❤ (。◕‿◕。) ❤

8 Cara Menjadi Pelajar Cemerlang :)

Liyana yan | 23:03 | 1Comments |
16/02/2013
(credit:google search)

Hari ni Yan nak kongsikan 8 CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG. Sharing is Caring right?. Sekolah merupakan tempat yg sesuai untuk pelajar belajar dan memulakan langkah mendapat kerjaya terbaik untuk masa hadapan. Untuk menjamin masa depan yg cemerlang kita perlulah bersedia dari pelbagai aspek bermula menjadi pelejar yg cemerlang :)

1. Menetapkan Matlamat Jangka Panjang
Dengan cara ini, kita dapat menentukan hala tuju  masing-II dan akhirnya dapat mencapai cita-II seperti yg diinginkan.

2.Bersedia Secara Fizikal
Persediaan yg diperlukan merangkumi pelbagai termasuk dari segi kelengkapan sekolah,bekalan,bahan dan kemahiran. Pelajar yg bersedia lebih banyak 'peluang' drpd pelajar yg tidak bersedia. 

3.Mencatat Semasa Guru Mengajar
Segala yg penting perlu dicatat kerana cikgu tidak akan mengulang kembali apa yg mereka sudah kata kan. Di samping itu, kita juga bukan boleh mengingati segala yg cikgu katakan.

4.Berani Bertanya dan Menjawab
Jika kita menjawap soalan yg ditujukan kita sebenarnya boleh mengingati perkara tersebut berbanding pelajar yg duduk diam. Terus, bertanya soalan jika kita tidak faham kerana apabila sudah masuk topik lain anda fikir cikgu mahu ulang kembalikah?

5.Membuat Ulang Kaji
Penting untuk mengingat semula perkara yg telah dipelajari . Jika dibuat secara berterusan akan menjadikan kita faham.Proses ini membuatkan anda faham,ingat,mahir dan pro dengan topik atau subjek tertentu.

6.Study Group
Belajar bersama rakan dapat membaik pulih pelajaran yg kita lemah selain itu, kita dapat menerima pandangan dari pelbagai sudut dimana ia mengembangkan lagi idea dan konsep kita belajar.

7.Minta Bantuan
Jika masih mempunyai masalah dalam sesuatu perkara mintalah bantuan daripada ibu bapa,guru-II dan rakan mahupun kaunselor sekolah. Cara ini dapat menyelesaikan masalah anda bergantung mengikut masa.

8.Belajar Daripada Kesilapan Lampau
Setiap org melalukan kesilapan. Setiap kesilapan sebenarnya mematangkan kita. Dengan itu, kita sebenarnya mengukuhkan lagi nilai dan jati diri kita.


P/S: saya sendiri sedang mengamalkan 8 cara tersebut.. Saya dapat melalui seminar hari tu :)

Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

1 PENGOMEN TERHEBAT!!:

sara al_syefix said...

Petua-petua tu memang berkesan....kerana saya mengamalkan tips-tips tu setiap hari dan akhirnye saya dapat menduduki peperiksaan upkk dan upsr...alhamdulillah...keduanye cermelang...thanks kak yan...:-)

Copyright©2012-2016.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)