Jom Tukar Nama Ke Jepun Dan Korea!

yanchii | 18:25 | 34Comments |
31/07/2013


 Assalamualaikum... Untuk menghilangkan bosan pada petang ni jom main tukar2 nama ke Jepun dan Korea. Mungkin, korang dah tau laman web ni tapi tak ape sbb yg tak tahu ni boleh la jenguk yer. Senang jer just taip nama korang dan tekan enter nanti keluar la nama korang tuh..hehehe... Nak cuba?? Jom!!


Yan sendiri dah try tukar nama sendiri.. Nak tahu?? Jeng.. jeng.. jeng...
Nama Jepun = Tsukiyama Aida
Nama Korea = Ahn Min Young

Dah dapat nama korang tuh? Komenlah! Yan nak tahu jugak.. Comei ke tak nama.. eheek.. Selamat Mencuba ^^V



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Thank You!!

yanchii | 14:59 | 4Comments |
31/07/2013


Assalamualaikum.. Huhuhu... ingat tak Yan ada update pasal Yan xbleh nk blogwalking sbb bloglist tak ada kt Dashboard Yan? Blom bace KLIK SINI. sekarang Yan dah boleh tengok dah YEAH!!! hehehe.. Terima kasih kat Nur Aisyah Fizah dan Nad sebab take care walaupun Yan rase bende kecik (hoho...malu) ada masa kita boleh berchating atau tweet antara satu sama lain untk merapatkan hubungan lagi sesama blogger yer tak ^^  okey petang ni pergi bazar ramadhan tak? Kalau pergi kirim sikit kuih kat Yan yer.. Assalamualaikum ^^V





Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Segmen : Kumpul Duit Raya

yanchii | 14:43 | 14Comments |
31/07/2013



Assalamualaikum.. Yan ada masuk satu segmen ni yg menerujailah katakan (ade ker ayat tu??) Yan dah lame letak iklan tapi earning naik pun payah benor.. Dalam kesempatan ini Yan pun join lah sekali.. Bulan puasa ni baguih jugak menderma :) Kalau BERMINAT nak join klik lah banner kat atas tu.. Last but not least, SILA KLIK SEMUA GAMBAR MONYET CUTE TU ^^V

  

PERHATIAN: TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING! JUJUR DALAM BULAN PUASA!



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Minta tolong Please :(

yanchii | 20:26 | 6Comments |
30/07/2013



Assalamualaikum.. Tadi sign in masuk dashboard Yan tak jumpe ape pun kt tempat blog list. Yang ada cuma blogger buzz jer.. Yan tak boleh nak blogwalking lah. Tak tahu lah benda nie serius atau tak, kalau siapa2 yg tahu boleh bthu Yan tak? Supaya Yan tak risau sangat manalah tau masuk Virus ker? Nauzubillah harap dijauhkan lah.. siapa yg tak faham boleh tengok gambar kt bawah Yan ada amik. Pertolongan anda sangat dihargai :)




Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

17 Fakta Menarik Tentang Kaki!

yanchii | 22:50 | 0Comments |
28/07/2013

Assalamualaikum.. Hari ni Yan ada baca something kat internet dan saya nak berkongsi dengan anda semua sbb Yan rasa info2 mcm ni mmg best dan bagus untuk dibaca semua, Enjoy :)







Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Sebab-sebab Kenapa Kita Mengumpat

yanchii | 22:42 | 0Comments |
28/07/2013

Assalamualaikum... Pada bulan Ramadhan yg mulia ni eloklah kita mengelak perkara lara dan riak untuk menghormati bulan puasa dan kita juga dapat menambah pahala kerana telah berubah menjadi lebih baik. Tetapi jangan pada bulan puasa jer kita jadi baik. Hari2 kena baik tau (eheh.. cam ajar budak2 lak)


Topik kita hari ini ialah KENAPA KITA MENGUMPAT haaaa.. sebenarnye sedar tak sedar kita telah mengumpat seseorang tahu? Bukan saja mengumpat tapi telah mengaibkan orang tersebut. Marilah kita sama2 renungkan dan berubah ke arah yg lebih baik :) Saya dah lama ada articel ini dalam pendrive saya cuma tibe2 rasa nak share pulak alang2 bulan puasa kan? kita sama2 lah ingat memperingati kan?

