Doa yang boleh Diamalkan

yanchii | 19:42 | 0Comments |
Assalamualaikum....

Hello semua blogger! Sihat tak?? Harap2 sihat la yer.. Saya dah balik ke Rumahku Syurgaku (kih3). Cuti 2 minggu ni agak membosankan jugak la sbb tak tahu nak bwt ape, aktiviti pun tak de kesian kan. Huuuuu...

Disebabkan tak de kerja (yelah, kan masih belajar) saya skype je la dngan Boy^^ hehehe... Cuti lame2 ni mmg best tapi tak terubat pulak rasa rindu ni (jiwang sngt la tu) hehehe.. Alhamdulillah Nadi Blog ni dah 39 orang. Nanti kalau dah 50 org mungkin saya akan paparkan blog die kat enteri nanti. Maksudnyer follower yg ke 50 la. Okey tu just angan2 jer =,=  

Di sini saya ingin berkongsi beberapa Doa yang boleh diamalkan jika hendak keluar dan masuk dari rumah (mentang2 la baru balik dari kampung yer). Sharing is Caring right? hehehe...


Doa ketika keluar rumah


Maksudnya :  "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".


Doa ketika memasuki rumah


Maksudnya : "Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.


Saya juga nak berkongsi Doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.


Doa ketika dukacita dan sedih



Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


Doa untuk memudahkan sebarang urusan


Maksudnya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai


Maksudnya : Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.


"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.
Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: 'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..' tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".


Credit to Doa Harian














Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

0 Lovely Comments:

Post a Comment

Thank you for leaving your comment ♥

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan