❤ (。◕‿◕。) ❤

5 Jenis Kucing yang Cik Setuju Suka

Liyana yan | 18:50 | 2Comments |
12/6/2012 
Assalamualaikum....

Selamat Petang semua! Saya baru balik dari latihan sukan ni, mmg penat tak terkata la. Ramai pulak bwt Giveaway sekarang ni. Saya tak join sangat sbb selalu tak dapat apa2 pun bukan nasib kita nak bwt mcm mane kan. huhuhu....
Kalau siapa2 yg baca About Me mesti korang tau saya suka kucing.. Eh tak tahu? Nak kena ni... Okey saya gurau je. Bagi saya kucing ni adalah salah satu haiwan yg Comel dan boleh menjadi Teman untuk kita. Kucing pun ciptaa Allah juga jadi kita tak boleh nak dera atau menyakiti mereka ^_^
Minat saya terhadap kucing mula membuak2 selepas tengok cerita Cats 101 yg ada kat astro tu, Animal Planet.

Saya senaraikan 5 Jenis/Baka kucing yg paaaaaaaling saya SUKA! Jom Terjah!
Firstly credit kat Google....

1.Persian
Salah satu kucing yang terkenal kerana bulunya yang panjang serta matanya yg berwarna. Selalunya mata berwarna biru atau hijau.



2.Scottish Fold
Merupakan kucing yang unik kerana kucing ini mempunyai telinga seperti anak kucing. Telinganya seperti terjatuh ( ade ke ayat mcm nie?). Kucing ini sangat comel dan mahal harganya.



3.Russian Blue
Warna bulunya seperti kelabu tetapi sebenarnya berwarna biru cuma ia tidah beberapa kelihatan. Mata kucing ini menjadi tarikan kerana berwarna hijau. 



4.Norwegian Forest
Kucing ini dikatakan pernah bersama2 berlayar dengan puak viking oleh itu kucing ini boleh berdikari dan aktif. Kucing ini mempunyai kepala berbentuk segi tiga dan bulunya panjang.



5.American curl
Kucing ini mempunyai telinga seperti kucing biasa semasa ia masih kecil. Tetapi, apabila semakin membesar telinga kucing ini terkelepek ke belakang (ayat uh =,=) Kucing ini mempunyai kesihatan yang baik tetapi pastikan kita tidak selalu menyentuh telinganya kerana ia sangat sensetif.



Sebenarnya banyak lagi yg saya nak bthu tetapi cukuplah sampai sini je yg saya nak kongsi dengan anda semua terima kasih kerana meluangkan masa ^_^ kalau nak tengok Cats 101 boleh je bukak chanel Animal Planet ato pun kat youtube. Jangan lupa tekan churp2 sye untuk sedekah yer...

Ini beberapa video dari youtube klu nak tengok..

SELAMAT MENONTON! ^_^v













Don't be a silent reader, Please Leave a Comment (。◕‿◕。)

2 PENGOMEN TERHEBAT!!:

Dba Dealova said...

comelllnyer.geram tengok kucing persian tu :)

Liyana yan said...

@Dba Dealova hehehe... yerke? berminat nak bela tak?

Copyright©2012-2016.Allright Reserved by Liyana Aqilah (Yan)