1.Untuk memuaskan hati, iaitu apabila berlaku sesuatu sebab yang menaikkan kemarahannya, kerana manusia tatkala sedang meluap-luap kemarahannya, hatinya akan merasa puas bila ia dapat menyebut keburukan-keburukan orang yang dimarahinya itu.(Pendek kata kedengkian yang menyebabkan dendam kesumat dan kemarahan itu adalah pendorong yang utama kepada sifat ghibah atau pengumpatan.)

2.Menurutkan kemahuan rakan handai dan membantu mereka dalam memperkatakan perihal orang lain. Seringkali berlaku ketika berlucu dan bersenda gurau itu, diperbualkanlah tentang hal-ehwal dan urusan orang lain, maka ia akan menjadi serba salah, andaikata dia mengingkarkan kelakuan itu ataupun dia meninggalkan majlis mereka, tentulah rakan handainya akan merasa kurang senang terhadapnya dan mereka akan menyingkirkannya sama sekali.

3.Menunjuk-nunjuk kelebihan peribadinya dengan kemegahan dan keistimewaan, iaitu mengangkat dirinya sebagai lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya orang lain.

4.Hasad dengki dan irihati, iaitu menyimpan perasaan tidak enak, bila mendengar orang lain dipuji-puji atau disanjung oleh orang ramai, ataupun kerana sesuatu sebab atau yang lain, maka orang itu dihormati dan dimuliakan, sehingga menyebabkan ia merasa bosan terhadapnya. Oleh itu maka timbullah perasaan dengki dan hasad di dalam hatinya, dicubalah berbagai-bagai cara untuk melenyapkan kenikmatan yang dimiliki oleh orang itu, maka tiadalah didapatinya melainkan dengan jalan mencela atau mengumpatnya, sehingga orang ramai berhenti dari memuji-muji orang itu atau menghormatinya, sebab jiwanya tidak tertanggung lagi untuk mendengar segala kepujian dan penghormatan orang ramai terhadap orang itu.



5.Menista dan mengejek-ejek orang dengan tujuan untuk meghinanya. Puncanya ialah sifat takabbur dan bongkak dalam diri sendiri, serta memandang orang lain semuanya rendah, hina, bodoh atau jahil.

6.Menghadirkan diri dalam majlis-majlis senda gurauan dan menghabiskan masa dengan bergelak ketawa, di mana di dalam majlis-majlis serupa itu, biasanya di sebut berbagai-bagai keburukan dan keaiban orang lain yang boleh menimbulkan gelak ketawa. Ini boleh berlaku dengan jalan menceritakan perihal orang dengan melahirkan rasa takjub terhadap perilaku orang itu.

Marilah kita sama2 beringat sesama kita yer pada bulan ini. Moga kita dirahmati Allah atas usaha kita untuk menuju ke jalan-NYA Insyaallah :)




Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Oh My English Last Epidose

yanchii | 21:44 | 0Comments |
28/07/2013

Hi Readers! How are you today? I hope all of you are in a pink of health :)
Hehehe.. Amacam Yan speaking? Korang boleh ker?? Hahaha.. Okey straigh to the point.. Dah tengok last episode Oh My English untuk season 2? Kalau dah mesti heartbreaking kan sbb Cik Ayu nak pindah Terengganu. Apa yg  buat Yan tak puas hati cerita tu tak tunjuk habis pun, cerita tu ada pulak "to be continued" haiyaaa... tak boleh punyaiiiaa.. hahaha tak reti nak tiru SYS. Saya difahamkan cerita tu akan bersambung pada Oh My English season 3. Yan tak pasti khabar angin tu betul atau tidak, yg pasti kita akan menanti sambungan cerita tu untuk tahu apa akan jadi dekat Cik Ayu dgan Mr.Middleton.


