Membersih Muka Dengan Oatmeal

yanchii | 00:36 | 2Comments |
4/3/2013



Hari ni Yan akan kongsikan rutin harian Yan mencuci muka menggunakan oatmeal.Tapi, Yan guna 3-4 kali seminggu sbb Yan ada pencuci muka tetapi baik juga kalau nak amalkan oatmeal ni hari-II sbb ia banyak manfaat dan faedah yg mmg baik untuk kulit muka kita.Oatmeal sangat sesuai untuk melegakan kegatalan dan kemerahan. Ia juga boleh mengelupaskan kulit dengan lembut dimana baik untuk membuang kulit mati.

Oatmeal merupakan 100% daripada bahan semula jadi. Ia juga membantu untuk melawan radikal bebas pada kulit kerana ia ada banyak anti-oksidan. Hasilnya? Kulit licin, lebih lembut dan terang.

Cara-cara Pemakaian
1. Ambil segengam oatmeal dan alirkan air suam. (pastikan tangan tutup tau)
2. Sapukan oatmeal yang basah tadi kemuka dengan perlahan-lahan.
3. Urutkan muka secara bulatan.
4. Basuh sehingga bersih
5.Tekapkan tuala bersih ke muka.

It's simple as that. Ia bukan sahaja murah tetapi sangat bagus dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sayangi kulit anda! :) 

Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

2 comments:

  1. kalau cik akak...oat tu memang lama dah cik akak nak pakai...hihi

    ReplyDelete
  2. @Nao Mei nnti klu pkai ari2 boleh dpt muka glowing gitu.. :)

    ReplyDelete

Thank you for leaving your comment ♥

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan