda akan BOSAN!
7. Jika anda malas membuat KERJA anda akan BOSAN tetapi hakikatnya anda MALAS!
8. Jika anda tidak melakukan aktiviti yang memerlukan anda bergerak anda pasti akan Bosan.
9. Melakukan pekerjaan yang berulang kali akan membuatkan anda Bosan.
10. Akhir sekali, anda akan membuat semua perkara yang mungkin anda tidak pernah buat untuk mengelakkan anda Bosan.

Cube kira berapa banyak perkataan Bosan yang korang jumpa? Ini hasil dari Kaji Selidik sendiri yer..sbb saya sendiri yang mengalaminya :)

















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Tips Memujuk Lelaki

yanchii | 18:24 | 0Comments |
23/6/2012

Assalamualaikum...


Selamt Petang! Bosan meh duk rumah, dah la tak mesej dengan Boy.. theeeee.... Dah bace Tajuk yang TERPAMPANG kat atas tu?? Ingat Kaum Hawa je ke yang boleh kita pujuk. Tetapi! Kaum Adam ni susah nak pujuk sbb diorang ada sifat KERAS KEPALA. Jangan korang tah tahu Lelaki lah yang paling kuat merajuk sebenarnya. Tak percaya? Hahaha.. Nanti korang tahu la..

Kenapa Merajuk? Kalau diikutkan dengan pengalaman saya kan. Lelaki merajuk sebab Cemburu! Huahuahua.. okey, tak kelakar. Lelaki akan merajuk bila PERSELISIHAN FAHAM berlaku antara kita dan Si Dia. Yup! Kaum Adam nie suka duk diam je, tak mesej ato tak call kalau Si Dia balas pun sekerat je ayat yang keluar kan?. Mungkin sbb mmg sifat semula jadi kot.. Macam mana nak pujuk nie?? Tidak!! Hahaha.. Relaks... Saya ada beberapa cara yang boleh kita guna pakai. Sharing is Caring kan? Jom Tengok!!

Tips Memujuk Apabila Kaum Adam Merajuk!

Amaran! Amaran! Si Dia MERAJUK!! Hahaha..  Abaikan.. Tengok Step Pertama..

1. Berikan Ruang untuk Si Dia 
Korang patut bia Si Dia berseorangan dulu, biar Si Dia dalam keadaan tenang dan memikirkan patutkah dia merajuk? Kalau korang terus serang dengan pelbagai soalan tak pasal2 Si Dia mengamuk mcm Hulk gitu?

2. Jangan Bertanya tentang mengapa Si Dia Merajuk
Lebih kuranng mcm step pertama jugak. Cuma kali ni, baik jangan tanya Kenapa? Mengapa? Bagaimana? perasaan ato keadaan die sekarang nie. Sebab anda sudah tahu bukan keadaan Si Dia..

3. Hiburkan hatinya ^_^
Yo! Bila Si Dia sudah puas duduk sorang2 barulah kita datang dan mengembirakan nya. Selitkan sedikit kata-kata manis dan manja untuk up kan sikit kegembiraan korang. Mmg lama nak tunggu Si Dia bersendirian tetapi pemikiran seorang lelaki lain dengan perempuan. Jadi, bersabarlah.

Inilah dia tips yang selalu diguna pakai oleh saya, kalau korang nak guna juga boleh je.. tak perlu bayar muehehe... Nak tahu jugak korang pujuk Si Dia mcm mane eh? Hehehe.... ^_^v


















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Projek ICTL yang Ter Over Do!

yanchii | 18:53 | 0Comments |
21/6/2012

Assalamualaikum...

Haip! Dah bace tajuk atas tu kan? Apa yg Over Do sngt tu?? Hahaha.. Meh nak story... Pada suatu hari (maen2 lak yer)

Cikgu ICTL saya telah memberi satu tugasan iaitu projek tentang blog, tajuk untuk projek blog kami ialah Science and Technology ! Kemudian Cikgu bagi penerangan mcm mane nak buat. Kami mestilah pilih tajuk kecil dari tajuk besar itu. Saya amik la Animals paling senang kan? Dengan bertungkus lumus nya saya buat mengikut Citarasa saya, siap dah hantar projek plan saya pasal Haiwan tuh!.

Mase pergi sekolah, sehari sebelum pembentangan. Kawan saya tanya apa tajuk projek saya. Saya jawap jelah "Animals" Kawan tu pon cakap lah 
"Cikgu kate animals tak ada kena mengena tentang Teknologi" 
Haaaa... Mau tak terkejut beruk sampai beruk pon jeles tengok saya. Saya jumpa cikgu saya sendiri dan tanya, mmg tepat pon. "Kalau haiwan tu ada teknologi tak pelah" tapi mana nak cari mmg tak jumpa lah. 

