❤ (。◕‿◕。) ❤

Tips Tak Tidur Dalam Kelas ❤

Liyana yan | 14:57 | 0Comments |
Pernah TERTIDUR dalam kelas? Samalah kita, dalam tahun ni baru 2-3 kali tertidur dalam kelas iaitu kelas subjek matematik,sivik dan pendidikan seni. Best tido?? mestilah best but, mestilah RUGI sbb kita ketinggalan pelajaran yang sebenarnya penting dalam menambah pengetahuan sama ada dari segi pengetahuan am or yang wajib korang kena belajar. Okey berhenti cakap panjang lebar kita teruskan dengan tips2 yg korang boleh guna untuk melawan ngantuk nie.
1.Tidur awal
Korang kena tido awal untuk bagi badan kita simpan tenaga dan berehat untuk waktu esok. Of course kalau lambat tido esok ngantuk kan? Jadi, cubelah tido awal yer.
2.Gula-gula/Gula-gula getah a.k.a Chewing gum
Sebenarnya mana boleh makan dlm kelas kan? Tapi pandai2 lah cover okey.. Jangan la kalau dah kantoi hangpa pi bthu cikgu aku yg ajaq. Kalau boleh gula2 jenis kopi untuk bagi kita tak ngantuk n chewing gum tu makan yg jenis berangin mcm double mint :)
3.Basuh muka
Kalau ngantuk tahap gaban sangat pi tandas basuh muka tu. Gosok muka tu kuat2 sikit dan berkumur. Kalau ngantuk ag pergi amik air sembahyang tak pon suruh kawan azan kan (hamik kau).
4.Minum air masak
Minum banyak air masak untuk bagi badan fresh sikit. Bagi otak dan darah jalan lancar nanti tak lah ngantuk.
5.Conteng
Amik buku conteng or kertas kosong then, serlahkan bakat seni hangpa.. sekurang-kurangnyer bila kita buat kerja camtu badan kita ade kerja untuk di buat dan menghasilkan haba supaya kita tak tido.
6.Mintak cikgu take 5
Selalunyer kalau bab ngantuk nie 5 minit tido dah bleh freshkan balik badan. It's okey kalau nak rehatkan badan kejap kan, nak bwt cmne dah ngantuk datang tanpa diundang so take 5 :)
Setakat ini sahaja TIPS TAK TIDUR DALAM KELAS yang saya biasa buat okey kalau menjadi beritahu kawan2 korang yg asyik tido dalam kelas buat mcm nie. Akhir kata penutup bicara saya lafazkan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..  

Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

0 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Copyright©2012-2016.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)