Cara-cara Menjaga Anak Kucing (Basic)

yanchii | 16:12 | 26Comments |
15/9/2012


Assalamualaikum...

Seperti tajuk di atas saya ingin berkongsi cara-cara menjaga anak kucing, sebab saya dah jaga anak kucing saya tu sudah 3 minggu.. Saya bukan lah pro sangat tentang anak kucing ni tapi sekadar basic saja pon sudah mencukupi kan? Hehehe.... Mari teruskan dengan langkah-langkah seperti yang berikut. 

1.ANAK KUCING
Kalau korang tak ada anak kucing camne nak jaga kan?

2.TEMPAT TIDUR
Anda boleh guna kotak kasut atau bakul untuk buat tempat tidur untuk anak kucing. Lapik kan dengan kain supaya anak kucing tidak sejuk.



3.BOTOL SUSU/SYRINGE
Kalau macam nie korang kena pastikan umur kucing tu berapa. Selalunya kalau umur anak kucing tu bawah satu minggu kita kena bagi anak kucing tu minum guna SYRING. Selepas sudah seminggu lebih atau anak kucing itu pandai menghisap kita boleh guna botol susu.



4.SUSU KUCING
Jangan beri susu biasa seperti susu Dutch Lady atau apa sahaja susu yang diperbuat dari susu lembu kerana ia mmg tak sesuai dengan anak kucing. Kalau anda bagi jugak nanti anak kucing boleh cirit-birit.Saya beli susu kucing jenis air seperti di atas sebab anak kucing saya sakit perut kalau bagi susu yg dibancuh lagi pon saya tak tahu berapa sukatannya jadi mmg mudah. Kalau nak beli secara online KLIK SINI. Tetapi anda boleh beri susu yg kena bancuh seperti di bawah.









5.VITAMIN
Saya guna vitamin ni sbb anak kucing saya kadang-kadang tak mahu minum susu. Jadi saya akan beri sedikit vitamin untuk anak kucing saya sebelum minum susu. Sehari sekali sahaja hanya picit sikit sahaja di jari dan bagi anak kucing tu jilat. Kalau selera anak kucing tu dah bertambah dari hari ke hari boleh la berhenti memberikan nya vitamin.



6.KAPAS(cotton ball)
Anak kucing tidak boleh membuang air dengan sendiri. Jadi anda perlu gunakan kapas yg dibasahkan dengan air suam dan sapukan di bahagian jantina tersebut dengan cara bulatan secara perlahan2 (Ini dapat merangsang anak kucing itu untuk membuang air) sehingga anak kucing itu dapat mengeluarkan kumuhan.  


#Semua gambar yang terdapat di atas saya cari di Google Search okey...



*UPDATE : 24/03/2016*
*Assalamualaikum kepada semua pencinta&penjaga kucing :) saya memohon maaf jika tidak dapat menjawab soalan anda kerana
1.Saya tak buka blog setiap hari
2.Saya tidak berapa arif ◕︵◕
3.Pengalaman saya menjaga kucing tidak sama seperti anda oleh itu saya tidak berani untuk memberi nasihat,tip atau jawapan kerana untuk mengelakkan sebarang masalah



Oleh itu, jika anda pencinta kucing dan haiwan sekalian terdapat masalah saya cadangkan untuk menghubungi beliau KLIK SINI!!! untuk pertanyaan lanjut. Yan sendiri pernah mengajukan beberapa soalan kepada beliau kerana beliau lebih arif tentang masalah kucing. Soalan yang Yan tak jawab bukan sebab Yan tak nak tolong tapi kerana saya tidak berapa arif untuk mengendalikan masalah tersebut. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kerana kekurangan Yan dan segala kesulitan yang berlaku.
Sekian terima kasih :)

Sila kunjungi blog Dear Cats untuk sebarang maklumat lanjut tentang kucing ●‿●
http://dearcats.blogspot.com












Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

26 comments:

  1. Boleh tak kalau nak beri anak kucing minum susu bancuhan walaupun ibunya masih ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh,anak kucing boleh mati...

      Delete
  2. @Nur Afifah sorry lambat reply, boleh kalau maknyer xnk menyusu.. Tapi lebih baik ank kucing minum susu ibu sbb boleh bagi antibody dan bgi ank kucing membesar dengan sihat =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. boleh saya tanya dekat mana saya boleh beli susu kucing ?