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menukar tajuk projek saya. Saya amik Plants pulak. SATU HARI lagi sebelum PEMBENTANGAN. Mau tak kalut buat balik dari hujung Header sampai Hujung Footer. Teka  warna apa? HIJAU! yelah dah nak buat tajuk pasal tumbuh-tumbuhan tak kan nak bantai warna Hitam kot?

Projek plan tu pun kena bwt lain, nampaknya 2 kali projek plan antar mmg Pelajar Cemerlang bukan? (=,=)
Akhirnya sudah siap semua nya dan tunggulah keesokan hari. Dah sampai sekolah tu mase time mata pelajaran ICTL mmg malu la tapi saya buat muka nak gaduh je sbb nak cover sikit kan. (muehehe) Nape nak malu eh? Ooooo... sbb cikgu saya bagi penerangan pasal blog tu tapi gi bukak blog saya.. (Pape jelah cikgu) Ramai jugak kawan-kawan yg lain tak buat mmg Pelajar Cemerlang tau diorang tuh! Hahaha...

Nak Tengok blog untuk projek saya tuh? Klik SINI! nak follow boleh je....

Moral of the Story : Mulakan Kerja anda dengan Bismillah supaya lebih Deiberkati..  ^_^v


















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Selamat Hari Bapa & Israk dan Mikraj

yanchii | 22:43 | 0Comments |
17/6/2012


Assalamualaikum...

Hari Bapa datang pula.. Hari ni Saya,adik dan ibu saya pergi kedai beli kain untuk baju raya nanti. Kami pergi kt Nagoya! Sambil2 tu kami beli hadiah untuk hari bapa. Kami beli baju batik warna biru lepas tu beli kek sekali. Ayah saya suka warna biru semua nya nak biru ehek.. Janji ikhlas kan ^_^

Bila saya tengok kalender Hari Bapa sama dengan Israk dan Mikraj. Bertuah la untuk ayah2 di luar sana. Saya tak boleh nak taip panjang2 sbb esok nak sekolah (muehehe). Sapa2 yg sekolah esok tido awal yer. Boy saya baru balik dari kem, sian dia pening (ngade2). Terkeluar tajuk pulak. Pape pun Selamat Hari Bapa ^_^v

Cerita Keluar Tajuk Lagi

#Esok tak de cuti ke? Kan Israk dan Mikrak?? huhuhuh... (=,=) 


















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Tutorial : Background Blockquote

yanchii | 18:48 | 0Comments |
16/6/2012 

Assalamualaikum...

Jom Sambung dari Tutorial INI . Tapi, ni Tutorial untuk buat blockquote yang biasa je. 

First, korang cari kod kat bawah ni


.post blockquote {


Second, Korang letak kod kat Bawah ni dan letak kat Bawah kod yg korang cari tadi


background: #CODE WARNA;
border: 3px
dotted #000000;
padding: 7px; 


Warna Biru tu korang letak kod background korang. Klik SINI
Warna Merah tu ketebalan border untuk blockquote korang.
Warna Coklat tu untuk warna border korang.

SELAMAT MENCUBA ! 



















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Tutorial : Letak (.post blockquote {) Dalam Blog

yanchii | 18:24 | 0Comments |
16/6/2012

Assalamualaikum...

Selamat Petang Semua! Hari ni saya nak share satu tutorial yg dah lama saya cari. Pernah tak korang cari perkataan ".post blockquote {" tapi tak jumpe? Saya adalah salah satu mangsa nya (kih3). Saya SEARCH kat google dan cari tutorial yang boleh saya guna pakai untuk buat blockquote ni. Akhirnya Saya jumpa juga. Mmg separuh menjerit la jugak.. Itu lah gune nya internet kan?
Kalau korang tak faham saya tunjuk kan cara dia, tapi saya guna tutorial ni dlm template Simpel. Tak tahu la kalau template lain boleh ke tak.

CREDIT : Terjal Bicara


FIRST
Mula-mula sekali, Sign in Blog korang... Lepas tu tengok step kat bawah ni.

Dari Dashboard -> Design -> Design -> Edit HTML 

Klik Download Full Template untuk keselamatan takut hilang tiba-tiba. Lepas tu cari kod kat Bawah ni


.post-body {


SECOND
Dah Jumpa? Bagus! Lepas tu korang letak kod kat Bawah ni di Atas kod yg korang cari tadi.

