❤ (。◕‿◕。) ❤

Sambung Belajar?

Liyana yan | 12:30 | 4Comments |
23/2/2016



Assalamualaikum... Tak lama lagi RESULT SPM akan keluar dan ramai pelajar lepasan SPM 2015 meluahkan perasaan gemuruh dan sebagainya. Tapi memang macam tu setiap tahun, result SPM mesti jadi topik terhangat. Disebabkan saya rasa lama tak menaip jadi Yan decide nak cerita tentang sambung belajar dan course apa nak sambung. Okay, saya dilahirkan dengan perangai yang macam... selalu tak kisah (make sense tak? Hahaha...) Dulu masa sekolah cikgu selalu suruh tetapkan nak sambung belajar dekat mana dan bidang yang nak diambil lepas sekolah tapi saya tak pernah fikir apa yang saya minat. Mula-mula Yan fikir nak ambil farmasi sebab saya ambil aliran sains tulen jadi kena ambil bidang yang ada berkaitan dengan sains sebab belajar 2 tahun tapi amik bidang yang tak berkaitan dengan sains rasa macam rugi (masa tulah~ masa tu~). Tapi Yan sedar dalam banyak2 subjek Yan selalu boleh skor sejarah dan mostly subjek yang memerlukan membaca dan menghafal tetapi selalu tak boleh skor subjek yang berkaitan dengan mengira. Yan akui dari dulu apa saja yang memerlukan pengiraan nih mmg angkat tangan, surrender hahaha.... So, dari situ Yan dah tau kelebihan dan kekurangan. Tapi masih tak selesaikan masalah nak pilih course apa. Yes! Yan tak tahu apa pon bidang yang tak memerlukan matematik pada masa yang sama memerlukan penghafalan dan pembacaan. At least, Yan kena pilih bidang yang tak memerlukan pengiraan. Sampai blur masa nak isi upu serius Yan cakap 4 jam menghadap laptop blur nak pilih apa. Kalau course pon tak tahu nak pilih mestilah nak sambung belajar kat mana pon tak tahu. Yan terfikir juga tahap 'tak kesah' nih teruk juga sampai rasa tak bertanggungjawab terhadap diri sendiri huhuhu.. nak marah silakan dah mmg macam ini perangai Yan.

Siapa yang ingat Yan nak bagi tip ke atau nasihat minta maaf ye.. hihihi^^


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

4 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Aimie farzana said...

samalah kita , subjek kira semua hampeh except matematik. menghafal yg kita suuka :)

Liyana yan said...

@Aimie farzana ada geng!! hahaha O(≧▽≦)O

Nabila Syifa said...

dont worry dear..you minat sejarah t amik lah law..jd peguam

Liyana yan said...

@Nabila Syifa hahaha... saya introvert kak, susah sikit hihihi

Copyright©2012-2016.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)