Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

yanchii | 14:52 | 9Comments |
31/01/2014




Assalamualaikum.. Hari ini last day untuk bulan Januari dan kita akan bertemu bulan Februari tak lama lagi (esok je pon~) Yan join segmen ni sebagai post terakhir untuk bulan ni. Lagi pun, owner blog ni rajin komen2 blog orang lain (friendly gitu..) Jom ramai-ramai join segmen ini, kita tambah kenalan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita.. In Sya Allah :D


Sampai 7 Februari je tau....



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Wordless Wednesday #1

yanchii | 17:00 | 1Comments |
29/01/2014



First Time buat tajuk Wordless Wednesday, padahal Yan tah tahu pon apa maksudnya.. Bhahaha... Suka hati kau je Yan oii... Hari tu ada KOKO dan kami satu sekolah dah buat latihan merentas desa kali ke-2 minggu depan mungkin baru betul-betul lawan lari nanti. Baru boleh update hari ni pasal merentas desa.

Hasil daripda lari minggu lepas......






Sakit Kaki :p



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Aku? Saya? atau Yan?

yanchii | 13:30 | 2Comments |
24/01/2014




Assalamualaikum... Hari ini terdetik di hati nak menaip tentang kata ganti diri. Dekat sekolah banyak kali belajar tentang kata ganti diri even, dah masuk sekolah menengah pon cikgu akan ulang perkara yang sama betul tak? Pernah tak korang fikir atau mungkin korang tak fikir pon tentang kata ganti diri dekat blog? facebook? twitter?


Sejujurnya Yan kalau guna facebook atau twitter, Yan bahasakan diri dengan perkataan 'Aku' tapi Yan pendekkan jadi 'Aq' alaah.. macam ayat singkat kita taip mesej atau chat je. Kalau Yan bergaul dengan kawan-kawan Yan pon Yan bahasakan diri dengan perkataan 'Aku' dan Yan akan panggil orang lain sebagai 'Kau' atau pon dalam short form 'Ko' 


Tapi kalau dekat blog Yan bahasakan diri Yan sebagai 'Yan' dan kadang-kadang Yan guna perkataan 'Saya' tapi entry lama Yan bahasakan sebagai 'Saya'. Kenapa dekat blog je Yan bahasakan diri sebagai 'Yan' atau 'Saya' ? Yan sendiri pon tak berapa pasti tapi Yan bahasakan diri macam tu sebab...


Yan tak tahu siapa yang mengunjungi blog Yan. Mungkin ada orang yang lebih tua daripada Yan oleh sebab itu, Yan menggunakan kata ganti diri yang lebih sopan. Bagi pengunjung yang lebih muda, kata ganti diri yang Yan guna boleh membuat mereka rasa Yan friendly (mungkin?)


Tapi kalau dekat facebook atau twitter Yan dah tau orang tu lagi tua dari Yan mestilah Yan bahasakan diri sebagai 'saya' .Itulah serba sikit perkongsian daripada Yan untuk korang. Jadi, soalan daripada Yan untuk pembaca yang membaca entry ini. Apa kata ganti diri korang dekat blog? "Saya" ? "Aku" ? atau Nama Singkatan korang?





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Review : Mistine Egg White Peel Off Mask

yanchii | 14:00 | 8Comments |
17/01/2014





Assalamualaikum... Hari ni Yan nak cerita sedikit tentang Mistine Egg White Peel Off Mask. Yan order produk ni dekat facebook kalau berminat  Boleh PM Sini 


Yan sendiri pon masih menggunakan mask ni memang best sangat, harga pon berpatutan RM 20 ternasuk postage. Yan tulis lebih detail sikit apa yang jadi lepas Yan pakai produk ini.



Pertama Kali Pakai Egg White Peel Off Mask

Terasa kulit tegang.
Pori-pori kelihatam mengecut sedikit.
Bila tengok cermin kulit muka macam 'glowing' sikit.



Kali Ketiga Pemakaian Egg White Peel Off Mask

Jerawat di bahagian pipi dan dahi mengecut
Pori-pori di sekitar hidung mengecil
Kulit di bahagian pipi yang dahulu kasar kerana jerawat sekarang terasa lembut.




Yan boleh cerita sedikit sahaja dahulu sebab Yan pon masih melalui proses ini. Setakat ini Yan dah pakai untuk kali ke lima dan kulit Yan makin lembut terutama nya di bahagian yang ada jerawat. Yan memang akan beli lagi mask ini kalau habis sebab mask ini sangat bagus untuk kecutkan jerawat dan mengurangkan kemerahan dekat sekeliling jerawat. Produk ini bau nya wangi sangat dan bila Yan letak dekat muka rasa sejuk je, memang best!. Nanti Yan update lagi hasil nya macam mana. 



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Review : Biore' Cleansing Oil

yanchii | 15:00 | 2Comments |
10/01/2014






Makeup remover atau pembuang/pembersih makeup yang paling best Yan pakai ialah Biore' Cleansing Oil. Yan beli dekat Tesco, kalau dekat tempat lain Yan tak pasti ada atau tidak. Tapi boleh lah cari dekat Watson mungkin:? Di bawah senarai Yan buat khas untuk review ini.


