Menghitung Hari

yanchii | 12:30 | 0Comments |
28/02/2016



Yan sedang menghitung hari untuk RESULT SPM keluar!
Rasa macam awal sangat result tu keluar huhuhu...
Perasaan? fuhh.. bercampur aduk tak tahu nak rasa apa hahaha...
Doakan Yan mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2015.



Arghh... nervous! Hahaha... anggaplah semua gambar di atas adalah perasaan saya sekarang nih :)



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Awesome Birthday Giveaway

yanchii | 05:03 | 5Comments |
25/02/2016

(Klik banner di atas untuk join)

Assalamualaikum.... Yan join GA ini sebab bulan depan 1 Mac adalah birthday Yan so, apa salahnya join GA ni in sya allah kalau terpilih jadilah sebagai hadiah hari jadi hahaha... Oh! Tuan punya blog nih birthday 28 Februari jadi Yan nak cakap awal-awal dulu ye..
 ♥‿♥ Happy Birthday! ♥‿♥
Syaratnya mudah sahaja so, jom join GA ni ramai-ramai! ◕‿◕



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Sambung Belajar?

yanchii | 12:30 | 4Comments |
23/2/2016



Assalamualaikum... Tak lama lagi RESULT SPM akan keluar dan ramai pelajar lepasan SPM 2015 meluahkan perasaan gemuruh dan sebagainya. Tapi memang macam tu setiap tahun, result SPM mesti jadi topik terhangat. Disebabkan saya rasa lama tak menaip jadi Yan decide nak cerita tentang sambung belajar dan course apa nak sambung. Okay, saya dilahirkan dengan perangai yang macam... selalu tak kisah (make sense tak? Hahaha...) Dulu masa sekolah cikgu selalu suruh tetapkan nak sambung belajar dekat mana dan bidang yang nak diambil lepas sekolah tapi saya tak pernah fikir apa yang saya minat. Mula-mula Yan fikir nak ambil farmasi sebab saya ambil aliran sains tulen jadi kena ambil bidang yang ada berkaitan dengan sains sebab belajar 2 tahun tapi amik bidang yang tak berkaitan dengan sains rasa macam rugi (masa tulah~ masa tu~). Tapi Yan sedar dalam banyak2 subjek Yan selalu boleh skor sejarah dan mostly subjek yang memerlukan membaca dan menghafal tetapi selalu tak boleh skor subjek yang berkaitan dengan mengira. Yan akui dari dulu apa saja yang memerlukan pengiraan nih mmg angkat tangan, surrender hahaha.... So, dari situ Yan dah tau kelebihan dan kekurangan. Tapi masih tak selesaikan masalah nak pilih course apa. Yes! Yan tak tahu apa pon bidang yang tak memerlukan matematik pada masa yang sama memerlukan penghafalan dan pembacaan. At least, Yan kena pilih bidang yang tak memerlukan pengiraan. Sampai blur masa nak isi upu serius Yan cakap 4 jam menghadap laptop blur nak pilih apa. Kalau course pon tak tahu nak pilih mestilah nak sambung belajar kat mana pon tak tahu. Yan terfikir juga tahap 'tak kesah' nih teruk juga sampai rasa tak bertanggungjawab terhadap diri sendiri huhuhu.. nak marah silakan dah mmg macam ini perangai Yan.

Siapa yang ingat Yan nak bagi tip ke atau nasihat minta maaf ye.. hihihi^^


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

B U S Y

yanchii | 05:58 | 0Comments |
04/02/2015




Assalamualaikum... harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera :)
Awal bulan Februari Yan baru perasan BAHAWASANYA hanya ada satu post sahaja untuk bulan Januari hahaha...
Bulan lepas Yan kena pergi kelas memandu yee.. kelas memandu, mak Yan cakap elok lah kalau lepas SPM amik lesen memandu (Yan dah ada lesen motor masa 16 tahun a.k.a form 4) tapi tak tahu mengapa Yan tak minat dengan kereta, pelik kan? hahaha... Yan selesa bawa motor tapi bukan kereta ermmm...



Jadi mula2 tu mak Yan la paksa suruh ambil tapi Yan tak nak hahaha... memberontak~ last2 Yan pergi daftar sebab ayah kata ambil lah lesen auto. Masa tu anggap bawa auto lagi senang dari bawa manual hahaha... sebab Yan mana pernah bawa kereta. Jadi pergi jelah daftar kelas DA, bayaran mmg mahal la sikit daripada manual tapi lepas ni mmg Yan bawak auto pon so tak apalah, dekat rumah semua ada auto tak ada manual. Kalau amik manual pon Yan confirm bawa auto juga (mmg spesis tak reti bawa kereta) hahaha... so tak rugi apa Yan ikut selesa je.



Lecehnya sistem sekarang walaupun dah ada lesen motor kena pergi juga kursus 6 jam haaaa dengar la puas2 huhuhu.... dulu mana ada fuhh~
Lepas sudah menghadiri kursus kerani bagi tarikh untuk ujian komputer, alhamdulillah Yan lepas 49/50 uhuk! kemudian macam biasalah pilih tarikh belajar then belajar memandu kereta bla bla bla... hahaha....
Yan paling takut nak buat selekoh z sebab asyik naik tembok hahaha.. tapi time test JPJ alhamdulillah Yan lulus fuhhh~ masa tu discourage betul sebab bukan senang orang pendek nak bawak kereta dengan hanya ketinggian 15+ cm tak sampai 155 pon mmg susah, asyik kena panjangkan leher dah serupa dengan burung... burung apa entah tapi tau kan? hahaha (kes malas nak google)



Tapi dalam sibuk2 datang kelas memandu,belajar bawa kereta dekat rumah dan test JPJ, Yan kena naik flight pergi langkawi teman mak Yan reunion dengan kawan-kawan sekolah menengah. Reunion batch 65 kau! hahaha.. legend!

So, aktiviti bulan Januari Yan mmg pack macam retis pula hahaha.... sebulan kemudian baru update post harap2 bulan ni bukan post sekali je kih3... okey stop sampai sini dulu. Bye2 :D

Isogashi = Sibuk :)


Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan