❤ (。◕‿◕。) ❤

Sakit

Liyana yan | 20:44 | 6Comments |
21/02/2014



Assalamualaikum... Cuaca dekat selangor sekarang ni panas betul lah, Yan tak tahu lah pulak cuaca dekat tempat lain macam mana. Tapi dekat sini memang panas sampai rumput pon mati. Agak-agak cuaca dekat Kedah (kampung) macam mana la yer? Sebelum itu, Yan dah lama tak update apa-apa sebab sibuk dengan urusan sekolah, almaklum lah budak Sains Tulen kan? (bajet2~~). Yan dah lama jatuh sakit dah nak dekat seminggu macam tulah, kering dekat tekak,selsema, demam lagi. Bukan Yan sorang jer, kawan-kawan sekelas Yan pon semua sakit-sakit.. Adakah semua berjangkit dengan Yan?? harap-harap taklah...

Then, dengar khabar berita nenek Yan sakit dekat kampung sampai tak boleh bangun. Sorang-sorang pulak tu dekat rumah. Yan geram betul dengan mak dan ayah saudara Yan.. Rumah diorang dekat-dekat jer kenapa tak tolong jagakan?. Yan bukan nak ungkit apa tapi family Yan tinggal dekat selangor, jauhkan dari kedah. Saudara-saudara lain semua tinggal dekat kedah. Kalau alasan mereka sibuk, Yan memang tak boleh nak buat apalah sebab semua saudara mara Yan dah besar dan bekerja.

Walaupun sibuk tak boleh ke ajak nenek Yan tinggal sekali dalam rumah diorang??. Hurrrrr!!! Yan memang tak tahu lah apa kena dengan diorang semua. Semua orang sakit semenjak, dua menjak, tiga menjak ni. Harap-harap semua akan sihat kembali.


p/s: sakit hati pon dalam kategori sakit ke eh? tehee...


Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

6 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yan...kat tempat akak pun cuaca dah panas...minggu lalu pulak banjir...sabar jer dik Yan...semoga keluarga adik terbuka hati untuk menjaga nenek Yan..dan akak hrp adik Yan pun cepat sembuh ya..

anajingga said...

singgah malam ,cuaca memang panas kering diserata tanahair yan,bykkan minum air suam.semoga nenek yan sembuh sediakala hendaknya,bykkan berdoa utknya kay..was here

Liyana yan said...

@Mardiah Diana in sya allah.. thanks kak :D

Liyana yan said...

@anajingga owh.. sume cuaca panas eh hehe.. in sya allah..

Abe Kie said...

harap cepat pulih dari demam n selsema. In sha Allah.

Mia Liana said...

semoga cepat sembuh...

Copyright©2012-2016.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)