❤ (。◕‿◕。) ❤

Bagaimana Mengelakkan Makanan Beracun

Liyana yan | 12:00 | 2Comments |
28/11/2013





(From google)



Assalamualaikum... Yan nak kongsi sedikit info dan ilmu yang Yan ada, Yan selalu rajin membaca jadi banyak lah ilmu di dada :p bak kata pepatah orang puteh Sharing is Caring right? Jadi Yan pon dengan berbesar hati akan share info kesihatan ni. Yan tau mesti korang akan cakap "masak sendiri kat rumah kan?" tapi jangan pandang sebelah mata je, ada je kes makanan beracun tapi makanan tu datang dari rumah.


Jadi, kenapa kita masak sendiri pon makanan boleh beracun? Faktor dan kunci  utama nya sebab kita tak jaga kebersihan. Kita makan je makanan yang ada tanpa tahu apa sebenarnya yang masuk dalam badan kita sampai muncul  tanda2 awal keracunan makanan baru nak cuak + gelabah. Betul kan? Keracunan makanan boleh menyebabkan loya, muntah2,  cirit-birit, dehidrasi(tak cukup air dalam badan) dan demam.


Tapi tak semua makanan kat rumah boleh menyebabkan keracunan makanan. Kita cuma kena pastikan je makanan kita tu selamat atau tidak untuk dimakan + dibaham atau di telan (sempat lagi buat lawak). Ini langkah2 yang perlu diambil.



Basuh Tangan

Kita kena lah basuh tangan dengan sabun selama lebih kurang 20 saat sebelum memegang apa jua makanan sama ada untuk memasak atau makan. Basuh tangan terutamanya ketika kita selesai menyentuh daging dan ayam mentah serta telur dan makanan laut.




Asingkan Makanan Mentah

Makanan Mentah seperti daging mestilah diasingkan atau diletak jauh dengan makanan kering seperti roti atau sayur supaya bakteria tak berpindah. Buat perkara yang sama ketika menyediakan meja penyediaan makanan dan semasa menyimpan makanan dalam peti sejuk.




Pastikan Peti Sejuk Dibawah 5 ° C

Untuk memastikan bakteria tak membiak dan merebak, pastikan suhu peti sejuk tu di antara 4 ° C dan 60 ° C untuk tidak menggalakkan pembiakan (Macam pelik je ayat?) yang berleluasa (teringat pulak cerita zombie.. errr..). Selain itu, jangan biarkan makanan daripada peti sejuk terdedah selama lebih daripada 2 jam di luar peti sejuk. Contoh nya kalau letak ais krim kat luar lebih dari 2 jam nanti ia akan cair (okey, saje nak melawak :P)




Gunakan Papan Pemotong Yang berlainan

So,sediakan 2 papan pemotong dekat rumah.Satu khas untuk makanan mentah seperti daging dan satu lagi khas untuk makanan kering seperti sayur. Kita tak boleh kongsi kan dua benda ni sebab kit tak tahu bakteria tu dekat mana dan berpindah macam mane. Take a note!




Masak Sehingga 100% Masak

Untuk memastikan bakteria betul2 dah mampus, masak lah makanan contoh nya seperti daging dan telur sehingga betul2 masak (jangan over cook nanti hangus). Kadang2 kalau tengok rancangan memasak orang mat saleh diorang mesti masak daging dan tinggalkan ada pink2 kat daging tu. Jangan buat macam tu yer! Daging tu tak masak penuh pon diorang makan. Kita sebagai orang Islam tak boleh la buat macam tu okey?.



Good Luck Menjadi Pakar Kebersihan Makanan :)


    


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

2 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Copyright©2012-2016.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)