Kalau korang perasan Pak Sham dah tak ada dah dalam cerita tu kan? Saya mengaku saya bukan lah selalu ikuti setiap episode yg ditayangkan so, siapa yg selalu ikuti tu boleh la bthu yan okey?  Sesiapa yg nak tngok tweet sendiri kt screen TV boleh la #OhMyEnglish yer hahaha... Untuk sesiapa yang nak belajar bahasa english dgn lebih bagus boleh layari laman web dia dan daftar okey :) Happy English Day!



Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Senarai Movie Twilight

yanchii | 16:24 | 3Comments |

27/07/2013
"Senarai Movie Twilight?? Peminat fanatik ke ape minah ni? Semua org tau lah!". Okey mesti ada orang pikir mcm tu kan lepas bace title tuh. Actualy kwn Yan tak sempat nak tengok citer twilight kt panggung wayang dan dia pon malas nak beli CD. Jadi, Yan carikan lah URL video untuk die (baek kan? hakchuum!) Yan terpikir nak kongsi lah kat korang sbb mungkin ada yang teringin nak tengok yer tak? walaupun dah lama Yan tau ada yg minat tengok berulang2 kali. Yan bukan peminat fanatik citer twilight yer. Yan layan jer citer nie mmg best so, yg tak penah layan bleh la tumpang tengok skali yer tak? ^^V
Ini senarai cerita Twilight yg Yan cari beserta subtitle english yer..
Selamat Menonton ^_^V

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Separuh Jalan Lagi...

yanchii | 15:26 | 0Comments |
27/07/2013
Salam Ramadhan semua! Perjuangan kita untuk berpuasa masih tinggal beberapa minggu lagi jadi kumpul amalan2 dan bwt lah banyak ibadah untuk menampung dosa sebelum ini :)
Alhamdulillah Yan baru je lepas separuh Trial PMR, minggu depan ada lagi cuma habis hari jumaat. Sebenarnye Yan abis jawap hari khamis sbb hari jumaat tu paper untuk bahasa cina&tamil. Tak sabar nak merdeka uit. Hehe.. tapi belum merdeka habis lagi sbb PMR betul2 punyer belum lagi Yan amik.
Alang2 dah citer pasal Trial PMR ni Yan nak cerita lah kejadian yg berlaku semasa Yan jawap periksa tuh. Cerita nyer bermula masa perhimpunan pagi. Form 3 kena masuk dewan awal sbb nak jawap paper tapi tempt perhimpunan tu dekat dengan dewan kami, kebetulan pula Yan duduk tepi pintu so, saya boleh tengok lah sape bagi ucapan bagai. Mase tu ada lakonan tentang Raja Bersiong.. Alaaa raja yg makan darah tu (errrr -__-). Watak Raja Bersiong tu dipegang oleh perempuan! Hahaha.. mcm Vampire ala2 citer Twilight gitu haaa.. kalau lelaki yg pgg watak tu bleh jadi Edward. Tapi sbb perempuan yg pegang watak tuh Bella la jawapnyer (tibe2 masuk citer twilight..) 
(cilok kat google)
Yan tak kenal sape perempuan tu tapi ada babak dimana dia kena pakai kain pelekat. Masa tu die serang seseorang sbb nak darah la katakan.. Mase tgah berlakon dikhalayak ramai tu tibe2 kain pelekat die terbuka lepas bergusti dengan mangsa die.... Ape lagi lari ler ke blakang pentas perempuan tu.
Yan yg tngah jawap paper tu gelak2 je dlm dewan. Kawan2 semua pandang..hohoh.. pandang kepelikkan ler.. dalam hati diorang mesti cakap ''Yan ni dah giler ke apa?'' yelah kan tengah jawap Trial pun dah naik giler yer tak? Hehehe.. lupe pulak nak cakap.. nasib baik perempuan tu pakai seluar kalau tak FREE SHOW ler kat depan tuh.. Dah la bulan Ramadhan ni.. So, Yan harap persembahan tu dapat NO 1 sbb ada adegan lawak sikit. Ngeh3... Nasib Baik Yan sempat jawap paper mase tu, yelah Yan asyik duk layan persembahan TIP TOP tu kan hehehe...sapa ade KAKAOTALK boleh add Yan jadi friend ^_^ bagi ID kakaotalk korang dekat cbox Yan nnti kita add kan.. ^^V

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan