❤ (。◕‿◕。) ❤

Random Talk #1

Liyana yan | 03:05 | 0Comments |
23/07/2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Hujung minggu ada masa nak jenguk blog yang tak terusik ni, itu pon entah ada yang membaca atau singgah blog ni pon tak tahulah huhuhu... Pada hari Isnin awal minggu ni Yan rasa tak berapa sihat entah kenapa badan rasa semacam je lepas tu pening sikit je, Esoknnya pening dia lain macam, tak tahu nak desribe macam mana tapi rasanya macam biul lepas kena hempuk kepala (what? hahaha). Rasa macam berat je kepala ni pastu tak boleh gerak sangat macam kena static je kepala tu kalau tak makin teruk pening. Petang tu pergi la cek blood pressure dan macam yang Yan agak, punca pening tu sebab tekanan darah rendah. Yan dah lama tahu Yan punya tekanan darah memang rendah dari dulu cuma kali ni tiba-tiba macam kena attack sebab sebelum nih tak adalah pening sangat. Jadi, Yan cuba mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sebab takut sangat. Sebelum kena pening tu, minggu sebelumnya Yan sibuk sangat selalu skip makan,stress,tidur lewat dan selalu rasa resah (anxiety). Kenapa? Banyak sangat faktor luaran dan dalaman jadi tak perlulah dihuraikan lebih lanjut. Jagalah kesihatan ye hahaha...

Cakap pasal anxiety nih jangan ambil mudah ye kawan-kawan, benda ni kalau tak reti uruskan jumpalah dengan kaunselor atau pakar. Kadang-kadang Yan cuba beri kata-kata semangat untuk diri sendiri dan juga baca ayat-ayat motivation. Untuk Yan ia membantu sebab Yan introvert jadi bukan senang nak share dengan semua orang hehehe... okay sampai sini sahaja semoga berjumpa di lain hari, peace!





Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Random Music #2

Liyana yan | 00:31 | 0Comments |
07/07/2016



Lama tak update blog sebab banyak kekangan yang tak dapat dielakkan. Tup tup dah raya hahaha... Yan ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca jika ada terguris di hati disebabkan oleh Yan hehehe...
Sedar atau tidak kita banyak dikejutkan dengan berita yang kurang enak dan membimbangkan. Yan tak pasti dari mana Yan patut mulakan sebab banyak isu yang berlaku di sekeliling menyebabkan Yan tak boleh buat tak endah, Yan pon tak reti meluahkan dengan kata-kata. Oleh itu, Yan ingin menzahirkan perasaan Yan dengan lagu ini.

ONE OK ROCK - BE THE LIGHT


Lagu ini bertajuk Be The Light oleh kumpulan band dari Jepun iaitu One Ok Rock, salah satu band yang Yan minat. Official music video ada di youtube tapi Yan letak yang ada lirik hehehe... enjoy :)



Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Cerita Pelajar PPU

Liyana yan | 09:00 | 1Comments |
21/05/2016




Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Tuan blog busy sekolah sebab tulah bulan april cuma ada satu post je huhuhu. Yeee~ SEKOLAH hahaha... Yan sekarang sambung form 6 je sebab tak dapat tawaran upu (sedih niiii). Tapi tak mengapa sebab mungkin ada hikmah di sebaliknya. Yan teruskan pengajian di tingkatan 6 atau PPU (Pengajian Pra-Universiti) di sekolah menengah lain sbb sekolah menengah Yan belajar dulu cuma ada sampai tingkatan 5 sahaja. Sekolah menengah tu sama tempat belajar dengan adik Yan so, senang nak hantar dan balik sekolah sama-sama hahaha.... Seperti entry bulan lepas Yan dapat jurusan kemanusian, Yan ambil pakej yang ada subjek ekonomi,sejarah,pengajian peniagaan,pengajian am. 4 subjek dan mestilah dengan MUET. Disebabkan Yan dulu kelas sains masa tingkatan 5 tiba-tiba tingkatan 6 amik ekonomi agak cuak jugak lah tapi lepas belajar seminggu macam tu in sya allah dengan usaha boleh faham. Ramai juga yang cuak dan terus tukar kelas, dulu member sekolah lama ramai juga dalam kelas lepas tu ramai pakat keluar pindah kelas lain lagi-lagi yang keluar sebab dapat tawaran upu so, sekarang tinggal 4 orang je dari sekolah lama Yan dalam kelas yang lain majoriti sekolah lain2 hahaha...

Sahabat karib dapat upu jadi tinggal la saya sorang2 dalam kelas wuuuu... sediiih... Betul ke pilihan yang Yan buat nih? Honestly, Yan tak kisah pon sambung belajar kat mana-mana pon. Kita jangan tengok macam mana kita mulakan perjalanan kita, yang penting kita sampai atau tak ke destinasi yang kita tuju. It's doesn't matter what will happen in the future,It's a matter of whether 'that moment' exists for you or not - Bokuto from Haikyuu (anime series) - moment apa? moment bila kita semangat nak belajar, moment bila kita excited bila dapat jawap soalan semua moment tu la yang penting sebab kalau tak macam mana nak belajar sebab tak ada keseronokkan maksud Yan di sini excited bila tengah belajar lagi2 bila faham betul dengan sesuatu topik, mesti pernah rasa kan?

Cukuplah setakat ini je jumpa lagi hahaha....


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

This Month

Liyana yan | 02:51 | 0Comments |
26/04/2016



Assalamulaikum dan salam sejahtra. Macam biasa dah nak dekat hujung bulan baru nak update hehehe maaf sebab sibuk dengan kehidupan seharian. Mula-mula alhamdulillah dapat menjadi pemenang untuk Abam Kie's First Giveaway boleh singgah ke blog beliau DI SINI. Yan pun tak sangka tapi syukur ada rezeki di situ, moga2 untuk GA seterusnya Abam Kie mendapat sambutan yang lebih hebat dan  peserta lain pula dapat memenangi GA tersebut in sya allah. Okey next story (escelated quickly)  awal bulan April Yan pergi ke sekolah sebab ada urusan dengan pejabat masa tu terkenang kembali masa-masa yang dihabiskan dekat sekolah nih, huhuhu sedih pula rasa 5 tahun dekat sekolah sekarang dah tak pergi (nagis.. hehehe) pastu Yan jumpa dengan cikgu kaunseling sebab nak tanya perihal masa depan. Yan sekarang seorang yang agak carefree mula rasa nak ada sense of resposibility (harap2 eja betul hehe) untuk masa depan eceeeh. Lepas tanya sini sana godek semua pasal cita2 dan haluan serta course (amik masa 3-4 jam) Yan pun dapat la juga nampak cahaya nak menempuh masa depan ni kalau tak dulu rasa gelap je resah tak menentu hahaha. Asalnya Yan nak amik farmasi TETAPI result SPM Yan tak melayakan diri untuk memohon sebab dasyat sangat kot hahaha... So, Yan apply course lain yang ada berkaitan dengan perubatan atau kerja2 dekat hospital,makmal dan etc. Pada masa itu juga Yan dapat tawaran ke form 6 jurusan kemanusian, So plan B Yan give up sains dan amik course nih try dapat result cantik pastu apply psychology (not bad kan?) Yan dapat rasa macam tak boleh nak go dah dengan subjek sains lepas tengok result SPM (jangan tanya hokey haha). Jadi begitulah ceritanya. hehehe... harap-harap dapat update banyak sikit unuk next entry bye!
Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Random Music #1

Liyana yan | 12:00 | 1Comments |
31/03/2016

Yan nak share lagu randomly buka kat youtube nih hahaha (sebab tak tahu nak post apa untuk penutup bulan mac). Yan pasti ramai tak kenal band yang berasal dari Jepun iaitu Sekai no Owari. Kalau semua nak tahu maksud nama band ni dalam bahasa omputeh 'End of the world'. Walaupun nama band bunyinya begitu rupa-rupanya ada sebab kenapa vokalis band tersebut memilih untuk menamakan band mereka macam tu. Berikut kenyataan daripada vokalis band tersebut.

"Fukase chose the name because he says once you’ve experienced rock bottom or the End of the World, you have to find a way to go up. So a name like their creates strength."

Mostly, lagu mreka dalam bahasa Jepun tetapi mereka juga ada mengeluarkan lagu dalam bahasa Inggeris. Okay cukup setakat ni je bebel hahaha.. nak tahu lebih lanjut boleh search di wiki hihihi... Layan~

Sekai no Owari - Dragon Night




Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Abam Kie's First Giveaway

Liyana yan | 06:41 | 7Comments |
24/03/2016



Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Liyana yan | 06:04 | 2Comments |
24/03/2016

                         
*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

I don't even know

Liyana yan | 04:25 | 0Comments |
07/03/2016



Yan masih tak tahu nak pilih apa... apa dia?? Nak isi UPU hahaha... berdasarkan result spm yang tak berapa sangat tu pilihan nak memohon tu agak terhad. So, yeah~ I need more time to think..




huhhh~~~ (mengeluh)


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Giveaway Holiday Bersama Mak Long!

Liyana yan | 04:03 | 4Comments |
07/03/2016



Assalamualikum... Yan join GA lagi hahaha... boleh klik banner untuk join :) Yosh! Good Luck!


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Bags Giveaway By Penselduabee

Liyana yan | 03:53 | 5Comments |
07/03/2016



Assalamualaikum.. Yan join GA hari ini, syaratnya mudah sahaja boleh klik banner untuk join :)
Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Keputusan SPM Menghampiri!

Liyana yan | 12:30 | 0Comments |
02/03/2015



Okay... Wish me luck! Nervous betul nih.. waaaaaa~~~
Lepas amik result memang Yan tak nak buka whatsapp, twitter, facebook sebab tak nak cakap pape dan tak nak tahu apa-apa... INSECURE huhuhu... tapi sebelum amil result pon terketar-ketar macam nih mampu ke nak tidur malam nih? waduh~



Sampai satu tahap rasa macam tak nak ambil result hahaha.. walaupun orang tolong ambilkan dan beritahu pon Yan tak nak tahu! Hahaha.... tak boleh bertenang. Biarlah Yan lari dari dunia realiti dan hanyut dalam dunia fantasi. hihihi... Doakan agar keputusan SPM 2015 Yan keluar dengan baik.. In Sya Allah :)

 
Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Happy Birthday To Me!

Liyana yan | 04:48 | 0Comments |
01/03/2016



Assalamualaikum... Yes! Today is my birthday and officially 18 hihihi...
So, Yan sedang bermain game kemudian secara tiba-tiba game tu blackout? hahaha... ( ͡° ͜ʖ ͡°)
Game tu tulis "over capicity" hahaha... I don't care! Hari ni hari jadi Yan so bagilah Yan main puas2.. (stress sebab result nak keluar mungkin? maigaad). Saya cek lah internet connect ke tidak (kot2 lah salah tenet kan? hahaha..). Lepas 3 jam baru boleh main~ huhuhu~

Ok itu je nak cakap bye (ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧
Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Menghitung Hari

Liyana yan | 12:30 | 0Comments |
28/02/2016



Yan sedang menghitung hari untuk RESULT SPM keluar!
Rasa macam awal sangat result tu keluar huhuhu...
Perasaan? fuhh.. bercampur aduk tak tahu nak rasa apa hahaha...
Doakan Yan mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2015.



Arghh... nervous! Hahaha... anggaplah semua gambar di atas adalah perasaan saya sekarang nih :)



Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Awesome Birthday Giveaway

Liyana yan | 05:03 | 7Comments |
25/02/2016

(Klik banner di atas untuk join)

Assalamualaikum.... Yan join GA ini sebab bulan depan 1 Mac adalah birthday Yan so, apa salahnya join GA ni in sya allah kalau terpilih jadilah sebagai hadiah hari jadi hahaha... Oh! Tuan punya blog nih birthday 28 Februari jadi Yan nak cakap awal-awal dulu ye..
 ♥‿♥ Happy Birthday! ♥‿♥
Syaratnya mudah sahaja so, jom join GA ni ramai-ramai! ◕‿◕



Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Sambung Belajar?

Liyana yan | 12:30 | 4Comments |
23/2/2016



Assalamualaikum... Tak lama lagi RESULT SPM akan keluar dan ramai pelajar lepasan SPM 2015 meluahkan perasaan gemuruh dan sebagainya. Tapi memang macam tu setiap tahun, result SPM mesti jadi topik terhangat. Disebabkan saya rasa lama tak menaip jadi Yan decide nak cerita tentang sambung belajar dan course apa nak sambung. Okay, saya dilahirkan dengan perangai yang macam... selalu tak kisah (make sense tak? Hahaha...) Dulu masa sekolah cikgu selalu suruh tetapkan nak sambung belajar dekat mana dan bidang yang nak diambil lepas sekolah tapi saya tak pernah fikir apa yang saya minat. Mula-mula Yan fikir nak ambil farmasi sebab saya ambil aliran sains tulen jadi kena ambil bidang yang ada berkaitan dengan sains sebab belajar 2 tahun tapi amik bidang yang tak berkaitan dengan sains rasa macam rugi (masa tulah~ masa tu~). Tapi Yan sedar dalam banyak2 subjek Yan selalu boleh skor sejarah dan mostly subjek yang memerlukan membaca dan menghafal tetapi selalu tak boleh skor subjek yang berkaitan dengan mengira. Yan akui dari dulu apa saja yang memerlukan pengiraan nih mmg angkat tangan, surrender hahaha.... So, dari situ Yan dah tau kelebihan dan kekurangan. Tapi masih tak selesaikan masalah nak pilih course apa. Yes! Yan tak tahu apa pon bidang yang tak memerlukan matematik pada masa yang sama memerlukan penghafalan dan pembacaan. At least, Yan kena pilih bidang yang tak memerlukan pengiraan. Sampai blur masa nak isi upu serius Yan cakap 4 jam menghadap laptop blur nak pilih apa. Kalau course pon tak tahu nak pilih mestilah nak sambung belajar kat mana pon tak tahu. Yan terfikir juga tahap 'tak kesah' nih teruk juga sampai rasa tak bertanggungjawab terhadap diri sendiri huhuhu.. nak marah silakan dah mmg macam ini perangai Yan.

Siapa yang ingat Yan nak bagi tip ke atau nasihat minta maaf ye.. hihihi^^


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

B U S Y

Liyana yan | 05:58 | 0Comments |
04/02/2015




Assalamualaikum... harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera :)
Awal bulan Februari Yan baru perasan BAHAWASANYA hanya ada satu post sahaja untuk bulan Januari hahaha...
Bulan lepas Yan kena pergi kelas memandu yee.. kelas memandu, mak Yan cakap elok lah kalau lepas SPM amik lesen memandu (Yan dah ada lesen motor masa 16 tahun a.k.a form 4) tapi tak tahu mengapa Yan tak minat dengan kereta, pelik kan? hahaha... Yan selesa bawa motor tapi bukan kereta ermmm...



Jadi mula2 tu mak Yan la paksa suruh ambil tapi Yan tak nak hahaha... memberontak~ last2 Yan pergi daftar sebab ayah kata ambil lah lesen auto. Masa tu anggap bawa auto lagi senang dari bawa manual hahaha... sebab Yan mana pernah bawa kereta. Jadi pergi jelah daftar kelas DA, bayaran mmg mahal la sikit daripada manual tapi lepas ni mmg Yan bawak auto pon so tak apalah, dekat rumah semua ada auto tak ada manual. Kalau amik manual pon Yan confirm bawa auto juga (mmg spesis tak reti bawa kereta) hahaha... so tak rugi apa Yan ikut selesa je.



Lecehnya sistem sekarang walaupun dah ada lesen motor kena pergi juga kursus 6 jam haaaa dengar la puas2 huhuhu.... dulu mana ada fuhh~
Lepas sudah menghadiri kursus kerani bagi tarikh untuk ujian komputer, alhamdulillah Yan lepas 49/50 uhuk! kemudian macam biasalah pilih tarikh belajar then belajar memandu kereta bla bla bla... hahaha....
Yan paling takut nak buat selekoh z sebab asyik naik tembok hahaha.. tapi time test JPJ alhamdulillah Yan lulus fuhhh~ masa tu discourage betul sebab bukan senang orang pendek nak bawak kereta dengan hanya ketinggian 15+ cm tak sampai 155 pon mmg susah, asyik kena panjangkan leher dah serupa dengan burung... burung apa entah tapi tau kan? hahaha (kes malas nak google)



Tapi dalam sibuk2 datang kelas memandu,belajar bawa kereta dekat rumah dan test JPJ, Yan kena naik flight pergi langkawi teman mak Yan reunion dengan kawan-kawan sekolah menengah. Reunion batch 65 kau! hahaha.. legend!

So, aktiviti bulan Januari Yan mmg pack macam retis pula hahaha.... sebulan kemudian baru update post harap2 bulan ni bukan post sekali je kih3... okey stop sampai sini dulu. Bye2 :D

Isogashi = Sibuk :)


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Seni Hias Kuku Yang Unik Atau Pelik?

Liyana yan | 06:30 | 2Comments |
04/01/2016


Assalamualaikum... Hari ini Yan tertarik dengan satu trend di Jepun iaitu seni hias kuku, diingatkan Yan tak hias pon kuku Yan cuma style yang lain daripada yang lain nih buatkan Yan rasa kagum dan pelik? hahaha..



Gambar yang Yan paprkan semua daripada Google tapi susah juga nak cari huhuhu.. Yan tau pasal seni hias kuku ni pon melalui youtube. Jom tengok~










Berdasarkan apa yang Yan tengok dekat YOUTUBE hehe... Trend ni kabanyakannya digayakan oleh 'Kuro Gyaru' iaitu 'Black Girl'. Kuro Gyaru ni  nak dipendekkan cerita ialah gadis Jepun menggelapkan kulit (cam kelakar ayatnye~) dengan makeup (style mereka). Mereka ni ada style dan citarasa fashion yang tersendiri.

Jadi bagaimana dengan pendapat anda semua?. Serious Yan rasa kuku tu boleh tercucuk kat mata.. waduuh~ 





Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

Copyright©2012-2016.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)