Kelebihan :-

  • Mudah dipakai dengan hanya menggunakan tapak tangan. (tak perlu kapas)
  • Menanggal dan membersih semua makeup dalam satu sapuan.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. (ada tertulis di bekas produk tersebut)
  • Mempunyai bau wangi . (macam bau buah-buahan)
  • Boleh membersih dan menanggalkan makeup walaupun dengan tangan/muka yang basah.



Kekurangan :-

  • Bekas produk agak besar untuk di bawa ke mana-mana.
  • Jika anda simpan di dalam beg kemungkinan anda akan ter 'pump' produk tersebut keluar.
  • Bila kita basuh muka dengan air, cecair produk masih ada di muka dan rasa melekit sikit. (kena basuh dengan pencuci muka baru okey)




Untuk menggelakkan kejadian cecair produk tersebut daripada keluar anda perlu simpan penutup plastik ini yang terdapat di bahagian kepala produk tersebut. Fungsi nya untuk menahan daripada di tekan.




Yan memang suka guna makeup remover ni sebab Yan cuma bersihkan tangan betul-betul kemudian picit sedikit cecair di telapak tangan kemudian sapu terus dekat muka. Semudah 1 , 2 , 3 kan? Sesiapa yang malas nak bersihkan muka lepas makeup boleh lah beli produk ni yer.



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Akhirnya.... Cuti...

yanchii | 14:12 | 1Comments |
03/01/2013






Assalamualaikum.... Akhirnya esok cuti, padahal 2 hari je sekolah tapi memang penat lah sebab sepatut nya kelas untuk tingkatan 4 kat tingkat 1 je... Tapi tahun ni dekat tingkat 3 pulak. Aduhai... masa tingkatan 3 tahun lepas tingkat 2 jer. Wahai cikgu sekolah tolonglah bertimbang rasa dengan kami yang kecil lagi lemah ini (eceh). Kelas Yan tak start belajar lagi sebab ada yang nak turun ke kelas akaun. Yan kelas sains tulen, masa dengar je 'introduction' pasal subjek fizik,kimia dengan bio terus lemah semangat. fufufufufu...


Kalau ada akak2 atau abang2 nak hulur buku rujukan free kat Yan boleh lah inform kat Yan yer.. hek3.. Hari tu Yan main bowling dengan mak,adik dan boy Yan dekat Selayang. Cuba teka.... berapa banyak kali Yan main masuk longkang? Boy Yan pandai main meh, first time main pon banyak dapat 'strike'. Huhuhu... Sebulan sekali Yan dengan adik dan mak Yan akan pergi main bowling untuk bersenam la katakan... 


Esok cuti! Boleh rehat-rehat sikit sebab dah lama asyik cuti jadi macam tak biasa pula kena bangun awal pagi-pagi gi sekolah.. hehe... okeylah... Tata :D


P/S : Yan mungkin akan update blog sekali seminggu :/



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Persediaan Sekolah Tahun 2014

yanchii | 16:22 | 4Comments |
01/01/2014



Assalamualaikum.... Alahamdulillah Yan masih bernafas pada tahun baru ini. Tahun ini juga Yan sudah melangkah masuk Form 4 dan Yan layak masuk kelas sains tahun ini (alhamdulillah). Enteri pertama tahun ini Yan cuma upload gambar barang-barang Yan beli beberapa hari lepas untuk sekolah esok, banyak promosi comeback to school itu memang biasa lah, tapi kalau beli last minute memang banyak jugak barang habis.





Bekas pensel tahun ni ialah Rilakuma, first time tengok terus jatuh hati haha.. Yan suka barang-barang comel macam ni. Sebelum beli Yan fikir masak-masak dulu, yelah Yan dah 16 tahun tak kan nak pakai bekas pensil macam ni? Tapi Yan grab jer sebab time tu ada promosi hekhek....





Ini pula alat-alat tulis dan buku nota. Yan suka buku nota tu sebab nampak santai dan funky sikit (mungkin?) Pen warna merah pon Yan guna, bukan cikgu sekolah Yan pun guna. Pen semua jenama Pilot, Pen warna-warni tu dari Stabilo, highlighter yang warna pink tu dari Faber Castell, Correction tape tu dari Paper:Mate, lastly, UHU stic dengan gambar minion. (sesuai ler sesame warna yellow)





Yan suka sangat-sangat dengan beg ini. First time beli beg jenis macam ni selalu nya Yan beli jenis plain jer. Yan suka beg ni sebab ada bangunan yang famous kat Paris, Corak nya Yan suka, lepas tu tempat isi botol bukan jenis jaring. Keychain yang ada kat beg tu keychai couple Yan beli saja nak letak theehee.. Kesimpulan nya Yan suka sebab nampak macam vintage bagi Yan.



Banyak lagi Yan beli tapi malas nak upload gambar bebanyak sebab line broadband memang lambat sekarang ni. Yan beli kasut sekolah dua pasang dari Cemerlang dan jam tangan baru warna coklat saiz kecik dari Ice watch. Baju sekolah pulak, mak Yan jahit sendiri :D




Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan