Cara-cara Menjaga Anak Kucing (Basic)

yanchii | 16:12 | 26Comments |
15/9/2012


Assalamualaikum...

Seperti tajuk di atas saya ingin berkongsi cara-cara menjaga anak kucing, sebab saya dah jaga anak kucing saya tu sudah 3 minggu.. Saya bukan lah pro sangat tentang anak kucing ni tapi sekadar basic saja pon sudah mencukupi kan? Hehehe.... Mari teruskan dengan langkah-langkah seperti yang berikut. 

1.ANAK KUCING
Kalau korang tak ada anak kucing camne nak jaga kan?

2.TEMPAT TIDUR
Anda boleh guna kotak kasut atau bakul untuk buat tempat tidur untuk anak kucing. Lapik kan dengan kain supaya anak kucing tidak sejuk.



3.BOTOL SUSU/SYRINGE
Kalau macam nie korang kena pastikan umur kucing tu berapa. Selalunya kalau umur anak kucing tu bawah satu minggu kita kena bagi anak kucing tu minum guna SYRING. Selepas sudah seminggu lebih atau anak kucing itu pandai menghisap kita boleh guna botol susu.



4.SUSU KUCING
Jangan beri susu biasa seperti susu Dutch Lady atau apa sahaja susu yang diperbuat dari susu lembu kerana ia mmg tak sesuai dengan anak kucing. Kalau anda bagi jugak nanti anak kucing boleh cirit-birit.Saya beli susu kucing jenis air seperti di atas sebab anak kucing saya sakit perut kalau bagi susu yg dibancuh lagi pon saya tak tahu berapa sukatannya jadi mmg mudah. Kalau nak beli secara online KLIK SINI. Tetapi anda boleh beri susu yg kena bancuh seperti di bawah.









5.VITAMIN
Saya guna vitamin ni sbb anak kucing saya kadang-kadang tak mahu minum susu. Jadi saya akan beri sedikit vitamin untuk anak kucing saya sebelum minum susu. Sehari sekali sahaja hanya picit sikit sahaja di jari dan bagi anak kucing tu jilat. Kalau selera anak kucing tu dah bertambah dari hari ke hari boleh la berhenti memberikan nya vitamin.



6.KAPAS(cotton ball)
Anak kucing tidak boleh membuang air dengan sendiri. Jadi anda perlu gunakan kapas yg dibasahkan dengan air suam dan sapukan di bahagian jantina tersebut dengan cara bulatan secara perlahan2 (Ini dapat merangsang anak kucing itu untuk membuang air) sehingga anak kucing itu dapat mengeluarkan kumuhan.  


#Semua gambar yang terdapat di atas saya cari di Google Search okey...



*UPDATE : 24/03/2016*
*Assalamualaikum kepada semua pencinta&penjaga kucing :) saya memohon maaf jika tidak dapat menjawab soalan anda kerana
1.Saya tak buka blog setiap hari
2.Saya tidak berapa arif ◕︵◕
3.Pengalaman saya menjaga kucing tidak sama seperti anda oleh itu saya tidak berani untuk memberi nasihat,tip atau jawapan kerana untuk mengelakkan sebarang masalah



Oleh itu, jika anda pencinta kucing dan haiwan sekalian terdapat masalah saya cadangkan untuk menghubungi beliau KLIK SINI!!! untuk pertanyaan lanjut. Yan sendiri pernah mengajukan beberapa soalan kepada beliau kerana beliau lebih arif tentang masalah kucing. Soalan yang Yan tak jawab bukan sebab Yan tak nak tolong tapi kerana saya tidak berapa arif untuk mengendalikan masalah tersebut. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kerana kekurangan Yan dan segala kesulitan yang berlaku.
Sekian terima kasih :)

Sila kunjungi blog Dear Cats untuk sebarang maklumat lanjut tentang kucing ●‿●
http://dearcats.blogspot.com












Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

My Little Kitten Velvet

yanchii | 17:45 | 5Comments |
5/9/2012


Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog muehehe.. Minta maaf dan minta ampun sesangat.. Selama tak update nie banyak benda yg berlaku di sekeliling saya. Antaranya kawan dah berubah,gadoh dgn Boy n mcm2 agi. Tapi hari ni saya nak cerita tenteng my little kitten. Umur baru 1 minggu lebih.. Cer tengok bawah....

Velvet

Cerita nya begini... Pada waktu malam, saya terdengar anak kucing ni mengeow dlm longkang blakang rumah jadi saya angkat dan letak dekat seekor kucing betina warna hitam bersama anak nyer yg lain. Tapi keesokan hari nya kucing betina tu dah tak ada tinggal kucing ni je. Saya ingat mungkin mak die alih kan adik beradik die dulu kot jadi saya biarkan.. Tapi waktu petang tu anak kucing tu mengeow saya tengok anak kucing tu dah ade dlm longkang yg basah. Cepat2 amik die bwk masuk rumah.. Kalau nak tahu mak saya geli kat kucing sbb tu kami tak boleh bela kucing. Tapi ayah saya bagi bela so gembire meh^^...

Mula lah beli susu untuk kucing dan botol sekali. Sediakan selimut n kotak. Saya dan adik saya beri nama anak kucing nie Velvet comel kan muehehe... Dalam rumah ni saya lah Mak Kucing sbb saya je yg bersungguh2 jage Velvet (Fuhhh.. Letih tau!) Saya tengok video dan baca cara jage anak kucing mmg semangat! Hahahaha... Saya ingat nak letak sekali video Velvet minum susu tapi malas pulak.. Okeylah Mak Velvet nak cau dulu.. See You Next Time!









Thank you for Reading ≧ω≦ Leave a comment!

Copyright©2012-2020.Allright Reserved by Yan