.post blockquote {

Sekarang korang dah ada kod .post blockquote { lepas tu korang boleh la ikut tutorial ni pulak Klik SINI 

Kalau Menjadi Beritahu kat komen yer, saya nak tahu jugak menjadi ke tak.. 
SELAMAT MENCUBA!  ^_^v
















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Segmen : Mari Berhijab

yanchii | 15:45 | 2Comments |
13/6/2012

Assalamualaikum...

Hari ni saya join segmen dari fizgraphic lagi.. Doodle yg die bwt mmg comel.. Nak join? Lajukan cursor anda ke baner kat bawah ni.


Nama : Yan
Warna : Pink pekat, kod warna (FF0099)

Jom Join Ramai-ramai !  ^_^v

















Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

5 Jenis Kucing yang Cik Setuju Suka

yanchii | 18:50 | 2Comments |
12/6/2012 
Assalamualaikum....

Selamat Petang semua! Saya baru balik dari latihan sukan ni, mmg penat tak terkata la. Ramai pulak bwt Giveaway sekarang ni. Saya tak join sangat sbb selalu tak dapat apa2 pun bukan nasib kita nak bwt mcm mane kan. huhuhu....
Kalau siapa2 yg baca About Me mesti korang tau saya suka kucing.. Eh tak tahu? Nak kena ni... Okey saya gurau je. Bagi saya kucing ni adalah salah satu haiwan yg Comel dan boleh menjadi Teman untuk kita. Kucing pun ciptaa Allah juga jadi kita tak boleh nak dera atau menyakiti mereka ^_^
Minat saya terhadap kucing mula membuak2 selepas tengok cerita Cats 101 yg ada kat astro tu, Animal Planet.

Saya senaraikan 5 Jenis/Baka kucing yg paaaaaaaling saya SUKA! Jom Terjah!
Firstly credit kat Google....

1.Persian
Salah satu kucing yang terkenal kerana bulunya yang panjang serta matanya yg berwarna. Selalunya mata berwarna biru atau hijau.



2.Scottish Fold
Merupakan kucing yang unik kerana kucing ini mempunyai telinga seperti anak kucing. Telinganya seperti terjatuh ( ade ke ayat mcm nie?). Kucing ini sangat comel dan mahal harganya.



3.Russian Blue
Warna bulunya seperti kelabu tetapi sebenarnya berwarna biru cuma ia tidah beberapa kelihatan. Mata kucing ini menjadi tarikan kerana berwarna hijau. 



4.Norwegian Forest
Kucing ini dikatakan pernah bersama2 berlayar dengan puak viking oleh itu kucing ini boleh berdikari dan aktif. Kucing ini mempunyai kepala berbentuk segi tiga dan bulunya panjang.



5.American curl
Kucing ini mempunyai telinga seperti kucing biasa semasa ia masih kecil. Tetapi, apabila semakin membesar telinga kucing ini terkelepek ke belakang (ayat uh =,=) Kucing ini mempunyai kesihatan yang baik tetapi pastikan kita tidak selalu menyentuh telinganya kerana ia sangat sensetif.



Sebenarnya banyak lagi yg saya nak bthu tetapi cukuplah sampai sini je yg saya nak kongsi dengan anda semua terima kasih kerana meluangkan masa ^_^ kalau nak tengok Cats 101 boleh je bukak chanel Animal Planet ato pun kat youtube. Jangan lupa tekan churp2 sye untuk sedekah yer...

Ini beberapa video dari youtube klu nak tengok..

SELAMAT MENONTON! ^_^v













Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Hadiah yang Digemari Lelaki dan Perempuan

yanchii | 16:55 | 8Comments |
Assalamualaikum...

Haip! Cuti Sekolah dah nak abis kan? Nanti tak boleh la nak On9 FB,Twitter dan sebagainyer. (Boleh je tpi bkan selalu). Saya takde kredit ni nak maen mesej ngan Boy. Siapa sudi belanja TOPUP? (kih3) Siapa suke hadiah? Semua mesti suka kan2?? Birthday Boy dlm bulan ni je sbb tu kite post enteri ni ek.. Di sini saya senaraikan hadiah yang Digemari Para Lelaki dan Wanita.. (Baca jngan xbace)



(credit kat pak cik google)


Hadiah yang Lelaki Suka

1.Dompet/Wallet 
Kalau korang tengok mmg bnyk lelaki pakai wallet yg bagai2 gitu kan. Korang boleh beli yang Boy/Father ato kawan lelaki yg korang suke berdasarkan warna ato rupe.

2.Gadget
Berdasarkan apa yang saya bace eh. Lelaki mmg suke bnde2 mcm nie (saya kureng minat) so, korang boleh gak beli untuk diorang :) contoh : Telefon bimbit,Headphone(betul ke ejaan nie?) dan sebagainyer.

3.Baju
Saya pernah belikan baju untuk Boy dan die suke sangat^^ jadi boleh je kalau nak beli baju. Walaupun nampak simpel tetapi Ikhlas kan?

4.Aksesori
Korang boleh benda yang die suka mcm Kasut,Jam tangan,Teddy bear (ek? sesat lak) contohnyer kalau la Boy korang tu suka giler kat kemare asyik2 snap sana snap sini boleh beli barang2 yg berkaitan dgn kamera. 

5.Ayat (Paling simpel)
Kalau tak de duit kan mesti kita mampu sebut "Selamat Hari Jadi" je kan? it's okey, selagi kita Ikhlas. Tapi korang boleh powerkan ayat tu sikit (jangan lebih2 lak) sbb bagi sesetengah lelaki die suke perempuan yg ade disisi die bukan kerana  hadiah ato wang semata-mata, better cari lelaki yg mcm tu tau! thee..hehehe...




Hadiah yang Perempuan Suka

1. Bunga
Kadang2 perempuan ni tak kesah pun hadiah apa janji Ikhlas dari lubuk hati kan?

2.Coklat
Ini ikut la apa yg Girl suka coklat jenis ape. Kalau saya suka je semua jenis coklat sbb saya suke giler makan coklat^^ 

3.Minyak Wangi
Perempuan dan minyak wangi mmg tak boleh berjauhan kan? hadiah mcm nie sesuai tetapi kena pastikan minyak wangi jenis apa yg die pakai.

4.Barang yg Comel
Apa2 la yang korang rase comel macam Teddy Bear,Beg,Kasut,Cermin mata ato yg pling famous skang nie perempuan suka pakai lens tpi saya tak galak kan beli lens sebagai hadiah sbb tak pasal2 mata Girl korang rosak abis...

5.Makan bersama :)
Mesti tak berapa paham kan? Alaaa.. macam Candel light dinner gitu. Alaaa kalau belanje makan sama2 kt kedai mamak pun boleh tapi kalau la die nak. Yang penting kena Romentik kalau tak nnti korang kena Bye2 dngan die.

STOP! setakat tu jelah yang boleh dikongsi oleh saya, yang penting sebelum beli hadiah pilih hadiah yang dia suka dan mesti Seikhlas Hati okey? Selamat Mencuba! ^_^v





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

yanchii | 15:01 | 22Comments |
Assalamualaikum...

Selamat Petang! Hari ni saya nak join satu segmen, tapi Terasa MALU pulak sbb follower saya tak banyak pon mcm org lain. Tapi baik abaikan kan je perasaan tu. Kalau nak join klik baner tu eh ^_^




Okey, Follower saya seramai 39 Orang (Sikit kan =,=)













Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Doa yang boleh Diamalkan

yanchii | 19:42 | 0Comments |
Assalamualaikum....

Hello semua blogger! Sihat tak?? Harap2 sihat la yer.. Saya dah balik ke Rumahku Syurgaku (kih3). Cuti 2 minggu ni agak membosankan jugak la sbb tak tahu nak bwt ape, aktiviti pun tak de kesian kan. Huuuuu...

Disebabkan tak de kerja (yelah, kan masih belajar) saya skype je la dngan Boy^^ hehehe... Cuti lame2 ni mmg best tapi tak terubat pulak rasa rindu ni (jiwang sngt la tu) hehehe.. Alhamdulillah Nadi Blog ni dah 39 orang. Nanti kalau dah 50 org mungkin saya akan paparkan blog die kat enteri nanti. Maksudnyer follower yg ke 50 la. Okey tu just angan2 jer =,=  

Di sini saya ingin berkongsi beberapa Doa yang boleh diamalkan jika hendak keluar dan masuk dari rumah (mentang2 la baru balik dari kampung yer). Sharing is Caring right? hehehe...


Doa ketika keluar rumah


Maksudnya :  "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".


Doa ketika memasuki rumah


Maksudnya : "Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.


Saya juga nak berkongsi Doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.


Doa ketika dukacita dan sedih



Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


Doa untuk memudahkan sebarang urusan


Maksudnya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai


Maksudnya : Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.


"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.
Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: 'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..' tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".


Credit to Doa Harian














Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan