❤ Tolong Yan Klik Bawah Ni ❤.Terima Kasih (。◕‿◕。)

Cara-cara Menjaga Anak Kucing (Basic)

Liyana yan | 16:12 | 6Comments |
15/9/2012


Assalamualaikum...

Seperti tajuk di atas saya ingin berkongsi cara-cara menjaga anak kucing, sebab saya dah jaga anak kucing saya tu sudah 3 minggu.. Saya bukan lah pro sangat tentang anak kucing ni tapi sekadar basic saja pon sudah mencukupi kan? Hehehe.... Mari teruskan dengan langkah-langkah seperti yang berikut. 

1.ANAK KUCING
Kalau korang tak ada anak kucing camne nak jaga kan?

2.TEMPAT TIDUR
Anda boleh guna kotak kasut atau bakul untuk buat tempat tidur untuk anak kucing. Lapik kan dengan kain supaya anak kucing tidak sejuk.



3.BOTOL SUSU/SYRINGE
Kalau macam nie korang kena pastikan umur kucing tu berapa. Selalunya kalau umur anak kucing tu bawah satu minggu kita kena bagi anak kucing tu minum guna SYRING. Selepas sudah seminggu lebih atau anak kucing itu pandai menghisap kita boleh guna botol susu.



4.SUSU KUCING
Jangan beri susu biasa seperti susu Dutch Lady atau apa sahaja susu yang diperbuat dari susu lembu kerana ia mmg tak sesuai dengan anak kucing. Kalau anda bagi jugak nanti anak kucing boleh cirit-birit.Saya beli susu kucing jenis air seperti di atas sebab anak kucing saya sakit perut kalau bagi susu yg dibancuh lagi pon saya tak tahu berapa sukatannya jadi mmg mudah. Kalau nak beli secara online KLIK SINI. Tetapi anda boleh beri susu yg kena bancuh seperti di bawah.









5.VITAMIN
Saya guna vitamin ni sbb anak kucing saya kadang-kadang tak mahu minum susu. Jadi saya akan beri sedikit vitamin untuk anak kucing saya sebelum minum susu. Sehari sekali sahaja hanya picit sikit sahaja di jari dan bagi anak kucing tu jilat. Kalau selera anak kucing tu dah bertambah dari hari ke hari boleh la berhenti memberikan nya vitamin.



6.KAPAS(cotton ball)
Anak kucing tidak boleh membuang air dengan sendiri. Jadi anda perlu gunakan kapas yg dibasahkan dengan air suam dan sapukan di bahagian jantina tersebut dengan cara bulatan secara perlahan2 (Ini dapat merangsang anak kucing itu untuk membuang air) sehingga anak kucing itu dapat mengeluarkan kumuhan.  


#Semua gambar yang terdapat di atas saya cari di Google Search okey...















Don't be silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

6 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Nur Afifah said...

Boleh tak kalau nak beri anak kucing minum susu bancuhan walaupun ibunya masih ada?

Liyana yan said...

@Nur Afifah sorry lambat reply, boleh kalau maknyer xnk menyusu.. Tapi lebih baik ank kucing minum susu ibu sbb boleh bagi antibody dan bgi ank kucing membesar dengan sihat =)

nurul fazrina said...

Assalamualaikum. boleh saya tanya dekat mana saya boleh beli susu kucing ?

Liyana yan said...

@nurul fazrina Waalaikumsalam.. Dekat kedai haiwan ada jual. Tinggal kat area mana? boleh saya carikan...

DeQwaN said...

assalamualaikum...nape bby kucing 3mggu jd cirit birit ea..huhu..acaner akk nk buat.. acaner dptkn susu kittens tu..

Liyana yan said...

@DeQwaN Wassalam... ank kucing tu ade ibu ke tidak? kat pet shop ade jual.. tinggal area mana? boleh saya carikan..

Copyright©2012-2014.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)