Assalamualaikum.. Yan akan berkongsi tentang cara membuat toner atau penyegar dengan mudah. Toner ni sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Yan akan buat toner ni bila Yan tak cukup duit nak beli toner yang biasa Yan pakai. Toner bagus untuk menyegarkan muka dan mebersihkan sisa makeup yang masih tinggal serta kotoran yang terlekat kat muka.
Bahan untuk buat toner ni adalah seperti yang berikut..
BAHAN-BAHAN
1. Air panas
2. Teh hijau
3. Bekas kosong
Yan akan panggil ni Toner Teh Hijau, Cara nak membuatnyer pon sangat senang dan mudah dan of course sangat berbaloi sebab harga sekotak teh hijau tu dalam RM 4.00 macam tu.
1. Panas kan air hingga mendidih dan tuangkan ke dalam cawan, lebih kurang 200 ml.
2. Masukkan seuncang teh hijau ke dalam cawan tersebut dan tunggu hingga sejuk.
3. Tuang air teh hijau tadi ke dalam bekas kosong yang di sediakan seperti bekas plastik pump atau spray.
4. Gunakan kapas muka untuk meletakkan toner ni di muka.
KEBAIKAN TEH HIJAU
1. Boleh mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
2. Mempunyai antioksidan dan mengelak kulit dari rosak kerana cahaya matahari
3. Teh hijau boleh mengurangkan berat badan kerana meningkatkan metabolisma badan.
4. Mengawal kadar gula di dalam darah.
5. Mempunyai sejenis antibakteria iaitu "catechin" yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.