    ReplyDelete
  4. @nurul fazrina Waalaikumsalam.. Dekat kedai haiwan ada jual. Tinggal kat area mana? boleh saya carikan...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...nape bby kucing 3mggu jd cirit birit ea..huhu..acaner akk nk buat.. acaner dptkn susu kittens tu..

    ReplyDelete
  6. @DeQwaN Wassalam... ank kucing tu ade ibu ke tidak? kat pet shop ade jual.. tinggal area mana? boleh saya carikan..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum..sy ada persian kitten female 2bln..sampai bila dia pandai bersihkan kemaluan sendiri lepas qadak hajat? Sbb lps qadak hjat buntut penuh ngan pasir kucing dan najis.....adeesssss..

    ReplyDelete
  8. Kucing sy x yah menyusu...kalo masih kecil kena bagi gak susu kucing..

    ReplyDelete
  9. @Hairul Amir Mohd Ibrahim Wassalam.. Biasanya, mak kucing tu yg akan bersihkan, tapi klu xreti jgak tnggu die da nak masuk 2 bulan gitu...

    ReplyDelete
  10. Biasenye berape hengget eak botoL susu kucing ? Susu bpe ? Biasenye Leh simpan tak susu kt peti sejuk ?

    ReplyDelete
  11. anak kucing saya baru lahir pagi td..tp mak dia x pndai susukan..dh dipaksa pon tp mak dia tetap mengelak..asyik nk lari je..ada idea x macam mana nk suruh mak dia kasi susu sendiri? serius mak dia x pndai jaga anak dia n skrg i'm going to be their new mom..:p

    ReplyDelete
  12. @Anonymous bergantung pada kedai yang jual, baget dalam RM 30 boleh lepas kot. kalau nak simpan dalam peti sejuk nanti kena panaskan balik klu nak bagi kitten minum :)

    ReplyDelete
  13. @Anonymous xnk susukan? cuba letak kan mak dan anak kucing tu dekat tempat yg private sikit, tmpat yg orang xnmpk. harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  14. Anak kucing saya berumur 3 minggu..ibu dia masuk wad plak slama 2 minggu..brapa sukatan susu yang perlu kasi utk anak kucing dan berapa kali sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum . ad tips untuk bntu sy cara mnjaga ank kucing piatu yg berusia 2 blan x??

      Delete
  15. Anak kucing yg ade mk, xperlu tlg dia buang air ke perlu ditolong gk spt diatas??

    ReplyDelete
  16. Tumpang tanye kucing saya bru melahir kan anak bru je 3 hari , org ckp jangan sentuh baby tuh sebab nanti kalau x de bau mak kucing akan mkn betul ke ? Lagi 1 bpe lame bru sye boleh pegang ye ?

    ReplyDelete
  17. Hii, kalau untuk ibu kucing yang baru melahirkan, perlu ke beri dia minum susu specifically for kucing? Ke ibu kucing tu sendiri akan menghasilkan susu yang berkualiti untuk anak kucing walaupun susu yang diberi untuk ibu kucing tu bukan khas untuk kucing

    ReplyDelete
  18. @Anonymous kalau nak ibu kucing sihat boleh beri makanan anak kucing dgn susu khas untuk kucing. kalau mahu anak kucing dlm kandungan lebih sihat boleh praktikkan cara ini juga

    ReplyDelete
  19. Sy ada ank kucing 6 ekor...mcm2 kaler.menyusu dgn ibu kucing lagi...tp mak sy x tau nak buat mcm mana dgn anak2 kucing tu...sbb diorang dah start berak kencing dlm kotak kasut yg sy buat tu.klu letak kat luar ibu kucing bawak masuk balik dlm bilik.

    ReplyDelete
  20. minta tolong bagaimana atasi anak kucing yg tkade ibu and mcm bru 2 3 minggu je lahir and bru nak buka mata and perut dia sejuk gimana rawat ye?

    ReplyDelete
  21. anak kucing yang sejuk di perut apa perlu di buat? tolong .. saya terjumpa dia kat parking dengan terbuka mulut dia n anak kucing mcm bru sbln lahir atau 2 minggu bru nak buka mata dia

    ReplyDelete
  22. sya sedih sebb setiap kali saya dapt anak kucing yang baru lahir pasti mati setelh bebrpa hari tak sampai pun sebuln

    ReplyDelete

Thank you for leaving your comment ♥

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan